Write a Review

runaway || ᴊᴀᴇᴍɪɴ ɴᴀ

Summary

+ " kalau aku buat salah, kau akan bertanggungjawab bersama dengan aku kan? " Choeun, seorang gadis biasa yang sangat popular disekolahnya. Tidak seperti yang lain, dia mahu lari dari kehidupannya yang sangat bosan. Apabila dia berjumpa dengan lelaki misteri yang bernama Jaemin, hidup dia berubah. Rasa sakit yang manusia sering elak itu adalah sesuatu yang Choeun ketagih. Adakah Jaemin bertanggungjawab dalam semua ini? Atau, Choeun pun terlibat juga? [matured content: read at your own risk] ©hanjongin2020

Genre:
Thriller / Adventure
Author:
ハンナ
Status:
Ongoing
Chapters:
2
Rating:
n/a
Age Rating:
16+

🔪Prologue🔪

[now playing : killing me softly with his song (slowed+reverb) ]

RECENT

"Cik Min, keterangan yang cik akan beri nanti sememangnya akan menjadi sangat berguna. Jadi, tolong berikan kerjasama sepenuhnya untuk kami pihak berkuasa jalankan kerja kami." arah seorang pegawai di hadapan gadis itu. Terdapat banyak fail di atas meja, ada fail yang berisi maklumat tentang dirinya juga.

Min Choeun, masih lagi tidak membuka mulutnya. Tangannya yang memegang hujung selimut itu hanya memintalnya. Keadaan sekarang hanya nampak seperti pihak polis sedang menyoal siasat seseorang yang pekak ataupun tidak mampu untuk bercakap.

"Cik, kalau cik tak bercakap, keadaan akan jadi lebih susah. Cik tak perlu risau tentang kerosakan yang cik pernah buat, ibubapa cik serta kami pihak yang berkuasa sudah banyak selesaikannya. Apa yang cik perlu buat adalah memberikan keterangan." ujar pihak pegawai itu lagi, cuba untuk memujuk gadis di hadapannya.

Choeun nampak lebih kurus, wajahnya sedikit cengkung dan ada beberapa lebam pada wajahnya dan juga ada luka di bibirnya. Rambutnya yang panjang dan berwarna perang itu bertukar menjadi rambut pendek yang berwarna hitam pekat. Min Soyeon, kakak kepada Choeun meraut rambut gadis itu lalu diletakkan di belakan telinganya.

Melihat reaksi adiknya, dia memberi isyarat untuk pegawai tersebut untuk beredar. Pegawai yang melihat isyarat Soyeon serta merta mengangguk lalu mengemas barangnya.

"Nampaknya temu bual kita sudah habis untuk hari ini. Saya balik dulu. Awak rehatlah secukupnya, Cik Min." kata pegawai tersebut. Choeun tidak membalas apa-apa sebaliknya dia hanya membuang pandangan ke luar biliknya itu. Soyeon pun berjalan untuk menemani pegawai tersebut untuk keluar daripada bilik Choeun.

"Encik Nam, kenapa mesti soal siasat adik saya? Bukankah pembunuh itu sudah ditangkap? Apa lagi yang boleh pihak polis buat jikalau dapat kenyataan daripada adik saya?" soal Soyeon sebaik sahaja mereka keluar daripada bilik tersebut. Pegawai yang bernama Nam Gyujoon itu menolak kaca matanya ke belakang sebelum memandang wajah Soyeon.

"Kenyataan dia memang takkan mengubah pembunuh tersebut tetapi disebabkan dia pernah bersama dengan pembunuh tersebut, kami pihak berkuasa perlu dapatkan kenyataan untuk kesenangan pendakwa raya menjatuhkan hukuman kepada pembunuh tersebut. Kami sudah dapatkan kenyataan daripada Encik Na, hanya daripada Cik Min sahaja." beritahu Encik Nam. Soyeon menghela nafasnya.

