HER, COFFEE

All Rights Reserved ยฉ

Summary

๐€๐Œ๐€๐˜๐€ ๐€๐ƒ๐™๐‘๐€ - Dia sukakan kopi. Cintakan minuman itu sehingga kini bergelar pengusaha francais kopi terkemuka, Her Cuppucino. Dan sebagaimana kopi, sebegitulah Amaya. Keras dan pahit. Tapi, Amaya bencikan kopi hitam! Jangan setitik pun kopi hitam muncul di depan mata! ๐ˆ๐™๐™ ๐ˆ๐’๐‡๐‘๐€๐ - Dia pengarah muda yang sukakan kopi hitam tanpa gula. Bak katanya, 'ringkas dan padu'. Hanya kerana satu usahasama antara dua syarikat, mereka bertemu. Awalnya, hanya atas urusan perniagaan. Namun, lain yang terjadi apabila Izz tertarik dengan citarasa Amaya. "Awak buka kedai kopi, tapi awak benci kopi hitam?" - Izz Ishraq "Everyone is allowed to have their own preferences." - Amaya Adzra Tetapi, bagi Izz, ada sesuatu yang pelik soal Amaya. Ini bukan hanya soal citarasa, tapi sebuah kisah. Kisah kenapa boleh terbentuknya seorang Amaya yang pahit dan keras seperti kopi. Amaya tak pernah mengharapkan kasih sayang. Baginya, kasih sayang itu mahal harganya. Dia pilih untuk berdiri sendiri. Simpan segalanya sendiri. Kerana itulah dia, Amaya Adzra. Namun, di saat Amaya alami kehilangan terbesar dalam hidupnya, muncul Izz yang menghulur tangan dan kasih sayang. Benteng yang dibina hampir rebah, namun siapalah dia dengan seorang Izz Ishraq, yang jauh lebih hebat?

Genre:
Romance / Drama
Author:
Hannaz
Status:
Ongoing
Chapters:
5
Rating:
n/a
Age Rating:
18+

CUP 1

๏ฟผ

๐‚๐จ๐Ÿ๐Ÿ๐ž๐ž ๐ญ๐š๐ฌ๐ญ๐ž๐ฌ ๐ฌ๐ฐ๐ž๐ž๐ญ ๐ฐ๐ก๐ž๐ง ๐ฒ๐จ๐ฎ ๐ซ๐ž๐š๐ฅ๐ข๐ณ๐ž ๐ญ๐ก๐š๐ญ ๐ข๐ญ ๐ž๐ฌ๐œ๐š๐ฉ๐ž๐ฌ ๐ฒ๐จ๐ฎ ๐Ÿ๐ซ๐จ๐ฆ ๐š ๐ฅ๐ข๐Ÿ๐ž ๐๐š๐ซ๐ค๐ž๐ซ ๐š๐ง๐ ๐›๐ข๐ญ๐ญ๐ž๐ซ ๐ญ๐ก๐š๐ง ๐ญ๐ก๐ž ๐œ๐จ๐Ÿ๐Ÿ๐ž๐ž ๐ข๐ญ๐ฌ๐ž๐ฅ๐Ÿ.
*
*
*

