BAB 1:Antara kita
AZAM mana kamu ni penatlah abang tunggu lama kat sini kamu ni mandi aja nak dekat sedekad apatah lagi bila nak pakai baju, kedut sedikit sahaja dah berangin tak tentu pasal padahal nak ke sekolah sahaja.
Biarlah adik kamu tu leman. Dia jelah yang kamu ada. Hidup kamu tu santai-santai sajalah mak ngah ni kan ada selalu saja melayankan adik kamu tu. Tugas kamu tinggal hantar,ambil adik kamu pergi sekolah je. Makan minum pun pak usu yang tanggungkan untuk kamu. Mak ngah cakap macam ni bukannya nak buat kamu ni terasa hati, apa terkecil hati kamu ni leman. Mak ngah ni dah meluat tau dengan kamu ni hidup serupa dengan seribu masalah.
Leman menganggukkan kepalanya sahaja.
Man... mak ngah sentiasa ada untuk kamu.
Kalau kamu ada apa-apa masalah... bagitahu je mak ngah. Kamu nak minang sapa haa sini mak ngah pinangkan. 'Usik mak ngah.
Mak ngah ni. Ucap leman sambil ketawa kecil
Sesudah Leman menghantar adiknya Azam ke sekolah Leman memutuskan keputusan yang berada di gawang mindanya untuk menjenguk Pak cik Kadim. Pak cik Kadim merupakan ketua kampung bagi Kampung yang didiaminya suatu ketika dahulu. Namun kini Pak cik Kadim sudah uzur dan tidak larat untuk melakukan semuanya bersendirian apatah lagi beliau baru sahaja kehilangan isterinya. Isterinyalah yang selama ini merawat Pak cik Kadim dengan penuh kasih sayang. Sekarang beliau hanya mampu hidup bersendirian.