Hybrid Yang Hilang

All Rights Reserved ©

Summary

Astrid tidak menyangka bahawa luka pada lehernya ialah kesan daripada gigitan vampire.Namun, dia datang daripada keluarga serigala jadian.Apabila dia bertemu dengan Zach, seorang daylighter, Astrid mendapati bahawa dirinya ialah seekor Hybrid iaitu separuh serigala dan separuh vampire.

Genre:
Fantasy / Mystery
Author:
hazzy
Status:
Ongoing
Chapters:
2
Rating:
n/a
Age Rating:
16+

1 : Mate

Astrid

TUBUHKU disandar pada kabinet sambil menikmati minuman di dalam gelas yang aku pegang. Mata aku perhati sahaja orang ramai yang makin memenuhi setiap sudut rumah Pack Gerald.

Maklumlah, malam ini merupakan malam istimewa yang diadakan oleh Pack Gerald sekali setiap tahun. Parti yang mengumpulkan semua ahli Pack Gerald yang tinggal berjauhan dari Firewood.

“Astrid!” Salah seorang kawan ayah mengangkat gelas wainnya ke udara tanda turut meraikan kehadiran aku. Aku hanya membalasnya dengan senyuman kecil. Aku tak sepatutnya dikenali ramai kerana aku hanya seekor Omega kecil yang tak berdaya. Yang membuatkan aku tak tersisih daripada pack ini ialah kerana aku anak kepada ketua pack ni.

Ya, ayah aku seekor Alpha manakala ibu aku seekor Beta. Sepatutnya, gabungan itu akan melahirkan seekor Alpha tetapi aku tak pasti darah Omega ni sesat mana. Walau bagaimanapun, ayah atau ibu tak pernah mempersoalkan takdir aku sebagai seekor Omega. Itu yang membuatkan pack ini lebih kuat. Ayah selalu ingatkan aku yang nak jadi kuat, tak semestinya perlu berpangkat Alpha, cuma perlukan latihan yang banyak dan semangat yang kuat.

Aku telah diberi pendidikan sempurna sepanjang berada dalam pack ni. Aku belajar cara menyerang musuh, mengatur strategi dan yang paling penting adalah cara menangkap makanan sebab tanpa makanan, boleh ke kau hidup? Setakat ini makanan kegemaran aku adalah rusa mentah.

Boleh buat biodata diri aku dah lepasni.

Tiba-tiba penglihatan aku menjadi gelap. Ada tangan yang menutup kedua-dua belah mataku. Bau manis campuran strawberi dan vanilla menusuk ke dalam hidungku. Aku kenal pemiliknya.

“Teka siapa?” Pemilik bau itu berbisik di telingaku. Aku tersengih kerana tekaan aku memang tepat. Tangannya aku tolak daripada terus menutup mataku. Aku berpusing ke belakang lantas memeluk gadis berambut blonde tersebut.

“Audrey, aku rindu kau!” jeritku, masih mengekalkan pelukannya. Audrey, sepupu aku yang paling aku sayang, paling aku cinta dan yang paling aku- oh dah terlebih.

“Bila masa je kau tak rindu aku?” Dia melonggarkan pelukan untuk bertentang mata denganku.

“Bila kau buat perangai cibek.” Jawabku selamba. Entah mana ayat tu muncul dalam fikiran aku. Audrey menampar bahuku perlahan dan tertawa. Dia turut mengambil gelas yang tersusun di atas kabinet dan menuang minuman yang dia mahu.

“So, dah jumpa si ‘dia’?” tanya Audrey.

“Si ‘dia’?” Kening aku hampir bersambung.

Audrey mengeluh sebelum berkata lagi. “Yes, kau punya mate. Jangan buat tak tahu. Kau tu dah 18 tahun.”

Haih, dia buka dah topik tentang mate. Aku paling menyampah kalau cakap tentang mate. Selama aku hidup 18 tahun ni, aku tak pernah terfikir pun tentang siapa aku perlu jatuh cinta. Aku nak jatuh cinta pada lelaki atau perempuan, semua tu aku tak terfikir. Apa yang seronok sangat bila ada mate pun aku tak tahu. Mungkin aku dah biasa hidup keseorangan sepanjang hidup, jadi aku tak kisah sangat jika ada kawan atau tak.