KAKI bersarung heels setinggi dua inci itu diatur penuh composure ke dalam sebuah bangunan dua tingkat bertulis Her Cuppucino. Kafe bertemakan Inggeris klasik itu sedikit sibuk memandangkan waktu awal pagi sebegini, kedai kopinya memang menjadi tumpuan orang ramai yang menyinggah sebelum ke tempat kerja.
Sampai sahaja ke bahagian administration di tingkat dua bangunan, seisi pejabat terus menunduk perlahan. Salam hormat. Walaupun masih pagi, semua sudah ralit menunduk dengan kerja masing-masing.
Atau mungkin berpura-pura khusyuk di depannya. Mungkin.
"Selamat pagi, Cik Amaya," sapa Fatihah yang sudah bangkit dari kerusinya. Rutinnya setiap pagi, menyapa Amaya sebaik sahaja bosnya tiba di pejabat.
Amaya hanya membalas dengan anggukan perlahan. Tanpa sebarang suara, kaki dibawa masuk ke dalam pejabat pengarah urusan dan pantas diekori Fatihah dari belakang. Tangan sudah memegang iPad, bersedia untuk menjalankan kerjanya sebagai cik PA kepada Amaya.
"Cafรฉ au lait for today." Senada Amaya bersuara.
Dan Fatihah terus mengangguk. Tangan bergerak di atas skrin iPad, menyampaikan pesanan cik bos kepada barista yang bekerja di bahagian kafe tingkat bawah. Kemudian, kepala diangkat semula sebelum bibir mula bersuara.
"Untuk pagi ini, Cik Amaya ada jadual Skype dengan pembekal biji kopi Robusta daripada Vietnam. Stok bulan ini akan dipertingkatkan jumlahnya berbanding bulan lepas. Dari tiga ribu kilogram kepada lima ribu kilogram."
Amaya mengangguk. Wajah serius mendengar.
"Biji Arabica?"
"Untuk Arabica, pembekalnya dari negara India, dan Skype Cik Amaya dengan dia hari Jumaat ini."
Amaya mengangguk lagi. Kemudian, isyarat diberi agar Fatihah meneruskan kata.
"Petang pula, kilang akan hantar stok susu dan krimer. Macam biasa, pekerja lain akan cek stok dan semuanya akan dirujuk semula pada Cik Amaya setelah semuanya selesai."
Mata Amaya beralih pula ke arah sticky notes yang terlekat pada skrin komputernya. Membaca self-reminder penting yang ditulisnya sendiri.
"Beritahu Ammar, saya nak draf akhir untuk laporan kewangan minggu lepas. Sepatutnya, semalam dah hantar. Tapi, kenapa saya masih tak dapat?" Kali ini, dahi Amaya berkerut sedikit. Sempat hati menggerutu perlahan.
Inilah susahnya bila dapat pekerja baru. Susah nak comply dengan arahannya. Nak kata baru sangat, dah sebulan juga bekerja. Masuk minggu ini, dah empat kali Ammar ditugaskan menyediakan laporan mingguan.
Tapi, tak habis-habis dengan kecuaian dalam laporannya. Dah sebulan, takkan masih tak faham lagi sistem kerja sendiri?
Fatihah hanya mampu anggukkan kepala. Bab-bab kerja, dia tahu Amaya memang strict.
"Nanti saya maklumkan pada Ammar. Satu lagi, Cik Amaya. Tadi, wakil syarikat Empree Group ada hubungi saya. Encik Farizal namanya. Dia cari Cik Amaya."
Spontan, tubuh Amaya tertegak pada kerusi. Sebelah kening terjungkit. Wakil Empree Group cari dia?
"Are you sure? The Empree Group?" soal Amaya untuk kepastian.
Mustahil syarikat besar itu mencarinya. Bukan dia tak pernah dengar nama Empree Group itu. Sebuah syarikat perkapalan terkemuka di Malaysia dan bercabang luas di negara luas. Berjaya menempa nama kerana pengusahanya adalah orang tempatan. Kalau kapal terbang ada AirAsia, kapal laut ada Empree Sails. Itulah taraf syarikat korporat itu.
Dan, dia? Her Cuppucino adalah francais kopi yang diusahakannya sejak lima tahun lepas. Satu perniagaan minuma kafein yang bercabang di pelbagai negeri dalam Malaysia.
Masalahnya, syarikatnya ini masih bersifat tempatan. Jadi kenapa syarikat bertaraf antarabangsa itu nak mencari Her Cuppucino pula?
