Get Free Copy

100 free copies left

This novel is limited to 100 free copies due to its part in Inkitt’s Novel Contest.

0
Free copy left
You can read our best books
iammfaj would love your feedback! Got a few minutes to write a review?
Write a Review

ALZHEIMER

By iammfaj All Rights Reserved ©

Thriller / Mystery

Chapter 1

Sudah sebulan Amera gundah gulana. Tidur malam tak pernah lena. Mana taknya, suami tersayang hilang dari pandangan. Siapa boleh tahan?

Baru hari ini pihak polis melakukan pencarian. Di dada akhbar dan kaca TV, berita itu mula menjadi bahan bualan. Di platform sosial apatah lagi, semua bantu hebahkan. Dari Sampah Remaja hingga ke page Amran.

Sudah sebulan Amera tak henti menangis. Galau dalam hati tak pernah terhakis. Hujan di luar seakan mengerti, lebat menghempas bumi.

“Abang hilang mana, bang? Abang?”

Mulut Amera tak henti racau, hatinya tak hilang risau.

*****

“Entah la cik, hari terakhir saya jumpa suami saya sebulan lepas. Time tu dia tengah bersiap, segak-segak. Mesti nak keluar jumpa kawan. Tapi saya yakin bukan kawan dia, tapi perempuan tak guna tu!”

“Maksud puan, suami puan ada perempuan simpanan?”

Amera hanya mengangguk, tak pasti. Inspektor Laila menghela nafas dalam.

“Sepanjang sebulan encik Hafiz tak balik, puan tak pernah call dia?”

“Ada. Tapi semua tak dijawab. Dia dah bencikan saya”

“Boleh puan ceritakan bagaimana puan boleh bergaduh dengan suami puan malam tu?”

*****

Hafiz menyisir rapi rambut hitamnya ke belakang. Haruman Dashing disembur ke seluruh badan. Mata dipejam, menghirup harum wangian lelaki itu, kembali dibuka. Langsung berdiri gagah di hadapan cermin. Memeriksa sebarang cela pada penampilannya. Dia harus kelihatan segak bergaya kerana malam itu merupakan malam istimewa buatnya dan seseorang.

“Abang jangan nak menggatal eh nak keluar malam ni!”

“Awak ni dah kenapa pulak? Saya tak cakap pun nak keluar!”

Hafiz kehairanan dengan sikap isterinya malam itu. Berang benar riak wajah wanita itu.

“Abang jangan nak tipu. Ingat saya tak tau pasal Jannah?”

Terkejut beruk Hafiz dibuatnya. Kantoi. “Eh, awak kenal Jannah dari mana?”

Terimbas saat dia dikejutkan dengan kehadiran satu pesanan ringkas dari telefon bimbit suaminya tadi. Lelaki itu sedang mandi. Satu teks ”Sayang, you kat mana?" dari pengirim bernama Jannah.

Makin geram dibuatnya.

“Kau babi! Arghhh!”

*****

“Sampai hari ni, kesan sakit tu masih terasa, cik”

“Lepas suami puan tampar puan, dia terus keluar dan sejak itu belum pulang?”

Amera mengangguk lagi. Tidak pasti.

Sekali lagi pegawai polis itu menghela nafas panjang. Ada suatu yang rumit perlu dia selesaikan. “Argh, baru ingat nak ambil cuti. Nak pergi honeymoon!” Jerit hati.

“Baiklah, puan berehat dulu. Jika ada sebarang maklumat terbaru, sila maklumkan kepada pihak polis. Kami akan datang lagi untuk siasatan lanjut”

*****

Amera memerhati longgokan surat di atas meja, tak terusik. Lupa untuk disemak. Salah satu daripadanya, laporan pemeriksaan penyakit yang sedang dia hidapi. Alzheimer. Dia pelupa.

Dia lupa apa yang telah berlaku antara dia dan Hafiz sebulan lalu.

*****

Keluar jendela, dia melontar pandang. Pohon kedondong berdiri rendang. Matanya merenung tajam kesan palitan merah kusam pada perdu pokok tersebut. Kelihatan seperti sesuatu, tetapi dia lupa apakah itu. Bonggol kecil di hadapan pokok itu sudah dipenuhi rumput hijau. Dia lupa sejak bila ia wujud.

*****

Sudah sebulan Hafiz hilang. Hilang dari pandangan awam. Hilang dari kehidupan dan alam.

*****

Sebulan yang lalu.

“Kau babi! Arghhh!”