"Saya sendiri pun tak tahu macam mana untuk pujuk Choeun membuka mulutnya. Dulu dia seorang yang periang, banyak cakap. Tapi, sekarang dia sudah pun berubah. Masa pihak polis bawa kami sekeluarga berjumpa dengan dia, saya terkejut melihat penampilan baru Choeun. Saya ingatkan itu bukan dia buat seketika." kata Soyeon sebelum membuang pandangan ke belakang, melihat pintu bilik adiknya yang terbuka itu.

"Kalau Encik Nam boleh bawakan pakar psikiatri yang boleh dipercayai, bawalah. Saya boleh bayar semua tanggungannya. Tolong buat Choeun kembali kepada dirinya yang dulu." kata Soyeon lalu menunduk hormat ke arah Encik Nam. Lelaki itu pun menunduk kecil. Memandangkan dia yang memegang kes ini, dialah yang bertanggungjawab untuk semua ini.

"Sebelum itu, saya nak tanya sesuatu boleh?" soal Encik Nam. Soyeon mengangguk. Encik Nam mengeluarkan sekeping gambar sebelum menyerahkannya kepada Soyeon. Wanita itu memegang gambar tersebut sebelum merenung wajah lelaki itu.

"Bukankah ini Na Jaemin? Lelaki yang bersama dengan Choeun?" tanya Soyeon. Encik Nam menolak kaca matanya lalu mengangguk perlahan.

"Cik Soyeon ada tahu apa hubungan dia bersama dengan Cik Choeun? Adakah mereka pasangan atau kawan? Saya ada soal siasat Encik Jaemin tetapi dia tidak beritahu saya apa kaitan dia dengan Cik Choeun." beritahu Encik Nam. Soyeon menggelengkan kepalanya.

"Saya pun tak tahu dia siapa sebenarnya. Choeun pun tak pernah beritahu tentang dia kepada saya, secara jujurnya masa dia dan Choeun jadi tumpuan seluruh negara, itulah kali pertama saya dengar pasal dia. Dia berada di hospital mana?" tanya Soyeon.

"Hospital Joonghwang. Dia berada di pusat fisioterapi untuk pemulihan sekarang ini. Tapi, dia pun seperti dalam keadaan Cik Choeun. Ambil masa yang lama juga untuk saya soal siasat dia. Buat masa sekarang, dia berada di dalam tahanan. Menurut laporan, dia mengaku dia yang hasut Cik Choeun untuk lari bersamanya. Itu yang kami perlukan kenyataan daripada Cik Choeun." kata Encik Nam. Soyeon mengangguk tanda faham. Setelah mengucapkan selamat tinggal, akhirnya Encik Nam pun mengatur langkah pulang.

Choeun yang mencuri dengar di sebalik dinding menggenggam tangannya dengan kuat. Dia mengetap bibirnya apabila dia teringat akan Jaemin. Dia menutup matanya dan wajah Jaemin bermain di dalam kepalanya. Bunyi pistol ditembak menyedarkan dirinya.

"Choeun?" Soyeon yang terkejut dengan adiknya itu dengan pantas memegang bahu kanan adiknya untuk dibawa semula ke katilnya.

"Nak pergi mana-mana ke? Lapar ke? Nak eonnie pergi kafeteria belikan kamu apa-apa?" soal Soyeon. Choeun menggelengkan kepalanya sambil melabuhkan punggungnya di atas katil. Tangan kakaknya digenggam dengan erat.

Choeun mengambil perakam digital yang Encik Nam tinggalkan di atas meja untuk merakam Choeun jika dia bercakap sebelum menyerahkannya kepada Soyeon. Soyeon terkejut dengan perbuatan adiknya itu tetapi dia hanya meraih sahaja alat canggih itu.

"Eonnie, kalau Choeun cakap..Jaemin akan selamat ke?" soal Choeun. Soyeon terkejut kerana adiknya itu akhirnya sudah bercakap. Soyeon yang perasan mungkin adiknya terdengar perbualan antaranya dengan Encik Nam, dia mengangguk.