"Encik Farizal kata dia ada emelkan sesuatu pada Cik Amaya. Dan, dia akan hubungi semula untuk dapatkan jawapan dari Cik Amaya," sambung Fatihah.
Dalam keliru, Amaya tetap mengangguk perlahan. Kalau dah gunakan emel ini, maksudnya atas urusan perniagaan. Sempat bibirnya mengukir senyuman kecil. Makin bertambah rezeki kedainya ini.
"Okey. Nanti saya check emel. Ada apa-apa lagi yang saya perlu tahu ke?"
"Itu saja, Cik Amaya. Saya keluar dulu, ya. Nanti saya bawa naik Cafรฉ au lait Cik Amaya."
Amaya hanya mengangguk. Dan dalam sesaat, Fatihah sudah pun berlalu sementara mata Amaya teralih pada skrin komputer. Emel dibuka dan kelihatan ada satu mesej yang dihantar dari Empree Group seperti dikatakan Fatihah tadi.
Mata mula mengecil membaca bait-bait maklumat yang tertera di dalam emel. Pastinya satu tawaran usahasama yang menarik dan sukar untuk ditolak.
Baru beberapa saat mata memandang emel, Amaya kembali disentak apabila telefon bimbitnya berdenting. Dan, apabila mata membaca nama si penghantar mesej yang tertera pada skrin, wajah Amaya bertukar tegang.
Mesej yang diterima terus dibuka.
- Aya, bila Aya datang sini?
Spontan, Amaya memandang tarikh yang tertera pada skrin komputer. Hari Isnin. Rasanya, baru Khamis lepas dia balik ke rumah sana. Takkan dah dicari semula?
Jari laju bergerak mengetuk skrin.
- Nak saya datang hari ini ke?
Dan tak sampai sesaat, mesej ringkas itu sudah berbalas.
- Hari ini tak payah. Tapi, akak nak duit sikit.
Spontan, Amaya gertakkan rahang. Duit lagi, lagi dan lagi. Serupa membela biawak hidup. Bukan serupa, tapi memang dah macam biawak hidup dah pun.
Amaya menghela nafas kasar. Nak tak nak, mesej itu dibalas juga.
- Berapa banyak nak? RM500 minggu lepas itu, dah habis semua?
- Habis semua, Aya. Bagi berapa yang Aya ada ajelah.
Sekali lagi, nafas dihela. Kalau ditanya berapa yang dia ada, memang banyaklah. Perniagaan kedai kopinya ini sudah cukup maju dan terkenal. Satu Malaysia tahu jenama kedainya.
Masalahnya, lagi banyak duit dia ada, lagi kerap juga duit orang sana habis dan pokai semua.
- Aya transfer sekarang.
Tanpa menunggu balasan seterusnya, telefon itu dicampak semula ke atas meja. Tangan terus membuka website bank di komputer dan dalam sekelip mata, sejumlah wang bernilai RM500 dipindahkan ke akaun sana. Dah serupa bagi nafkah, walaupun dia masih hidup membujang di usia 27 tahun ini.
Amaya sandarkan tubuh pada kerusi. Wajah masih beriak serius. Wajah garang. Bak kata orang, resting bitch face. Kalau mengingatkan soal Kak Yana dan keluarganya, memang rasa darah asyik nak meletup dari pembuluh darah saja. Stres memanjang.
Sehinggalah pintu pejabatnya tiba-tiba diketuk dari luar dan wajah Fatihah muncul semula. Kali ini, bersama secawan kopi cafรฉ au lait di tangannya.
"Kopi Cik Amaya." Fatihah letakkan kopi itu di atas meja berhadapan Amaya. Wajah serius Amaya dikerling sekilas.
Rasanya, muka bosnya sekarang ini jauh lebih serius berbanding bila dia masuk tadi. Ini maksudnya Amaya ada masalah dan jangan ditanya apa masalah itu. Sebab seorang Amaya Adzra tak pernah nak meluahkan masalahnya pada orang lain.
"Saya keluar dulu, Cik Amaya."
Amaya hanya mengangguk tanpa suara. Membiarkan Fatihah berlalu sebelum tangan mula mencapai cafรฉ au lait di atas meja. Dihirup sedikit dan apabila air berwarna coklat itu melalui tekak, barulah kurang sedikit rasa tegang di kepalanya.
Mata dipejam rapat. Menikmati rasa coffee dan steamed milk dari kopi yang dihirup. Kan bagus kalau minum kopi ini boleh buat semua masalahnya hilang begitu sahaja?
Tapi, tidak.
Hakikatnya, realiti itu lebih pahit dari secawan kopi.