“Kalau tak ada mate, agaknya aku mati tak?” Sarkastik datang dari mulutku.

“Bego, mestilah tak. Kau takkan mati.” Audrey menggulingkan bebola matanya. “Benda sekarang, kau dah semakin tua. Kau tak teringin ke teman hidup?”

“Dengan gaya aku macam ni, ada ke lelaki nak kat aku?” Aku menunjukkan kepada Audrey cara aku berdiri dengan kaki terkangkang sedikit.Sebelah tangan memegang gelas manakala tangan lagi satu diletakkan di atas kabinet. Pakaian aku memang cun sebab ianya dress putih bercorak flora jarang. Ibulah yang paksa aku pakai macam ni. Kalau ikutkan aku nak pakai flannel je tapi dia larang.

“Penipu. Kau tak bersosial, macam manalah diaorang nak kat kau.” Audrey mengambil gelas di tangan aku dan meletakkannya di atas kabinet. Rambut beralun oren aku diperbetulkan olehnya buat kali terakhir sebelum dia memusingkan tubuhku aku menghadap orang ramai.

Jejaka-jejaka muda tampan baru sahaja memasuki rumah. Mereka menyalakan mata masing-masing kepada ayah aku yang menyambut mereka di pintu sebagai tanda perkenalan, mungkin.

Apabila seekor lelaki menyalakan mata merahnya, ayah aku menahannya dan berjabat tangan dengannya.

Lelaki bersuit kemas itu tersenyum apabila ayah memulakan perbualan dengannya. Kemudian, matanya tiba-tiba menangkap aku yang sedang memerhatinya. Segera aku menoleh ke belakang semula untuk memberitahu Audrey.

“Holyfuck, ada lelaki perasan yang tengah tengok dia!” Membulat mataku kepada Audrey.

“Mana? Mana?” Audrey memberi respon terujanya. Ish, minah ni takkanlah aku nak tunding jari kat mamat tu pulak!

Tiba-tiba mata Audrey seperti tertumpu pada sesuatu di belakang aku. Terus senyuman terujanya tadi pudar dari bibir. Dia menjauhi aku dan memberi bahasa matanya, menyuruh aku melihat ke belakang aku. Aku tak faham sungguhlah dengan dia ni.

Apabila aku berpusing ke belakang, kepalaku terhantuk pada dada bidang seorang lelaki. Inilah kelemahan orang pendek. Rambutku terasa basah barangkali kerana minuman di tangan lelaki tersebut tercurah ke atas kepala aku.

“That was unfortunate. Sorry.” Beberapa helaian tisu ditarik oleh lelaki itu daripada kotak tisu. Dia menarik dagu aku untuk mendongak memandangnya.

Saat itu barulah aku dapat lihat wajahnya dengan lebih dekat. Matanya sederhana kecil manakala keningnya sederhana tebal juga. Hidungnya mancung manakala bibir merah jambunya yang nipis dikemam sambil tangannya mengelap air yang mengalir turun ke dahi aku.

Klisenya pertemuan aku dengan mate aku. Kejap, dia mate aku ke? Tolonglah, aku tak nak ada mate. Aku tahu ada mate macam seronok sebab ada orang yang kisah tentang kita, ada orang yang akan lindungi kita dan ada orang yang beri sepenuh perhatian kepada kita. Tapi, bukan bagi aku. Aku tak suka bila orang bagi perhatian sepenuhnya pada aku.

“Eh, tak apa. Saya buat sendiri.” Aku mengambil tisu daripada tangannya itu dan mengelap rambutku yang basah.

“Hahaha, nanti berhabuklah rambut awak.”

“Ha?” Aku kekok. Lelaki itu masih tertawa kecil kepadaku. Bodoh gila. Aku rasa nak lempang pun ada muka lelaki ni.

“Tisu tu,” dia mengambil tisu yang basah itu daripada tanganku. “Rambut awak akan berhabuk dengan tisu kalau awak terus lap basah macam tu. Biarkan dia kering.”

Baru aku faham. Otak aku lambat pick up sikit kalau tiba-tiba nak bercakap dengan orang yang tidak dikenali.

