Bab 1
Di sebuah hospital yang terdapat di Malaysia,seorang ibu sedang melahirkan anaknya di dalam satu bilik persalinan.Sementara itu,suaminya sedang menunggu kerisauan.Beberapa minit kemudian,seorang doktor keluar dari bilik persalinan.
“Macam mana dengan anak dan isteri saya,doktor?“soalnya kerisauan.Doktor itu tersenyum. “Tahniah encik Zakhwan...isteri encik selamat melahirkan dua anak kembar lelaki.jelas doktor tersebut.“Apa?Anak kembar?Alhamdulillah..terima kasih banyak-banyak doktor!“ucap Zakhwan gembira”Sama-sama encik..encik boleh masuk tengok anak encik..“sambung doktortersebut sebelum beredar. “Baik,terima kasih sekali lagi doktor!“sambungnya sebelum masuk ke bilik persalinan.
Dia masuk lalu terus bergerak ke isterinya yang masih terbaring keletihan disitu untuk memastikan isterinya dalam keadaan yang selamat.Setelah memastikan isterinya berada dalam keadaan yang selamat,dia bergerak ke katil anaknya pula. “MasyaAllah!Terima kasih banyak-banyak ya Allah!“ucapnya beberapa kali lalu mengambil salah satu anak kembarnya itu.Tetapi secara tiba-tiba,seorang lelaki masuk dalam keadaan yang cemas.Dia terkejut.
Lelaki itu kemudian terus merampas anak kembarnya itu.Zakhwan terkejut. “Jangan dekat!Atau aku bunuh budak ni!“ugut lelaki tersebut. “Hei!Lepaskan anak aku!Apa kau nak hah?!“pekik Zakhwan marah.Beberapa saat kemudian,beberapa pengawai polis masuk ke dalam bilik tersebut.Lelaki itu terkejut lalu terus melarikan diri bersama anak Zakhwan di tangannya.
“ANAK AKU!!“Jeritnya marah.Setelah itu,dia mengarahkan pengawai polis tersebut untuk mengejar lelaki tersebut secepat mungkin.Namun,lelaki itu sangat cepat menghilang menyebabkan mereka gagal menangkapnya.Zakhwan berdecit.Dia menenangkan isterinya yang masih belum berhenti menangis daripada tadi. “Lina sabar ya,abang janji akan bawak anak kita balik..“ucapnya memujuk.Dia kemudian menoleh kearah anaknya yang satu lagi.Dia masih terbaring di atas katil dengan wajah yang tidak bersalah.
Setelah berbulan-bulan mencari,mereka masih belum berjaya mencari anaknya itu.Akhirnya,mereka membuat keputusan untuk menutup kes tersebut hinggalah...
Beberapa tahun kemudian,di sekolah ******** ********** **** *******...
“Puan?Saya nak hantar seorang murid baru..“kata Zakhwan.Guru itu mengangguk faham lalu mempersilakan pelajar baru tersebut. “Perkenalkan diri kamu.“arah guru tersebut.Pelajar tersebut mengangguk. “Assalamualaikum semua,saya Muhammad Khai bin Zakhwan.Selamat berkenalan..“ucapnya dengan mesra.Sementara itu,salah seorang pelajar sekelasnya melihatnya dengan teliti. ’Kenapa vibe muka dia hampir sama dengan aku?’bisik hatinya keliru.Dia kemudian membuat keputusan untuk melupakannya.
Waktu rehat tiba.Khai bergerak ke kantin seperti biasa.Sedang dia rilek-rilek menikmati makanannnya itu,seekor pocong mengejutkannya. “MAK ANDA!Apa hal kau ni?!“pekiknya marah.Pelajar tersebut menggaru pipinya tersengih. “Eheh..sorry..kau budak baru dalam kelas aku kan?3 *****?“soal pelajar tersebut.Khai mengangguk. “Haah.Kenapa?“soal Khai semula. “Owh..takdelah cuma..aku rasa kau agak mirip dengan salah seorang classmate kita..“jawab pelajar tersebut.