PINTU kayu yang tertutup rapat itu Amaya ketuk beberapa kali. Tangan naik memeluk tubuh sementara menunggu pintu dibuka. Bukan dia tak tahu, orang rumah ini macam berat hati sungguh nak bagi dia masuk. Tapi bila nak minta duit, baru rajin nak mencari dia.
Hampir seminit menunggu, barulah pintu terbuka dari dalam. Dan, terpacul wajah seorang wanita bertocang satu di dalam rumah.
"Aya, masuklah."
Setelah pintu dikuak lebih lebar, Amaya jejakkan kaki masuk ke dalam rumah. Sempat mata mengerling ke sekeliling rumah yang bersepah itu. Dah macam hidup dengan sepuluh orang. Tak terurus.
Hakikatnya, ada tiga orang sahaja penghuni rumah ini. Dan salah seorangnya ialah anak kecil berusia 7 tahun.
"Azim tak balik sekolah lagi?" tanya Amaya. Tanpa perlu dijemput, dia duduk di sofa lusuh berwarna coklat itu. Jauh berbeza dengan keadaan rumah yang dihuninya. Walaupun dia hidup membujang dan lebih sibuk, tapi rumah teresnya jauh lebih kemas dan teratur. Serta lebih mewah.
"Tak. Nanti Kak Semah jemput dan bawa dia balik."
Amaya sekadar mengangguk perlahan. Mata kekal memandang Kak Yana yang hendak bergerak ke arah dapur.
"Maaflah, Aya. Stok uncang teh dah habis. Akak ada serbuk kopi hitam aje. Tak boleh nak hidang air untuk Aya."
Amaya pantas menggeleng. Tanda minuman itu tak perlu dihidang untuknya. Walaupun dia founder kedai kopi, tapi sikit pun dia tak gemarkan kopi hitam. Apa jua jenis kopi boleh diterima, kecuali kopi hitam yang kosong tanpa pemanis.
Yana mengangguk perlahan. Dah faham sangat dengan citarasa adik iparnya ini.
"Abang Azrul mana?" tanya Amaya. Serius.
Yana senyum tawar. "Tengah tidur. Baru balik kerja. Aya tak kerja ke?"
Spontan, Amaya kerling jam tangan sendiri. Baru pukul dua petang. Takkan pukul dua, dah habis kerja? Dia yang bekerja sebagai bos di pejabat pun, bukan selalu habis kerja seawal waktu lunch hour macam sekarang ini.
"Lepas ini, saya ke pejabat semula. Abang Azrul itu, kerja apa sampai cepat sungguh habisnya?" Sedikit sinis Amaya bertanya.
"Bawa Food Panda. Katanya, tak banyak order masuk hari ini."
Amaya senyum sinis. "Dah berapa hari pula tak ada order masuk?"
Yana hanya mampu menelan kesinisan itu. Dah terbiasa dengan nada yang digunakan Amaya. "Minyak motor asyik tak cukup, Aya. Tak boleh nak ambil order jauh-jauh."
"Alasan semua itu. Mana pergi duit yang saya bagi? Minggu lepas, RM500. Tiga hari lepas, lagi RM500 saya bagi. Seribu ringgit, takkan tak boleh guna untuk duit minyak? Anak Kak Yana bukannya kecil lagi. Dah tujuh tahun. Bukannya kena ada pampers dan susu. Bayaran yuran sekolah Azim pun, saya yang selesaikan," bebel Amaya.
Yana hanya diam. Tak mampu nak membalas. Sebab semua kata-kata Amaya itu memang betul. Masalahnya, duit yang diberi Amaya itu banyak dilencongkan ke arah lain oleh suaminya sendiri.
