Dream

All Rights Reserved ©

Summary

Dunianya hancur saat menerima mesej kematian saeng kesayanganya, hidupnya di rasakan tiada erti, namun kehadiran Kaizer mengubah segalanya "Kalau kau punya satu permintaan apa yang akan kau minta? Sanggupkah kau pertaruhkan segalanya demi peluang bertemu Rui lagi? Aku tahu kau sangat merinduinya." Pelbagai cabaran ditempuhi namun bertemu Carlos kembali membuka sejarah lama dan rahsia di sebalik QSX-35s yang dipakainya “Apa yang dilihat bukan yang sebenar akak, ada sesuatu yang akak perlu tahu. Bukan Zamani yang hantar mesej kematian adik tu, dan sekarang adik ditawan orang yang menghantar mesej tu pada akak.” Rui berbicara Misi Sora berubah,dengan nyawa sang adik di tangan musuhnya pertaruhanya menjadi lebih tinggi dari menang Shopo Race dan sebuah hajat "Akak akan selamatkan kamu. Itu janji akak!"

Status
Ongoing
Chapters
1
Rating
n/a
Age Rating
18+

Prolog


‘Kadang-kadang akak cemburu dengan kamu adik, sekurang kurangnya kamu tak lagi perlu memikirkan hal dunia. Kamu berada di tempat yang lebih baik, sedangkan akak masih terkial- kial mencari bekalan buat bertemu kamu di sana.’

Luahan itu aku pendam seorang diri, kerana tak siapa akan dapat memahami apa yang aku rasai. 

Kehilangan dia di saat segalanya sempurna, ya aku mengaku aku pernah menyalahkan takdir yang aku rasakan tak pernah adil. Insan yang aku sayang bertarung nyawa dengan kanser dan aku langsung tidak mengetahuinya. Aku hanya tahu sebulan selepas kematianya.

Aku masih ingat pada hari itu, di hari nan tenang ditemani Nokia 110 dan secawan kopi 434 sambil aku bermalas malasan di beranda. Plus-u aku jejaki, seperti biasa dua makhluk yang terkadang aku rasa nak humban ke dalam parit depan rumah Tok Ketua. 

Oh ya!  Kalau kalian ingin tahu Plus-U adalah laman sembang sosial dimana setiap ahli adalah anonymous. Kita tak akan tahu identiti seseorang melainkan profil avatar mereka sahaja. Aku hanya melihat dua ketul makhluk ini bertengkar.

Y_U_D

>Kalau panjat gunung best ni!

Mohdharmie

>Gunung di badan awek la best

Y_U_D 

>Cakap tak berlapik la kau, kalau akak Sora tahu mengamuk dia nanti.

Kan aku dah cakap, tak boleh tinggal mereka berdua ni. Pasti ada saja perkara yang akan berlaku.

Lalat_Terbang

>Korang kan kalau tak bergaduh satu hari, sakit isi perut gamaknya. Mengalahkan pasangan yang dah lama tak dapat aja.

Ah sudah! Kenapa aku balas seperti orang mabuk ketum ni? Aku memutarkan bebola mata seperti Mizz yang selalu memutarkan bebola matanya bila dia tak puas hati.

‘Macam mana lah aku boleh kenal dua mangkuk ayun ni. Aduh duh duh.’ Sambil kopi tadi aku hirup, aku beralih ke ruangan mesej peribadi. Di situ setiap mesej dari pengguna Kawaii_ Neko aku baca. Siapa dia Kawaii_Neko ni? Dia seorang adik nan manja dan sentiasa menjadi penyejuk jiwa. 

Tiba-tiba aku melihat ada pesan baru dari sang adik. Hanya sengihan yang kelihatan di wajahku.

 

Kawaii_Neko

Ah, takkanlah? Awak ni akak Sora kan?

Aku menepuk dahi sambil tergelak, sah baru dua bulan sahaja adik kesayanganku sudah nyanyuk pula.

Lalat_Terbang

Thats me the one and only Sora.

Aku terasa debaran yang begitu kuat, entah kenapa aku merasakan yang aku bakal menerima perkhabaran yang kurang baik. Bagaikan ia akan merentap semangatku. Namun aku tetap berfikiran positif.

Kawaii_Neko

I hope you can be strong, your beloved little sister has already passed away.

Thump! 

Hatiku disambar petir, berita tersebut membuatkan separuh hatiku terbang bersamanya.

Lalat_Terbang

Since when? No this is not possible! Ini cuma prank kan?

Hati aku berantakan dan hancur mendengar berita pemergian insan yang aku sayangi sebagai seorang adik. 

‘Kenapa kamu! Kenapa!?’ Jeritan suara hatiku merintih pilu.

Kawaii_Neko

Since last month, dia berjuang sekuat hati dan tenaganya walau akhirnya takdir tak memihak dia. Rui pernah cakap awaklah inspirasinya

Lalat_Terbang

And you told me the last? Why now?


Rindu yang terpendam bertukar menjadi kepiluan terdalam. Aku terduduk mendengarkan kenyataan yang paling menikam jiwaku.