KAYSER'S

All Rights Reserved ©

satu

Tengku Hana Kamelia menghentakkan kakinya geram. Panas sungguh hatinya! Rasa nak nangis pun ada!

Telefon pintarnya diambil dari tas tangan berjenama Saint Laurent. Punat-punat telefon ditekan , mencari nombor yang mahu dihubungi. Butang dail ditekan. Talian bersambung selepas beberapa deringan.

" Mama! "

"Waalaikumussalam anak mama" jawab Tengku Aleena membentuk sindiran.

"Mama kat mana tu? Shopping jom, Hana belanja"

"Alaa macam mana ni? mama tengah makan makan dengan kawan mama ni. Tolong belikan untuk mama lah"

"Hah? Mama cau jela dulu! Hana sendiri ni. Hana tunggu kat Starbucks"

"Ha okay okay. Sabar jap tau. Tunggu je situ, jangan pergi mana mana!"

Hana memandang kearah jam yang terletak molek diperlegangan tangannya, sudah menunjukkan jam 1:45 petang. Sudah 15 minit menunggu ibunya.

Hana mengeluh perlahan seraya menyedut coffee yang sudah tinggal separuh cup.

Bunyi bising dari beberapa manusia di pintu masuk starbucks mendapat perhatian Hana.

Membulat mata Tengku Hana apabila menangkap seorang jejaka berjaket kulit hitam bersama beberapa orang jejaka lain yang berbual sambil menuju ke kaunter di kafe itu.

Kalaulah bola mata boleh keluar dari soket mata, rasanya mahu berdebub bola matanya jatuh di hujung kaki. Hana pula terpaksa mengutip biji mata yang jatuh.

Matanya ralit memandang jejaka itu dari atas hingga bawah. Dari rambut coklat jejaka itu yang agak serabuk, mata tajam yang mampu memukai mana-mana perempuan, melihat sempurnanya bentuk hidung lelaki itu. Tubuhnya tegap dan dibalut jaket kulit serta seluar jeans hitam ketat yang membalut kaki tegap jejaka itu.

Bibir digigit perlahan, kalaulah jejaka sempurna itu menjadi miliknya. Pasti bapanya akan berhenti menjodohkannya dengan beberapa lelaki anak rakan perniagaannya.

Otak mula mengingat kembali perbualannya bersama si ayah beberapa jam lepas.

"Kamu dah 25 tahun, dah elok kalau kahwin tahun ini." Hana mengerutkan dahi. Apa papa ni..

"25 tahun tu muda lagi pa. Lagipun Hana tak mahu fikir pasal kahwin lagi, kerja dekat ofis tu berlambak lagi. Lagipun angah yang lelaki, tak kahwin kahwin pun lagi" tegas Tengku Hana.

"Hah, papa tak kira. Angah tu tunggu dia balik sini dulu. Pandaila papa rembat dia dengan batang paip. Kamu ni, haritu papa suruh kamu pergi lunch dengan Rafael kamu takmahu, dengan Aryan pun kamu tak mahu. Semua anak kawan papa kamu reject tanpa kenal dulu ya?" Jeling Tengku Khalil.

"Dah Hana tak kenal. Mana tahu dorang orang jahat cuba nak samun Hana ke? Nanti papa jugak yang susah." omel Tengku Hana.

"Kepala hotak kamu nak samun kamu. Mereka tu anak kawan papa, kalau ada niat jahat, memang lesing dulu lah!" Tengku Khalil memandang anaknya kecil besar kecil besar.

"Haaa sayang juga papa dekat Hana. Jadi, kalau sayang seeloknya biarlah Hana enjoy hidup single dulu. Lelaki sekarang ni kaki kikis tau papa. Pui~" fitnah Tengku Hana. Eh fitnah ke? Eh taktau la skek

"Hah papa tak kira. Yang papa tahu, tahun ni kamu kahwin. Papa dah book tok kadi." Tengku Hana melopong.

" Eeee apa papa ni?!" muncung sedepa bibir Tengku Hana. Tengku Khalil hanya buat muka tidak tahu, Malas melayan drama anak gadisnya.

"Papa memang kejam." Tengku Hana intai reaksi papa kesayangannya. Langsung tiada perubahan. Bahkan lelaki itu siap duduk bergoyang kaki.