"Kau, kalau datang rumah aku, mesti membebel macam kau itu malaikat, kan?"
Amaya tersentak. Terus menoleh pada empunya suara yang menegur. Jelas riak baru bangun tidur di wajah itu. Menguap dengan tahi mata masih bersarang.
"Sedap tidur?" Sinis Amaya bertanya dengan bibir naik menyenget.
"Lagi sedap kalau kau tak merempat kat rumah aku ini setiap minggu." Itu balasan Azrul. Satu-satunya abang yang dia ada, dan satu-satunya ahli keluarga yang tinggal setelah dia bergelar yatim piatu hampir 15 tahun yang lalu.
Amaya tergelak. Fikir dia nak sangat ke datang sini setiap minggu? Nak-nak pula dengan jawatan dan pangkat yang dimilikinya, lagilah dia sibuk dengan kerja sendiri.
"Aya takkan merempat kat sini kalau korang tak minta duit daripada Aya setiap minggu. Dah macam Aya ini bank korang. Ingat Aya ini tak ada orang lain ke nak layan selain call dari korang ini?" Sinis sahaja Amaya bersuara. Suaranya tidak naik dan tidak juga rendah. Hanya mendatar dan tenang. Tapi, kesinisannya cukup terasa.
"Apa guna duit berkepuk kalau kedekut dengan abang sendiri? Ingat ada berkat ke?"
Amaya tergelak lagi. Berkat, konon. "Ikut abanglah nak cakap apa. Saya datang ini nak jumpa Azim. Lambat lagi ke balik?" tanya Amaya sambil mengerling jam tangannya. Biasanya, waktu-waktu macam ini, anak saudaranya itu dah sampai rumah.
"Lambat sikit hari ini, Aya. Tadi Kak Semah beritahu akak yang dia nak bawa Azim singgah kedai sekejap. Makan aiskrim."
Amaya menghela nafas. Kalau macam itu, tak ada sebablah dia nak berlama-lama di sini. Lain kali sajalah dia datang semula untuk berjumpa Azim.
Punggung terus diangkat dari sofa. "Tak apalah. Saya balik dululah kalau macam itu. Tak ada rezeki nak jumpa dia petang ini."
"Tak payah datang balik, lagi aku suka."
"Kalau macam itu, tak payah nak mengemis duit adik sendiri lain kali."
Terus wajah Azrul berubah. 'Mengemis'. Satu perkataan yang dia sangat pantang, walaupun kenyataannya, itulah yang dilakukannya sejak dulu lagi.
"Saya minta diri dulu. Assalamualaikum."
Dan, Amaya terus berlalu meninggalkan rumah batu setingkat itu. Nafas ditarik dalam sebelum dia melangkah keluar ke arah kereta Porsche miliknya yang terparkir di depan rumah. Mata-mata yang memandang tak dipedulikan.
Itulah kebiasaan yang terjadi setiap kali dia datang ke kawasan rumah bajet ini. Dengan nama yang dimilikinya, ramai yang tertanya-tanya kenapa orang 'have-have' sepertinya boleh muncul di kawasan rumah sebegini. Hakikatnya, dia sendiri pernah tinggal di kawasan yang lebih 'susah' berbanding di sini.
Nafas dihela panjang. Sempat mata mengerling sekilas rumah sewa itu sekali lagi sebelum enjin dihidupkan dan kereta terus dipandu meninggalkan kawasan perumahan itu.
*
*
*

