Prakata
بسم الله الرحمان الرحيم
السلام عليكم
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, menemukan kita di sini. Saya bukanlah seorang manusia yang sempurna. Cuma, mahu meluaskan agama Allah. Semoga kata-kata saya dapat mengetuk hati kamu semua untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Sebarang pertanyaan, silakan tanya. Jika saya boleh jawab, Insya Allah saya jawab. Saya hanya jawab jika saya benar-benar yakin akan jawapan kepada persoalan kamu semua.
Akhir kata, hayatilah segala kata-kata tarbiyyah. Semoga kita tergolong di dalam golongan yang dirahmati-Nya. اللهم آمين
جزاكم الله خيرا والسلام عليكم