"Kamu tak usah nak mengada sangat. Papa tak kira, kamu kena juga kahwin dengan seseorang. Kalau tak mahu anak kawan papa, pergi berkenalan dengan mana-mana lelaki. Papa bagi masa 6 bulan untuk kenal hati budi masing-masing." Wajah anak gadisnya dipandang. Jangan mimpi papa nak termakan dengan drama kamu kali ini Hana Kamelia!

"Sampai hati papa buat Hana macam ni." Tengku Hana cebikkan bibir. Stress betul dia. Diantara dia dan angahnya, kenapa dia yang perlu kahwin dulu?

"Papa tak dengar, papa tak dengar." Tengku Khalil menekup kedua belah telinganya.

"Hana tahu papa memang dah tak sayangkan umai kan?" Tengku Hana alih cerita. Air mata palsunya dikumpul sebanyak mungkin.

"Bagus lah kalau kamu dah tahu."

"Papa!" Hana bengang. Papanya memang sengaja.

"Hah apa marah marah? Syurga bawah tapak kaki mama, tapi papa di kuncinya tau. Ha Ha" Tengku Khalil membuat muka bangga. Lagipun, letih telinganya mendengar omelan Tengku Hana. Itu ini tak kena.

"Papa tahu kan Hana ni diva! Malu lah kalau Hana yang kena cari suami! Sepatutnya diorang yang nak Hana. Dan Hana tak nak anak kawan papa, orang kaya ni nanti dia nak kahwin dua. Suami Hana untuk Hana seorang je." muncung Tengku Hana sedepa.

"No no no! Siapa suruh kamu tu diva sangat? Diva lah sangat, tiket flight pun guna duit papa." Tengku Khalil menjuling mata keatas.

"Itu sebab papa yang tanggung Hana okay!" Jarinya gata mau mencubit lengan Tengku Khalil, tapi cepat cepat papanya melarikan tangan.

"Amboi engkau, ke kamu nak papa ubah harta letak nama orang lain?" Anaknya itu mata duitan. Dia pasti, itu sahaja kelemahan Tengku Hana Kamelia! Jadi sudah terang lagi bersuluh, kemenangan sudah berada di pihaknya.

Takut lengannya dicubit, Tengku Khalil lekas bangun dari sofa pejabat. Bisa jari anaknya ni sama bisa dengan si isteri, Tengku Aleena.

"Papa nak pergi mana tu?" Tengku Hana cuba menghalang. Tidak percaya papanya yang lembut sudah menjadi tegas dalam masa tak sampai sejam.

"Papa nak pi main golf. Dah lama tak praktis pukul bola. Ke kamu nak papa pukul kamu je?"

"Pukullah, I report mama." Tengku Hana turut bangun. Beg tangannya dicapai sebelum melangkah keluar dengan gaya model.

"Bye Papa! I kahwin 30 February ni lah ye" Lambai Tengku Hana sebelum menghilangkan diri.

Tengku Khalil tersenyum puas. Akhirnya anak gadisnya mahu kahwin juga.

Tapi, aikk?

30 Februari wujud ke?

"Tengku Hana Kamelia!" Tengku Hana mengekek seraya mendengar suara Tengku Khalil yang mengegar. Lambat pickup papanya ni.

"Hoi!" Teguran seseorang menyentakkan Tengku Hana.

Kelihatan Tengku Aleena dengan hidung kembang kempis menahan amarah, habis merah muka awet muda mamanya.

"Pasepa ni mama" Tanya Tengku Hana.

"Hengko lah! Dari tadi mama panggil tak dengar! Oh no! Mama ingat puteri mama ni dah pekak!" Tangan Tengku Aleena yang tersarung gelang-gelang emas ditekap ke dahi.

"Bila mama sampai?" Tanya Hana berdalih.

"Emm baru je" Air coffee anak hadianya yang tinggal separuh itu disedut habis.

"Pergi belikan mama punya air cepat." Hana menjulingkan mata.

"Nak makan tak?" Tanya Tengku Hana.

"Taknaklah. Dahla murah pastu tak sedap." Tengku Hana menggelengkan kepala. Dari wanita inilah Tengku Hana dapat perangai.

Continue Reading

About Us

Inkitt is the world’s first reader-powered publisher, providing a platform to discover hidden talents and turn them into globally successful authors. Write captivating stories, read enchanting novels, and we’ll publish the books our readers love most on our sister app, GALATEA and other formats.