“Arghhhhh” Hafiz menjerit kuat. Tangan kanan menggenggam erat bilah besi tajam. Besi tajam yang dibenam kedalam perut. Cecair merah pekat membasahi kemeja putih. Tercipta abstrak merah pada kanvas putih. Simbolik sebuah cinta sedih.

Amera tak mudah melatah. Perlahan-lahan wanita itu menarik keluar pisau tadi. Dadanya berombak laju.

Dalam perit tak terperi, Hafiz berasa lega. Sekurangnya isterinya yang gila itu cuba membantu. Sebelum...

“Arghhh!” Sekali lagi lelaki itu menjerit. Nyawanya bagai telur di hujung tanduk. Bilah besi yang masih kemas dalam genggaman Amera, rakus dirodok semula ke dalam. Lelaki itu tumbang.

*****

Dia Amera. Dia pelupa.

Dia lupa bahawa malam itu adalah malam ulangtahun perkahwinan mereka yang kedua. Dan si suami yang malang itu, sedang bersiap untuk membuat kejutan buat isterinya. Candle light dinner di hadapan pokok kedondong, buah kegemaran Amera.

Jannah adalah kawan baik Hafiz yang telah lama terpisah, baru bertemu kembali dalam grup What’s App; Kelas 5 Alfa 2001.

*****

Satu mesej bertanda ‘unread’.

Sorry, Hafiz! Aku tersilap hantar mesej tadi. Aku nak send kat suami aku! LOL

Write a Review Did you enjoy my story? Please let me know what you think by leaving a review! Thanks, iammfaj
Continue Reading
Further Recommendations

harry142018: This story was gripping and very professionally written. With lots of twists and slight of hand tricks, the author deceives the reader until finally showing their cards at the end. With several subplots all intertwining to create the main plot, this really is an interesting and engaging read.

M. Drewery: I did think I would be reading just another Atlantis archaeological adventure story when I came across this book. However I think it's fresh and very different to other approaches to the same historical mystery. The first chapter drew me in brilliantly. I'm not great at spotting technical writing...

taosgw74: If this is the authors first attempt at writing, I'm floored. I was engrossed in the plot from the get go.

Someone: This was a fun, entertaining read. Although the novel wasn’t stylistically polished, and although the first couple of chapters struggled to hold my attention, the rest of the novel was engaging and beautifully done. You had me fooled until the end. The rest of this review will contain spoilers fo...

Evelyn Alonzo: I was up till three in the morning just so I could finish the story! It just really grabs your attention and you can't stop reading it at all! Lol great job, Nick! Can't wait to read your other stories!

cicheah: Very well-knit story which sustains one's interest from beginning to end. Most enjoyable and a pleasure to read.

Atractivo Sumit: The story is an amazing blend of what we call natural, plain romance along with subtle emotions and interesting twists. The plot is so beautifully interwoven.

Carolyn Hahn-Re: I really liked this story! The writing was well done, and the plot was suspenseful. I couldn't stop reading chapter after chapter, on the edge of my seat! The characters were well developed, and true to form. Thank you so much for this wonderful read.

pikagirl311: Katie Masters has definite skill when it comes to plot work and characters. The story is well-paced and pulls you along with the tide, keeping you hooked until the very end. The only reason I did not give it five stars across the board is due to a few minor quibbles with misspellings and such lik...

More Recommendations

C J Lawson: Nicely done. Good story with good characters, as well. I was very entertained by the story line, from beginning to end. I would definitely read more of this author's work.

Spring: I normally don't read fiction novels, but I absolutely enjoyed reading Silent Shadows! The style is quite different from the previous fiction novels I've attempted to read. Great job!

JanThompson: This book gives a beautiful description of a country which one rarely gets to see. The contrast between rich and poor is very evident too.The storyline actually sheds a compelling light on why women in certain countries sell themselves just to help their families or even to survive themselves. I ...

This story wasn't for you ?
Look at our most viral stories!
King's Lament

FreakyPoet: "you made me laugh, made me cry, both are hard to do. I spent most of the night reading your story, captivated. This is why you get full stars from me. Thanks for the great story!"

The Cyneweard

Sara Joy Bailey: "Full of depth and life. The plot was thrilling. The author's style flows naturally and the reader can easily slip into the pages of the story. Very well done."

This story wasn't for you ?
Look at our most viral story!
Spectra

Ro-Ange Olson: "Loved it and couldn't put it down. I really hope there is a sequel. Well written and the plot really moves forward."