CERPEN ILUMINASI

All Rights Reserved ©

Summary

Random short stories. Idea yang datang secara tiba-tiba.

Genre:
Drama / Fantasy
Author:
Lucina_Luna
Status:
Excerpt
Chapters:
3
Rating:
n/a
Age Rating:
13+

SELAMAT ULANG TAHUN (1)

Hana merenung telefon pintar yang berada di tangannya. Angka 2359 yang terpapar di skrin, dia tenung dengan bersungguh-sungguh.

'Lagi 1 minit'

Lantas jari-jemari Hana menekan-nekan papan kekunci.

Selamat Ulang Tahun, Syah. Yayyy tahun ni pun aku wish dulu 😆. Dan akan aku pastikan tahun-tahun seterusnya, aku orang pertama yang akan wish birthday kita dulu. Esok kita jumpa yer. Kat tempat biasa.

Angka 2359 sudah bertukar menjadi 0000. Sekaligus, menukarkan tarikh 8 Ogos 2020 kepada 9 Ogos 2020 dan hari Sabtu kepada hari Ahad.

Pesanan tadi hantar. Lalu, Hana tersenyum sendiri.

'Macam budak-budak'

*****

"Mana Ana? Tak bangun lagi?", tanya Encik Rahman kepada Puan Alisa.

"Hujung minggu. Selagi matahari tak naik atas kepala, tak adanya anak bertuah awak tu nak bangun" jawab Puan Alisa sambil tangannya lincah menyediakan sarapan.

"Eh? Bukan ke hari ni..."

"Morning, ayah ibu", Hana menyapa ayah dan ibunya.

"Morning, Ana. Awal bangun"

Hana tersengih mendengar sindiran lembut Puan Alisa.

"Mesti la. Ibu dengan ayah ingat tak hari ni hari apa?", tanya Hana.

"Takkan tak ingat. Happy Birthday sayang yang ke-22. Semoga Allah berkati umur Ana, permudahkan segala urusan Ana dan semoga Allah makbulkan cita-cita anak ibu ni", kata Puan Alisa.

Hana aminkan doa ibunya.

"Happy Birthday anak ayah. Semua benda ayah nak cakap, ibu dah cakap tadi", gurau Encik Rahman.

"Ayah ni...", panjang muncung Hana mendengar gurauan ayahnya.

"Panjang muncung tu boleh buat penyangkut baju", usik Encik Rahman lagi

"Ibu, tengok ayah ni", Hana mengadu kepada Puan Alisa.

Encik Rahman dan Puan Alisa ketawa melihat telatah anak tunggal mereka. Kemudian, Hana turut ketawa.

"Cantik-cantik ni nak pergi mana?", tanya Puan Alisa.

Puan Alisa hairan melihat penampilan Hana pagi ini. Berbaju kurung kapas berwarna merah bercorak bunga kecil dan bertudung bawal berwarna hitam.

"Nak pergi jumpa Syah sekejap. Kat tempat biasa. Boleh kan ibu? Ayah?", tanya Hana kepada orang tuanya. Tangannya mencapai roti bakar dan jam strawberi. Penutup balang jam starwberi dibuka kemudian menyapu jam tersebut kepada roti. Seusai menyapu jam kegemarannya kepada roti, Hana menggigit bucu roti bakar tersebut.

Puan Alisa mengerling ke arah suaminya.

"Pergi la.", Encik Rahman memberi keizinan.

"Tapi...", celah Puan Alisa.

"Tak apa. Ayah benarkan. Tapi jangan balik lewat sangat", kata Encik Rahman.

"Terima kasih ayah, ibu. Ana pergi dulu", Hana bangun kemudian menguhulurkan tangan kepada orang tuanya untuk bersalam.

Hana menuju kearah pintu utama. Kemudian, dia membuka pintu dan hilang disebalik pintu tersebut.

Sebaik sahaja kelibat Hana hilang, Puan Alisa memandang Encik Rahman dengan muka masam sebagai tanda protes.

"Awak ni. Kenapa biarkan Ana pergi?"

"Biar la dia nak jumpa kawan dia", balas Encik Rahman selamba sambil menghirup kopi kegemarannya.

"Awak tak ingat apa yang jadi dua tahun lepas? Saya tak sanggup tau tengok Ana jadi macam dulu", bidas Puan Alisa.

"Inshaallah, tak ada apa-apa.", pujuk Encik Rahman.

"Tapi...", Puan Alisa cuba membantah.

"Kita doakan baik-baik", kata Encik Rahman.

Puan Alisa menghela nafas panjang. Encik Rahman pula termenung dalam masa yang sama fikirannya melayang teringatkan anak gadisnya.

'Inshallah semuanya akan baik-baik saja'.





TBC
Continue Reading Next Chapter
Further Recommendations

Nichole: Loving how I am able to visualize details and get drawn into the storyline.

Kessii Schneider: Can't wait for the next Update!!!!!! ♡Greetings from Germany! ♡

Whydra: Absolutely adore this short story. It's very well written and has a nice story-plot. Can recommend it for everyone that likes were-storys 🤗

Sandra Bennett: So far the books have kept me totally captivated, I am eager to find out who her last warrior will be. I have not been disappointed with any of the books that I have read

Bkprice: I’m glad she has Cal

More Recommendations

Nova Nyx: I binged. Can’t wait to find out how everything plays out. Well written and captivating. Just love it! ❤️

Patrice Amelia Francis: Its good . Great work. Love the mystery and the chaos . The children and all the Characters

Sandra Bennett: I am so gripped with this book series. I am so intrigued to find out whose fated mate will be for the brothers and their friends

franhemmer5: This book is way better than part one and that was pretty good and interesting. But this beat it. I cannot wait for part 3. You go with your getting better and better with your writing self. Please keep up the great work. 💞

Eddie Lhérisson: I love the book and the plot so far but I'm a bit confused about a lot of the details: so her wolf "mate" didn't want to bit her because he also felt she was from another species but he never mentionned anything? The twins are royalty but are being reprimanded by their guards? Guards placed by th...

About Us

Inkitt is the world’s first reader-powered publisher, providing a platform to discover hidden talents and turn them into globally successful authors. Write captivating stories, read enchanting novels, and we’ll publish the books our readers love most on our sister app, GALATEA and other formats.