Cinta Itu Bukan Milikku
Share with your friends
Customize readability

Cinta Itu Bukan Milikku

All Rights Reserved ©

Summary

3rd story by SN. Status: Ongoing. Warning: You've to be mature enough to read this story. Plagiarism is strictly prohibited. Copyright reserved by the author. Genre: Sad-Family-Drama with Mystery & Romantic. Cinta bersulam duka dan airmata, mampukah bahagia? "Papa, Laila nak adik..." Laila. Ah Sudah! Tak ada isteri nak datang adik dari mana nak oi. Megat Hadi picit dahi. Pening kepala. Runsing. Mana nak dapat adik dalam sekelip mata? Di tambah pula Puteri Nur Laila Faiha sering mengajukan soalan yang bikin kelu lidahnya. Tak cukup dilema, teman-temanya juga sering memomokkan dia betapa seronoknya mempunyai adik sendiri. "Papa bila Laila nak dapat adik?" "Papa Laila boring main sorang-sorang. Kalau ada adikkan best. Laila boleh main sama-sama dengan adik." Megat Hadi memberi cadangan untuk mengambil anak angkat tapi Laila tolak mentah-mentah. Sampai buntu Megat Hadi dibuatnya. Akhirnya Megat Hadi akur. Tak ada cara lain. Dia akan mendapatkan isteri bagi memenuhi kehendak Laila. Bertambah serabut bila Laila sendiri mahu dia yang memilih calon isteri untuk papanya. Megat Hadi gigit bibir. Dia sendiri nak cari isteri bukan main susah. Kalau tak. Masakan dia sanggup menduda sehingga 5 tahun lamanya. Nak harapkan anak yang baru berusia 5 tahun tu pula cari calon? Alahai anak... jangan dipilihnya tu package makcik-makcik bawang sudah. Haru hidupnya.

Status
6yrs ago
Chapters
5
Rating
n/a
Age Rating
18+

CIBM | Prolog



Proloq

Mata saling menghantar rasa. Rasa rindu yang sudah lama disimpan. Hadirnya dia kembali mengingatkan aku tentang rasa rindu itu. Dia masih berdiri megah merenung aku. Dulu mata itu bersinar penuh cinta. Kini aku tidak melihatnya lagi. Hilangkah sinar itu?

“Aku rasa kau belum lupa, yang kau masih pegang title isteri orang.”

Suara husky milik si dia mengejutkan aku.

Aku terpempan dengan kata itu. Ya. Aku Luuna Kamila masih belum dia ceraikan dengan erti kata lain aku masih isteri orang. Tapi, hidupku seperti sudah lama diceraikan dari hidupnya. Di gantung tak bertali itu sudah cukup buat aku tersiksa. Bagaikan hidup tapi tak bernyawa.

Luuna, kuatkan hatimu. Apa pun yang dia katakan, pedulikan. Pertahankan pendirianmu. Ingat siapa dia.

“Saya tak lupa, Tuan. Malah saya TAK PERNAH lupa.” Dua perkataan itu ditekankan. Berhadapan dengan lelaki itu sekali lagi bukanlah perkara yang dia mahukan. Malah kalau boleh dia mahu lari sejauh mungkin. Sangat jauh sehingga dia tak dapat lagi mengejarku. Aku ingin campak semua memori yang kami miliki dalam lautan api biar tiada satu pun yang tersisa.

Pertemuan yang tidak dijangka ini, bagaikan luka lama yang ditoreh semula dan semua memori pahit yang sudah disimpan lama dulu kembali dibongkar di depan mata. Memori yang buat dia terluka hebat. Aku hampir hilang arah kerana luka yang ditoreh oleh lelaki itu.

“Bagus kau masih ingat. Kalau aku nak tuntut HAK aku, kau tak ada masalah kan?” Sinisnya kata itu ditutur keluar dari bibir basahnya. Kemudian dia menyungging senyum sinis pula.

Senyuman itu yang mematikan aku suatu ketika dulu. Dan kini aku melihatnya kembali, namun dalam aura yang berbeza. Ternyata tanpa senyum pun lelaki itu tetap mampu buat aku tidak senang duduk.

Luuna terngadah. Dia memandang tepat ke wajah lelaki yang tidak jauh dari tempat dia berdiri.

Hak? Hak apa yang dia maksudkan? Hak apa yang dia mahukan? Lupakah dia siapa aku? Lupakah dia semua hinaan yang dia lemparkan pada aku dulu? Dia kini berada di hadapan aku, tapi menuntut haknya sebagai apa? Suami?

Kenapa sering kali aku yang disakiti? Tak bisakah bibir itu mengungkap kata sayang? Kata rindu setidaknya. Seperti aku yang setiap hari merinduinya. Menyayanginya sepenuh nyawa aku.

“HAK itu sudah lama hilang, Tuan. Tuan juga yang kata begitu pada saya. Tuan lupakah siapa diri saya dulu? Tuan tak jijik? Jadi masih layakkah saya memberikan HAK itu kepada Tuan?” Air liur ditelan seperti berpasir. Mulutnya dikemam kuat. Mata sudah dari tadi merembeskan airmata. Kau kena kuat Luuna. Kau harus kuat.

Lelaki itu berdesir. Perkataan itu?

Ya. Itulah perkataan yang aku ucapkan kepadanya. Tapi silap besar kalau aku lepaskan peluang keemasan ini. Dia dah ada depan mata aku. Apa lagi? Lancarkan serangan kau Hadi!

