MILIK KU

All Rights Reserved ©

Summary

Jun dan Ruhi pernah saling mencintai, namun takdir memisahkan mereka demi keluarga. Tahun berlalu, luka masih hidup dalam diam. Apabila mereka bertemu semula, cinta lama kembali bernafas — tetapi bahaya dan pengorbanan menanti di setiap langkah. Dalam perjalanan penuh air mata, kehilangan dan keberanian, mereka belajar bahawa cinta sejati bukan tentang memiliki, tetapi tentang melindungi… walau harus melepaskan. Adakah takdir akan menemukan mereka kembali, atau cinta hanya tinggal kenangan yang tak pernah mati?

Genre
Drama
Author
JR
Status
Complete
Chapters
1
Rating
n/a
Age Rating
13+

Milikku

MILIK KU

Malam itu sunyi seperti menyimpan rahsia langit. Jun berdiri di jendela memandang cahaya kota yang tidak pernah benar-benar tidur. Di dalam hatinya ada satu nama yang tidak pernah hilang walau waktu berlalu. Dia pernah percaya cinta adalah memiliki, namun hidup mengajarnya bahawa cinta juga bererti merelakan. Jiwa itu mengganggu fikiran, senang disebut tetapi sukar dilaksanakan. Jun cuba melupakan insan yang pernah bertahta di hatinya. Mereka terpisah kerana keluarga tidak merestui. Jun memilih mengalah, menyerahkan cintanya demi keluarga. Ruhi, lelaki yang dianggap sempurna, juga lemah dalam memperjuangkan cinta mereka. Namun Jun tidak pernah menyalahkannya kerana Ruhi memilih berbakti kepada orang tuanya.

Tahun berlalu. Di sebuah galeri lukisan, Jun duduk melukis wajah-wajah manusia yang penuh lakonan. Di luar dia kelihatan tenang, tetapi di dalam hatinya luka masih hidup. Dia belajar menjadikan seni sebagai tempat menenangkan jiwa. Suatu hari seorang wanita angkuh datang memaksanya melukis potret. Jun tetap melukis dengan berbisik Bismillah. Setelah selesai, wanita itu memuji hasil lukisan Jun dengan penuh bangga lalu memanggil suaminya. Nama yang disebut membuat jantung Jun berdegup laju. Ruhi muncul di hadapannya setelah hampir lapan tahun mereka berpisah. Wanita itu memperkenalkan Ruhi sebagai suaminya. Jun hanya mampu tersenyum paksa walau hatinya hancur. Wang yang dilemparkan ke lantai tidak diambilnya. Dia pergi dengan satu bisikan dalam hati bahawa lelaki yang pernah dicintainya kini benar-benar menjadi milik orang lain.

Sejak hari itu, hidup Jun berubah. Dia memilih tinggal sendiri dan menyambung pengajian seni. Pada malam-malam sunyi dia melukis wajah Ruhi sambil menitiskan air mata. Di rumah mewah isterinya, Ruhi pula hidup seperti bayang yang tidak dihargai. Dia menyesal tetapi terus bertahan kerana tanggungjawab. Takdir mempertemukan mereka lagi di galeri. Jun berjaya melukis suasana kampung impian mereka. Orang ramai kagum dan berebut ingin membeli, namun Jun menolak kerana lukisan itu adalah kenangan cinta yang pernah hidup. Ruhi melihat dari jauh dengan hati yang bergetar.

Isterinya, Intan, cemburu dan merancang sesuatu. Lukisan Jun dicuri dan dipulangkan semula setelah Ruhi dipaksa menjadi pengawal peribadi. Dalam diam, Ruhi menyedari cintanya kepada Jun tidak pernah mati. Pada hari Jun terpilih melanjutkan pelajaran di London, mereka bertemu di lapangan terbang. Pandangan mata menjadi pengakuan tanpa kata. Jun melangkah pergi dengan harapan yang masih hidup. Ruhi berdiri jauh, mengiringi kepergiannya dengan air mata.

Di London, hidup Jun tidak mudah. Dia diganggu dan diserang oleh orang suruhan Intan. Trauma membuatnya hampir putus asa. Dalam ketakutan, dia menghubungi Ruhi buat pertama kali selepas bertahun. Panggilan itu membuat Ruhi nekad melarikan diri dari cengkaman Intan dan terbang ke London. Dengan bantuan sahabatnya Hafiz dan adik Hafiz bernama Rayyan, Ruhi akhirnya sampai ke sana. Rayyan yang diam-diam menyukai Jun membantu melindunginya.

Namun Intan tidak berhenti. Di hospital, seorang doktor palsu menyuntik racun ke tubuh Jun. Ruhi menyaksikan sendiri saat nyawa wanita itu hampir terlepas. Dia merayu kepada Tuhan agar mengambil segala miliknya asalkan Jun hidup. Polis akhirnya berjaya menahan Intan dan rangkaiannya. Ruhi dengan keberanian yang baru lahir menjatuhkan talak ke atas Intan, memutuskan ikatan yang selama ini menjadi penjara hidupnya.

Beberapa jam kemudian, Jun membuka mata. Dia melihat Ruhi di sisinya dan memeluknya dengan erat. Luka lama perlahan sembuh. Hari berganti minggu, Jun pulih sepenuhnya. Kes Intan selesai di mahkamah dan dia dijatuhi hukuman lima belas tahun penjara atas jenayah yang dilakukan.

Beberapa bulan kemudian, di sebuah masjid sederhana, Jun dan Ruhi akhirnya disatukan dalam akad yang sah. Air mata mereka kali ini bukan lagi kerana perpisahan tetapi kerana penantian yang berakhir. Rayyan hadir sebagai saksi, tersenyum dengan hati yang reda walau cintanya tidak terbalas. Dia berdoa agar mereka bahagia kerana dia tahu cinta itu memang ditulis untuk bersatu.

Jun dan Ruhi melangkah keluar dari masjid bersama. Langit biru terbentang luas di atas mereka. Luka dan air mata yang pernah tumpah kini menjadi kenangan yang menguatkan. Mereka tidak lagi takut pada masa depan. Kerana mereka tahu, cinta yang dijaga dengan iman akan sentiasa menemukan jalannya pulang.



⚘️ Tamat ⚘️