"Kalau Choeun jujur, Jaemin akan selamat. Choeun cuma perlu cerita sahaja apa yang terjadi. Bila polis dengar, Jaemin akan selamat. Mungkin juga, Choeun akan jumpa semula Jaemin." kata Soyeon. Mendengar nama Jaemin, wajah Choeun menjadi bercahaya.

"Saya dapat jumpa Jaemin semula? Eonnie, betul ke?" soal Choeun, air matanya mengalir setelah mendengar berita yang baik untuknya itu. Soyeon mengangguk, walaupun dia menipu tetapi dia mahu adiknya itu dengan cepat menyelesaikan semua masalah ini.

Dia taknak adiknya ada kaitan dengan segala jenayah yang akan memburukkan reputasi adiknya itu. Min Choeun hanya berusia 18 tahun sahaja, masa depannya sangat cerah jikalau dia tidak ikut lelaki yang bernama Jaemin itu.

Dengan kenyataan adiknya, mungkin Jaemin akan ditahan oleh polis. Adiknya akan bebas daripada semua ini dengan senang. Dia hanya perlu memujuk Choeun untuk bercerita semuanya.

"Ceritalah, Choeun. Lebih cepat Choeun cerita, lebih cepat Choeun dapat jumpa Jaemin. Ppali-hae." pinta Soyeon, menekan butang hidup untuk alat kecil di tangannya itu.

Choeun menelan air liurnya sebelum dia memandang wajah Soyeon. Segala kenangan bersama dengan Jaemin bermain semula untuk dia ceritakan semuanya.

"Enam minggu lepas.."

-

hi guys!! it's hanna here. to clear things up, story ni hanna inspired by Netflix Original; The End of the F****** World dan Manhwa yang hanna baru habis baca which is Killing Stalking. jadi, kalau ada persamaan dalam mana-mana bab itu, faham-fahamlah.

hope korang still support buku ni eventhough korang dah pernah baca/tengok both of the story sebab in this story, i will also include my own ideas. this is the first time hanna tulis a thriller/action book so hope korang support my new story.


Continue Reading Next Chapter
Further Recommendations

mishika12: Love the way the story was put through. I really wish Freya had a better atitude.

Δήμητρα: I loved it.. it was short but delicious! Every little page. I loved it!

Katie Jones: It was a bit slow and would of preferred more character development and complex sorry line but it was an easy and enjoyable read.

Macarena: Me encanta, me.siento identificada..

iwngiannou: I am speechless ...!!! This book is amazing ,the plot twists are everywhere ....I loved the characters they are well written and so different from each other...The world that the author built is fabulous and magical .. I couldn't stop reading this book,i recommend it with all my heart ...👏👏👏👏👏👏😍😍😍😍

Lourdes Rodriguez: I would like to recommend this story to my daughters. They share a love for werewolves and vampires like me.

Lelani Karam : I really enjoyed reading this book. You won't regret reading this. Hope there will be a second book.

Kathy: I love the book and i hope it will continue becoase i would love to know if she would be united with her family

caseyw282: Excellent read! I liked it so much, I went on the kksdarkerotica site and bought it! Thrilling, sexy, arousing...definitely a page turner! ♥️

More Recommendations

Carito: I loved this series so far! Cried with Nicole’s story in the second book and couldn’t leave it, I binged read this one!

sweetromance2: Very engaging story. I can't wait to read more.🌹

Genevieve: I like the book and I would tell people to read,there’s some words spelled wrong but who cares

Catlynx_Rose: Love this story very much.

Chetachukwu: I like the love affair how it began and i am hoping to see how it will end.I'm eating because this story is fantastic😍

Val: Je ne sais plus si j'avais laissé un avis. En tout cas, je relis cette histoire pour la 2nde fois et je la kiff toujours autant! Une très belle histoire avec beaucoup d'émotion et une très belle fin!❤️❤️❤️🥳🥳🥳👏🏾👏🏾👏🏾

About Us

Inkitt is the world’s first reader-powered publisher, providing a platform to discover hidden talents and turn them into globally successful authors. Write captivating stories, read enchanting novels, and we’ll publish the books our readers love most on our sister app, GALATEA and other formats.