“Astrid, right?” Dia memulakan perbualan. Ini petanda buruk!

“Y... ye... yeah.”

Nanti dia bahan aku lagilah tu sebab gagap.

“Ayah awak beritahu banyak benda tentang awak kat saya.”

“D... dd.. dia bagitahu?”

“Ya. Awak tahu? Saya tak pernah tahu yang awak Omega sampailah ayah awak bagitahu saya.”

“Selama ni awak fikir saya apa?”

“Entah,” dia mengangkat bahu. “Mungkin Beta.”

“Ramai orang cakap saya sepatutnya jadi Alpha. Kenapa awak rasa Beta?" Keningku terjongket sebelah. Curious juga mana datangnya teori Beta itu.

"Saya nampak awak masa berlatih. Awak tak macam Omega yang lain. Macam ada sesuatu dalam diri awak yang buat awak lebih tangkas berbanding serigala lain."

Lelaki ni seolah-olah telah mengenaliku lebih 20 tahun. Sesuka hati aje nak cakap yang aku ada simpan benda lain dalam badan untuk lebih kuat. Macam aku bela saka pula.

"Yang buat saya tangkas adalah teknik. After all, semua Alpha masih pandang saya sebagai Omega lemah dan jijik. Betul tak?"

Sengihan terukir di bibirnya seraya dia menggelengkan kepala.

"Tak. Saya tak rasa macam tu. Saya rasa firasat saya betul. Awak pegang kekuatan lain dalam diri awak."

Lama aku tenung raut wajahnya. Siapakah lelaki ini? Meramal aku tidak tentu hala. Aku malas berbahas dengannya kerana aku tahu yang aku takkan menang.

Lelaki misteri ini perlu disiasat terlebih dahulu.

"It was nice meeting you, Astrid," ucapnya, menghampiri aku dekat. Bau kulit kayu manis dan campuran vanilla merangsang deriaku. Aku tidak berganjak walau seinci apabila bibir lelaki itu mengucup pipi mulusku dan menapak pergi.

Setelah memastikan dia tidak berpaling untuk melihatku, aku kesat sisa air liur yang yang melekat pada pipiku. Jijik apabila pipiku diperlakukan sebegitu!

Mengerling jam pada dinding, lagi dua jam majlis bakal berakhir. Aku sudah bosan melepak di sini. Lebih baik aku sertai Sofea yang mengulangkaji di perpustakataan.

Gelasku diletakkan di atas kabinet. Kaki aku laju mengorak ke pintu dapur dan akhirnya, aku bebas.


Continue Reading Next Chapter
Further Recommendations

samanthaiddison: Love the book so far I really hope Lesley can fave her past with Cedric by her side

Rebeca Brown: I 💘 love the story line. I can't stop reading it.The only minor issue is some gamer or seems like missing words to complete the sentence. As an example, about being late for school it's phrased 'we are getting late' instead of we're going to be late. Now if the author isn't American English as t...

samanthaiddison: Good so far I hope amber and the rest of the omegas find hapoiness

Jo Ella Breath: Need to get to the plot faster

Alina Timofte: Is a very beautiful story, the characters are amaizing and I cant wait to read the entire book. I only wished that I could find the entire book and read it.

Arlene: Love it! 😍😍😍❤❤❤❤

frida: Great book and choosing a 12 year old as lead is an exceptional idea. Kind of original (not really but not mainstream either) using a child’s journey fitting in somewhere new and also how to be part of a family.

More Recommendations

johnawilliamson: Loved the dominance link bdsm and submission

Favour Ezinwa: I am so in love with this story I couldn't stop reading

Rileigh Coleman: I can’t believe they were able to kidnap them again. Ugh. I can never put this book down.

Brenda Pugh: It was good reading material and amazingly informative

Jillian: Mara and Alec are too cute and funny together, I love their chemistry, I wish we had more scenes with just them to get to know the characters. Great read, can’t wait for the next one!

About Us

Inkitt is the world’s first reader-powered publisher, providing a platform to discover hidden talents and turn them into globally successful authors. Write captivating stories, read enchanting novels, and we’ll publish the books our readers love most on our sister app, GALATEA and other formats.