HUNTSMAN | kth

02 | Beautiful







“ jangan lari, cik! tolonglah jangan lari! nanti kalau ayah cik—”

“ jangan risau pasal papa! awak cakap aje saya tendang tut awak sebab tu awak tak dapat nak halang saya! bye ahjussi! ”

Dengan itu, Jihyo mengangkat skirt nya lalu dia berlari sekuat hati. Rumah agam dibelakangnya langsung tidak dia pandang buat kali kedua.

Keputusannya muktamad. Dia akan lari sejauh yang mungkin.

“ hari perkahwinan dia lagi dua hari— dia boleh lari pula?! apa aku nak jawab dengan his lord ni?! ”
Gerutu Elberat buntu.

Lelaki diseparuh usianya itu telah mencecah 50 tahun dan dia masih setia menjaga cik muda keluarga White itu.

Dia yang melihat Jihyo membesar. Menghabiskan masanya bersama Jihyo. Jadi dia tahu betapa degilnya Jihyo.

Tetapi tidalah Elbert sangka remaja itu berani melarikan diri.









“ kau nak aku teman kau, Tae? ”
Soal Jimin sedikit risau.

Sebelah kening Jimin terangkat.

“ nak kau teman kenapa pula? ”

“ yalah, kau nak pergi cari budak perempuan tu kan. Manalah tahu kau nak aku ikut ke ”

Taehyung mengekeh perlahan.

“ kau jangan risau. dia hanya seorang budak perempuan. tak susah manalah ”
Balas Taehyung yakin.

Bukannya dia tidak pernah melakukan kerja sebegitu. Semuanya terlampau mudah padanya.

Jimin mengeluh perlahan.

“ kalau budak perempuan tu mudah, tak akan lah dia boleh lari dari rumah persis istana dia tu. dengan banyak pengawal nya lagi— haih biarlah ”

Jimin berhenti dari membebel sendirian. Sempat dia tersenyum kecil kearah Taehyung yang kini sudah menjauhinya.

“ Tae— tae— apa lah nasib kau nanti ya? ”









“ ada tak mana mana remaj perempuan datang kesini, ahjumma? dia lari dari rumah. saya pakcik dia ”
Taehyung tersenyum manis kearah seorang wanita tua.

“ oh kamu cari cik Jihyo? dia ada ditaman bunga hujung kampung. patutlah dua hari lepas tiba tiba aje dia datang ke kampung tak seberapa kami ni ”
Omel makcik itu.

Taehyung tersenyum kecil.

“ tak sampai 3 hari— senangnya aku jumpa budak perempuan tu ”
Gumam Taehyung perlahan.

Taehyung bersiul siul sambil kakinya melangkah kearah taman bunga yang dimaksudkan makcik tadi.

“ berapa agaknya— oh— my— god—”
Taehyung terhenti buat seketika.

Bagaikan waktu juga ikut terhenti sebaik sepasang matanya mendarat melihat susuk tubuh seorang gadis.

Matanya biru, rambut panjangnya diikat tinggi, bibirnya semula jadi merah bak delima, kulit putih mulusnya—

Benar benar mencairkan hati Kim Taehyung.

“ cantiknya ciptaan tuhan ”
Gumam Taehyung.

Jihyo yang sedang menghasilkan flower crown dengan adanya bunga ditaman itu terlihat sedang tersenyum suka.

“ dia ke Jihyo White..? ”
Taehyung menyoal dirinya sendiri.

Ya, dia tidak pernah melihat foto Jihyo. Yang dia tahu hanyalah maklumat tentang keluarga Jihyo dan sedikit tentang gadis itu.






To Be Continued—
Continue Reading Next Chapter

About Us

Inkitt is the world’s first reader-powered publisher, providing a platform to discover hidden talents and turn them into globally successful authors. Write captivating stories, read enchanting novels, and we’ll publish the books our readers love most on our sister app, GALATEA and other formats.