“Mirip dengan salah seorang classmate kita?Siapa?“soal Khai semula. “Harif.Pelajar paling dingin.” “Harif?Siapa tu?“soal Khai. “Yup.Harif.Dia antara pelajar form 3 yang paling dingin..fans dia memang ramai..kalau aku tengok dengan teliti,muka korang nampak hampir sama..“jelas pelajar tersebut. “Oh..jadi?“soal Khai semula.Pelajar itu mengeluh. ’Eh hang ni kang..penat aku dok citer itu je yang hang balas?’bisik hati pelajar tersebut menahan kemarahan.
“Oklah..bai..aku pi dulu..“ucap Khai sebelum beredar meninggalkan pelajar disitu keseorangan. “Eh kejap!Lupa nak bagitau..Aku Mikael.“jelasnya.Khai mengangguk faham lalu beredar.Beberapa saat kemudian,dia terdengar seseorang menjerit ketakutan lalu menoleh.
“Kau ni asal?“soalnya.Harif menyorok dibelakangnya ketakutan.“Tolong aku.“jawabnya ringkas.Khai menoleh kembali kearah yang ditunjuk oleh Harif.Kelihatan beberapa gadis pick me sedang menuju ke arah mereka.Dia terkejut.“Ok yang ni aku tkleh tolong.LARI!“katanya lalu terus meninggalkan Harif disitu keseorangan.Beberapa saat kemudian,Harif baru menyedari bahawa dia sudah ditinggal.“Eh?WOI!TUNGGU AKU!“jeritnya lalu terus mengikuti Khai dari belakang.
Akhirnya,mereka berdua menyorok di dalam sebuah bilik stor yang entah siapa punya.Kedua-duanya menghembuskan nafas lega.Seketika Khai berdecit.“Ini semua salah kau!Kalau tak aku takkan terlibat sekalilah!“pekiknya marah sambil menunding jarinya kearah Harif.“Amboi kau,aku mintak tolong je.Yang kau join lari sekali tu dah kenapa?!“Harif merenungnya tajam.Seketika itu jantung Khai berdegip kencang. ’Shit.Seram ah pulak.’bisik hatinya. “Takpelah.A-aku pergi dulu..“katanya lalu segera beredar dari situ.Setelah dia pergi,dalam masa yang sama,kedua-duanya memikirkan sesuatu.(Ok takdelah betul2 masa yg sama). ’Kenapa..dia nampak mirip dengan aku..?Takkan aku ada kembar?’bisik hati mereka tidak serentak.Tiba sahaja di rumahnya,Khai segera bergerak mencari ibunya.“Mama,Khai ada benda nak tanya ni..“tegurnya mencari kelibat ibu kandungnya itu. “Ya,ada apa ni?“jawab ibunya sebaik sahaja melihatnya sibuk mencari.
“Uhm..Khai nak tanya.Khai..ada kembar ke?“soalnya membuatkan ibunya tersedak.Khai terkejut.“K-kenapa ma?“soalnya kerisauan.“I-itu..pergi tanya papa.“sambung ibunya perlahan.Khai mengangguk faham lalu segera bergerak mencari bapanya
“Pergi tanya mama kamu.“jawab bapanya ringkas membuatkan Khai memandangnya pasrah.“Pa..tadi mama yang suruh saya tanya papa..“sambung Khai.Bapanya tersengih.“Owh,ye eah?Oklah,Papa cerita.“katanya lalu memulakan cerita.Sementara itu..
Harif melihat bapanya sebentar lalu mengeluh sebelum bergerak kearahnya. “Pa..Harif ada soalan.”tegurnya ringkas. “Tch,apa?Cepat sikit aku tak ada masa ni.”jawabnya dengan kasar.Harif mengangguk pantas. “Harif ada..adik beradik lain ke?”soalnya perlahan.Bapaknya terkejut. “K-kau tak payah nak tau!Sudah!Pergi jalankan tugas yang aku bagi tu!”arahnya cuba untuk menyembunyikan sesuatu. “Tapi-“ “ARH!Tak ada tapi-tapi!Kau dah berani lawan aku ya?”sambungnya marah.
Harif segera berdiri dengan pantas bergerak mengikut arahan.Bapanya dibelakang menghembus nafas kasar.