๐†๐ข๐ซ๐ฅ๐ฌ, ๐ฌ๐จ ๐ฉ๐ซ๐ž๐ญ๐ญ๐ฒ ๐š๐ง๐ ๐ฉ๐จ๐ข๐ฌ๐ž๐,
๐š๐ง๐ ๐ฌ๐จ๐Ÿ๐ญ ๐ญ๐จ ๐ญ๐ก๐ž ๐ญ๐จ๐ฎ๐œ๐ก
๐๐ฎ๐ญ ๐†๐จ๐ ๐ฆ๐š๐๐ž ๐ฆ๐ž ๐ซ๐จ๐ฎ๐ ๐ก
๐†๐ข๐ซ๐ฅ๐ฌ, ๐ฌ๐จ ๐ก๐ž๐š๐ฏ๐ฒ ๐ญ๐ก๐ž ๐œ๐ซ๐จ๐ฐ๐ง
***
๐€๐ง๐ ๐ˆ ๐œ๐š๐ซ๐ซ๐ฒ ๐ข๐ญ ๐ญ๐š๐ฅ๐ฅ


<SNEAK PEEK CUP 2>

"No black coffee?"

Amaya tersentak. Kening terus berkerut. Haih, dah bagi satu senarai lengkap pun, dia boleh tanya benda yang tak ada?

"You bukan saja tak minum, tapi juga tak jual? Penjual arak pun, kalau tak minum, tetap akan jual." Selamba Izz memutar contoh yang digunakan Amaya tadi.

Amaya menghela nafas panjang. Ini sengaja nak menyindir ke apa? "Saya tak jual, tak minum, dan segala jenis 'tidak' bila berkaitan dengan kopi hitam. Is that not clear enough?" tanya Amaya, geram. Kopi hitam itu bukannya sedap pun. Pahit. Terlampau pahit.

"That's kinda racist."

Amaya terus ternganga. Hampir jatuh rahang ke bumi kalau tak kerana Allah yang menjadikan rahangnya bertaut erat. Mata tak berkelip memandang lelaki yang penuh lagak selamba di hadapannya.

"Excuse me?"

"Awak kata awak tak suka kopi hitam."

Amaya ketap bibir. "Tak suka kopi hitam. Bukantak suka orang kulit hitam. Nak saya cakap Bahasa Indonesia ke?"

โ€ขโ€ขโ€ข 22/11/2020 โ€ขโ€ขโ€ข
Maaf atas sebarang kekurangan. Terima kasih baca๐ŸŒน.


Continue Reading Next Chapter
Further Recommendations

sismegideca: Very sweet, romantic, congrats

Sylvia: I love the male and female lead. Perfect match. I hate the fact Sasha always have to surfer in the story. Best romance and fantasy ๐Ÿ“™. Recommend to all.

Brittany: Itโ€™s pretty good I like it so far just wondering if itโ€™s a bit going for me but I will definitely finish it and let you know my thoughts. Great plot!

sarahalexander7: Really enjoyed this book. At last a sassy, independent woman that wasn't an annoying character. Enjoy the book so much I read it in one sitting. Really like your style of writing. Look forward to reading more from you

Tricia: I am thoroughly enjoying the book as it is dealing with the very serious issue of human trafficking. I love how the characters are developed. I am rooting for the main characters to be victorious.

Florentina Munteanu: Nice story!!

Cristal Bollinger: It's a different twist to the mating scene for sure.

Vani Ditavu Kosoniu: This book is exciting interesting and lovable I would recommend this book to anyone who loves reading romance novels too good

More Recommendations

errol5: Space adventure meets masterful romance! A light hearted romp through exotic locations and powerful characters on the way to a happy ending.

Tumalano: The book is amazing ๐Ÿ˜Œ

Crimson Petals: A sweet story that is quick and to the point. And very romantic.

About Us

Inkitt is the worldโ€™s first reader-powered publisher, providing a platform to discover hidden talents and turn them into globally successful authors. Write captivating stories, read enchanting novels, and weโ€™ll publish the books our readers love most on our sister app, GALATEA and other formats.