Hari Pilihan Raya semakin hampir, membuatkan semua ahli kongres sedang berlumba-lumba untuk menunjukkan kebaikan mereka kepada rakyat jelata.
Mereka bersaing untuk mendapatkan jawatan sebagai presiden di negara ini. Tidak kiralah apa yang terjadi sekali pun, walaupun guna cara kotor di belakang tabir sekali pun. Mereka akan lakukannya.
Oleh sebab itu, seorang ahli kongres yang bernama Jae Lim, telah mengupah sepasukan bodyguard untuk menjaga ibunya yang berumur 68 tahun dan beliau juga merupakan seorang penulis novel separuh masa, itulah, Puan Bong Cha.
Jeon Jungkook, seorang jejaka yang merupakan ketua kumpulan Storm atau lebih dikenali sebagai kumpulan bodyguard yang bertugas untuk menjaga Puan Bong Cha.
Setelah beberapa bulan Jungkook bertugas mengawasi Puan Bong Cha. Dia mendapati bahawa wanita tua itu suka menukar-nukar setiausahanya, kadang-kadang seminggu tu boleh 3 kali sekali gus bertukar secara berturut-turut.
Kenapa setiausaha Puan Bong Cha selalu ditukar? mereka ada buat salah ke? atau sebenarnya mereka sendiri yang berhenti kerja?
"Kau, setiausaha Puan yang baru?" soal Jeon Jungkook sambil memandang ke arah gadis yang berambut pendek paras bahu itu.
Lambat-lambat gadis itu mengangguk.
"Jangan, cuba mengorat aku" kata Jeon Jungkook lalu dia berjalan meninggalkan gadis itu berdiri di hadapan pintu rumah Puan Bong.
Dahi gadis itu berkerut, apakah ini? sejak bila dia nak mengorat encik bodyguard tu? Eh, perasan betul!
To Be Continue..