Prologue
"E... eom... eomma... jebal... jeongmal mianhae... " tersekat-sekat suara gadis itu merayu.
Namun rayuannya tidak dihiraukan sebaliknya dia makin kuat dipukul.
"Eomma! Saya janji takkan buat lagi!" Gadis itu merayu.
Sudah berbirat tubuhnya dipukul dengan kejam oleh ibu angkatnya sendiri.
"Aku dah cakap! Balik sebelum pukul 3.00 petang! Adik kau nak makan apa? Bodoh!"
"Eomma... sakit... sakit eomma... jebal... " seluruh tubuhnya terketar-ketar cuba menahan sakit.
--°°••°°••--
"Argh! Ss... ssa... saa... sakit... jebal... hentikannya aku sakit... " rambutnya ditarik kasar.
"Itu balasannya sebab kau datang lambat lagi harini dan kau masih belum tukar nama dekat identity card!" Lelaki itu menolak gadis itu dan terus berlalu pergi.
Gadis itu mengaduh kesakitan. Tangannya yang lebam itu cuba disentuh.
"A... arg... arghh! " sakit. Sudahlah dia dipukul oleh eommanya di rumah, sekarang dia dihukum pula di sekolah.
Apa dia memang hidup untuk diseksa ke?
Rambutnya dibetulkan. Sambil kakinya terhincut-hincut cuba untuk berjalan.
--°°••°°••--
"Park Jimin! Sudah berapa kali kamu lambat harini?" Mrs. Black menyoal garang.
Gadis itu hanya menunduk.
Harini adik angkatnya mengada-ngada hendak makan roti bakar untuk sarapan. Sedangkan dia sudah masak.
Gara-gara tidak mahu dipukul dia terpaksa membuat roti bakar walaupun tahu yang dia akan terlewat ke sekolah.
Gadis itu hanya menunduk. Dia tidak mampu untuk memberikan sebarang alasan.
Tidak akan ada yang percaya.
Dia hanya akur dengan hukuman yang bakal diberikan oleh Mrs. Black.
Dia juga sudah pasrah menerima hukuman tambahan dari seorang lagi guru tidak bertauliah yang merupakan pelajar di sekolah itu.
Air liurnya diteguk perlahan.
Dia dapat melihat lelaki itu sedang mengetap gigi.
Marah agaknya.
Pandangan lelaki itu tidak dihiraukan dan dia terus berjalan ke hadapan.
Lelaki itu dan keluarga angkatnya akan terus menyeksa dan menyeksa.
Dia tidak akan diberi peluang untuk bersuara.
Tidak akan.
--°°••°°••--
"Saranghae-"
"Hinalah aku... cemuhlah aku... aku sanggup terima segala hinaan dan cercaan kau... "
--°°••°°••--
'Kata-kata itu umpama pedang. Sekali terhunus, lukanya tak akan hilang.'
--°°••°°••--
Enjoy my first sad short story
Full on wattpad @pyaball
For those who notice in Inkitt, you'll read the edited version 😉