NAKED AFTER CLASS

All Rights Reserved ©

Summary

Bagi Deliyra Ailith, Profesor Kaizo Raniel adalah definisi mimpi ngeri—dingin, angkuh, dan sentiasa memerhatinya dengan pandangan yang menghukum. Namun, di sebalik pintu pejabat yang berkunci rapat dan dinding kalis bunyi, tersimpan satu obsesi yang melampaui batas kewarasan. Deliyra tidak tahu bahawa setiap langkahnya telah dirancang, dan setiap nafasnya adalah dalam hitungan lelaki itu. Apabila loceng tamat kuliah berbunyi dan bangunan kampus mula sunyi, satu jemputan ke makmal peribadi akan mengubah status "pelajar" kepada mangsa fantasi. Rahsia ini terlalu gelap untuk disimpan, dan terlalu panas untuk disentuh. Sekali dia terjerat, tiada jalan keluar selain menyerah.

Status
Ongoing
Chapters
15
Rating
5.0 5 reviews
Age Rating
18+

PROLOGUE

DELIYRA AILITH


Dewan kuliah itu lengang, hanya deru pendingin hawa yang memecah kesunyian petang. Aku mengemas buku-buku ke dalam beg sandang, cuba mempercepatkan gerak geri. Aku tak suka berdua-duaan di dalam kelas, apatah lagi bila susuk tubuh tegap itu masih berdiri kaku di meja hadapan, membelakangi aku sambil membelek beberapa helaian kertas.

Profesor Kaizo Raniel.


Lelaki yang menjadi kegilaan hampir seluruh mahasiswi di fakulti ini. Wajahnya kacukan, rahangnya tajam, dan sepasang matanya... dingin. Dia jarang tersenyum, dan setiap kali dia memandang aku, aku rasa seolah-olah ada arus elektrik yang menjalar di tulang belakang.


"Deliyra."


Suara garau itu memanggil nama aku. Pendek, tapi cukup untuk buat aku terpaku di tempat duduk.


"Ya, Prof?"


Aku mengangkat wajah. Dia sudah berpaling. Kaca mata berbingkai hitam itu ditolak sedikit ke atas batang hidungnya yang mancung. Dia tidak mendekat, tapi renungannya... renungan itu seolah-olah sedang menelanjangi setiap inci rahsia yang aku simpan.


"Lain kali, jangan pakai baju yang terlalu... nipis. Ini tempat belajar, bukan kelab malam," ujarnya senada.


Wajahku membahang. Aku tunduk melihat kemeja putih yang aku pakai. Ia tidaklah nipis mana, cuma mungkin sedikit mengikut bentuk tubuh. Aku hanya mampu mengangguk kecil, tanpa menyedari bahawa sebaik sahaja aku berpaling untuk keluar, mata Prof. Kaizo berubah gelap.


Dia tidak benci. Dia cuma tidak mahu mata lelaki lain melihat apa yang dia mahu simpan untuk dirinya sendiri. Mungkin.


Sebab dari cara pandang dia—sebagai seorang lelaki juga tampak lapar.


Aku sembunyi senyum