"50k for a single night? How about that?” Megat Hadi sudah mula bernegosiasi. Dia tidak akan mengalah. Saat melihat wajah itu tersentak mendengar ungkapannya, dia beri senyuman sinisnya lagi.

Bagaikan mahu meletup dada Luuna saat ini. Dia mahukan haknya dengan bayaran 50 ribu untuk satu malam? Sebegitu rendahkah harga diri aku pada pandangan matanya? Itukah kata-kata seorang lelaki yang pernah aku kagumi dulu? Lelaki yang aku bajai cintai setulus hati aku? Tak cukupkah hinaannya dulu dan kini dia menambah hinaan baru?

Megat Hadi Imaruddin, aku sepertinya tidak mengenali dirimu lagi. Kau seperti jauh dariku walau saat ini kau terlalu dekat denganku.

Luuna menunduk menyembunyikan air mata yang sedari tadi sudah membasahi pipi. Air matanya diseka laju. Aku kena keluar dari sini. Tak sanggup lagi rasanya menahan sakit hati yang kian tak bertepi. Harga dirinya sudah lumat dipijak oleh Megat Hadi. Kini maruahnya pula ditelanjangkan.

"Oh, come on! Kalau kau rasa 50k tak cukup. Aku naikkan 2 kali ganda. 100k for one night, and that’s more than plenty to feed your needs for a year.” lagi Megat Hadi menabur garam pada luka baru, Luuna. Seolah-olah dia belum puas dengan luka lama wanita it. Wajah tenang itu buat dia benci melihatnya.

Suara husky itu masih sama beku dan tak berperasaan. Malah semakin sinis Luuna rasakan. Hilang ke manakah Megat Hadi Imaruddin yang dulu?

“Harga diri saya tak semurah yang Tuan sangka. Walau maruah saya dah lama Tuan pijak. Tapi untuk sekian kalinya saya katakan, saya bukan PELACUR seperti yang Tuan sangka. Kalau Tuan anggap saya seperti itu. Silakan. Itu hak Tuan. Tapi saya takkan berikan apa yang Tuan minta.” Hancur lumat hati seorang Luuna Kamila dicincang oleh Megat Hadi Imaruddin. Sudah lah maruahnya dipijak-pijak, malah Megat Hadi langsung tak menghormatinya sebagai seorang perempuan. Hanya kerana kisah lalu, aku dihukum sebegini rupa? Adilkah hukuman itu?

“Jangan bercakap harga diri dan maruah di depan aku! Harga diri dan maruah kau dah aku beli lama dulu. Kau lupa?” Megat Hadi kembali mengingatkan.

Tak percaya! Luuna tak percaya seorang Megat Hadi Imaruddin berkata seperti itu. Luuna, dia bukan lagi orang yang sama. Dulu dia sangat lembut dengan kata dan sentuhannya. Kini...

“Apa salah saya sampai Tuan hukum saya seperti ini?” Soal Luuna dalam nada tertahan. Air mata masih merembes keluar tak henti.

"Really? Kau tanya salah kau? Fine!" Hadi mendekati Luuna yang berdiri sejauh tiga meter di hadapannya. Semakin mendekat semakin semakin Luuna menjauh. Akhirnya Luuna tersekat ditembok batu di dalam pejabat lelaki itu.

Tangan Megat Hadi naik mengepung kedua sisi Luuna. Luuna menunduk. Takut. Luuna takut dengan renungan lelaki bernama Megat Hadi Imaruddin. Kerana renungan itu mampu membakar seluruh jasadnya. Aura lelaki itu buat dia rasa terhimpit dan tersekat. Nafas lelaki itu kuat menampar pipinya. Rentaknya juga tidak enak didengar. Laju dan kasar.

“Kesalahan kau sebab kau PE.LA.CUR...”

Let SN.HikayatPenaBiru know what you thought about this chapter!

Further Recommendations

The Alpha's Exiled Mate (ON HOLD)

Catherineb83: Story good just would have liked her not to wear a mask

Read Now
Bear Shifter Secrets

tatianne Ingrid: Adorei cada capitulo! parabens

Read Now
The zatorian

lunaartsoul___: I loved the way your story unfolds. The emotional depth and structure made it feel very engaging, almost cinematic at times.I’m someone who enjoys both reading and visual storytelling, and your work really stood out to me. If you’re open to chatting about creative ideas someday, I’d love that.

Read Now
My Blacksmith Savior

apolloavr04: I love it. It's a great story.

Read Now
Going For The Goalie

S.TYTECA: I really enjoyed reading this book! The story was engaging and kept me interested throughout. There were a few minor spelling errors here and there, and some parts felt a little drawn out for my personal taste, but that’s purely subjective. Overall, it was a lovely read, and I genuinely enjoyed the ...

Read Now
Ruthless Lord

susiebear2012: Realy enjoyed this so looking forward to more.great story line hope they can achieve getting away from the kings burden. Truly amazing well written well done.

Read Now
Hit and Run

ZaraPearl: I truly love the story, very intersting and lovely.Sebastian is a great character and yoda ..., all of it , though I expected more at the endingi5 would've been great

Read Now
Rebuilding After Betrayal

Lynne: Very enjoyable short story good characters and they all found love n honesty.

Read Now
The Easter Bunny

Talia Kendrick : Honestly I love the book. Here is how I feel about each character: Detective Kayla is an Idiot, I can't stand this lady and I feel so bad for braelyn and Phoenix because after everything they have been through it makes me angry that they have to go through this again. Sure Phoenix doesn't know about...

Read Now