BEGINNING / PROLOGUE
DUNIA pernah percaya hanya kuasa kerajaan mampu kawal kekacauan. Tapi itu sebelum kuasa luar biasa muncul dan Agents dicipta untuk mengimbanginya.
Di bawah pimpinan Averya, organisasi Agents bertahan selama bertahun.
Tapi kuasa menarik kuasa. Dan dari bayang-bayang, Redflag menunggu... bukan untuk menghancurkan Agents dari luar. Tapi dari dalam.
Kerana kadang-kadang, pengkhianatan paling bahaya datang dari mereka yang paling kau percaya.
Tangan Averya menggigil, diselaputi darah,bukan milik musuh, tapi milik masa silam yang menghantui. Di sekelilingnya, markas hampir musnah.
Nafasnya berat. Tapi pandangannya kekal tenang.
"Aku takkan biarkan semuanya runtuh. Biar siapa pun yang perlu aku hadapi... walaupun itu bermakna aku perlu lawan orang yang pernah aku percaya."
***
PERISTIWA DARAH CATACLYSM PERTAMA
Kerosakan bandar, gas toksik pembawa penyakit maut,gempa
di merata-rata. Namun ada satu jalan yang mampu memastikan semua PENYESALAN ini tidak berlaku. Bagaimana mereka mendapat kepercayaan penduduk bandar? Lebih-lebih lagi yang dipimpin oleh..
Tragedi demi tragedi, rentetan malapetaka berlaku. Susah untuk mendapat kepercayaan orang, jika tidak mengikut ekspektasi yang diharapkan.. akan di buang tepi. Tak kiralah jasa setebal mana pun yang diperjuangkan.
BERITA TERKINI
Pada malam bersejarah ini, seramai 342 penduduk Bandar Mystic maut dan 2578 tercedera akibat keganasan organisasi aneh tanpa logo.
Khabar angin mengatakan syarikat MetroAgency merupakan punca utama keganasan kuasa ini berlaku. Hal ini menggemparkan Bandar Mystic.
"Saya rasa terkhianat! Macam ni ke mereka uruskan keamanan? Keluarga saya hampir semua cedera parah akibat letupan tadi." -Penduduk bandar
"Teruk, cara pengawalan sampah!" -Penduduk bandar
"Kauorang takkan dapat kepercayaan kami! Boikot MetroAgency!" -Penduduk bandar
Bangunan MetroAgency diserbu oleh pemprotes yang menginginkan keadilan. Kepala MetroAgency tidak menunjuk sebarang reaksi atau tindakan yang bakal dilakukan.
BERITA TERKINI
Setelah beberapa bulan setelah tragedi tersebut, banyak bangunan dibina semula. MetroAgency tidak lagi bersuara, ada yang tertanya-tanya tentang kepergian mereka. Mereka pergi membawa kekacauan. Tiada lagi ancaman baharu yang berlaku.
"Saya tahu bukan saya seorang saja yang masih paranoia tentang peristiwa itu. Tambahan pula 'penyelamat bandar' yang senyap sunyi sahaja!" -Penduduk bandar
"This is so unsettling. They leave without a trace, their building's still standing active. Tapi akses masuk semuanya disekat. Bantuan bentuk perubatan, jenayah biasa, pembangunan semula bandar semua diuruskan oleh pihak-pihak berjawatan kecil. Muka kepala MetroAgency langsung hilang." -Penduduk bandar
"Kenapa kena peduli? sebab merekalah kita diancam semua benda ni! Perjanjian keamanan itu semua ucapan manis saja, sejak pemergian mereka lebih aman bagi saya." -Penduduk bandar
***
Zaman makin moden, cerita lama makin hilang di ingatan manusia. Setelah bertahun tanpa gangguan unsur magik, yang sepatutnya aneh. Bandar Mystic dipenuhi keluarga yang berketurunan macam-macam. Dari yang berdarah pari-pari, yang berdarah elemental, yang berdarah serigala, vampire, banyak lagi. Semuanya.. berkurangan? tinggal yang dewasa dan berumur, mana penerus mana kanak-kanak? Selalunya normal sahaja kekacauan sedikit sana sini kerana ramai yang masih belajar. Namun hilang,tak semua, adakah di telan zaman?
Tidak.
Kekacauan akan sentiasa ada.
Sebab itu, Agents adalah penerus yang perlu sentiasa ada.