1
Neigh!
Bunyi kuda bergema di bawah sinaran bulan penuh. Turut sama bunyi burung hantu bertenggek di atas dahan.
"Hiyah!"
Dari jauh dapat terlihat seekor kuda yang ditunggang oleh dua manusia sedang masuk menyusuri lorong ke hutan.
"Mangsa sudah masuk jerat." seseorang melaporkan dari jauh dengan teropong miliknya.
Lelaki disebelahnya tersenyum sinis. Hati berdesis, 'matilah kau hyung.'
"Mari pergi!" Arah lelaki itu.
Mereka menuruni bukit itu perlahan.
"Neigh!" Kuda yang dinaiki dua lelaki tadi terhenti di pertengahan jalan. Kaki kuda itu membrek terkejut. Pabila tali memaut lehernya ditarik penunggang. Hampir tergelincir.
Kerumunan berpakaian tutup serba hitam menghunuskan pedang mengelilingi.
Dua lelaki itu berpandangan sesama sendiri.
"Ayahanda." baju lelaki di belakangnya digenggam. Anak kecil berumur lapan tahun itu menatap ayah dia sayu.
Rambut anaknya diusap, lelaki itu bersuara lembut pada anaknya, "Jungkook, kamu perwaris takhta kerajaan kita. Pastikan kamu menjadi raja yang baik kepada rakyat."
Mata ayahnya berkaca ditatap sayu. Tubir mata Jungkook mulai terasa panas.
Shrink!
Bunyi pedang melibas belakang tubuh ayahnya kuat kedengaran. Serasa waktu menjadi perlahan dan hampir terhenti berdetak.
Dup dap dup dap.
"Ayahanda!" Teriak Jungkook bersama air mata yang sudah mengalir.
Darah berhamburan dari bibir ayahnya lalu memercik pada wajah dan bajunya menghasilkan banyak tompokan.
"Tidak!"
Ayah Jungkook jatuh ke tanah. Rebah bersama air mata mengalir ke hujung pipi.
Kerumunan serba hitam itu makin rapat. Pedang dilayang tinggi hendak melibas si anak pula, namun.
Buk!
"Apa jadi?" Jerit salah seorang dari kerumuman itu.
Buk! Buk!
Seorang demi seorang tumpas ke tanah.
Mata mulai meliar sekeliling. Hati tidak tenang.
Dup dap dup dap
"Tunjuk diri kau bedebah!" Jerit dari kerumunan itu lagi.
"Hiyah!"
Shrink!
Entah datang dari mana, seorang lelaki terbang tinggi melompat di udara lalu pedangnya naik memenggal leher salah seorang kerumunan itu.
Jungkook membuntang mata luas. Dia terus sahaja memerhati aksi lelaki itu yang terus lincah mengerakkan tubuh dan pedangnya melibas musuh demi musuh jatuh rebah ke tanah.
Semua maut.
Si lelaki berpedang tadi menghampiri Jungkook dan ayahnya.
Tangan Jungkook menggeletar laju. Dia takut dibunuh oleh lelaki itu. Jantungnya terus berdetak memainkan irama tidak sekata.
Mata Jungkook melopong luas buat seketika.
Perlakuan lelaki itu menunduk lalu memberi hormat kepada Jungkook agak mengejutkan.
"kita akan kembali semula ke istana. Tuanku akan menjadi Raja negeri kita yang seterusnya."
Lelaki itu kemudian menatap sayu wajah Raja negeri mereka yang sudah mangkat itu.
'Maafkan patik kerana terlambat tuanku Namjoon.'
Lee Jungkook bakal Raja kepada Ibu Kota Hanseong, Dinasti Joseon. Lee Namjoon ayahanda kepada Lee Jungkook.
Namun siapakah Hulubalang diraja itu?
"Hoi!"
Lelaki berpedang itu berdiri dengan wajah terkejut. Dia membelakangi Jungkook untuk melindungi.
"Dasar Pembelot!"
Lelaki itu tersengih sinis menatap lelaki berpedang itu. Lelaki yang memegang teropong di sebelah sekadar membeku riak wajah.
Tbc...
Note writer:
Vote and comment please untuk menaikkan semangat saya. Ouh, ya. Sebelum terlupa Namjoon adalah kimNamjoon dan Jungkook adalah Jeon Jungkook. Surname Kim dan Jeon tapi ini kisah diraja. Jadi, saya gunakan Lee. Enjoy! BYE.
400+