Chapter 1
|| SARAH'S POV ||
"Masa menjawab sudah tamat. Sila berhenti menulis dan ikatkan tali pada kertas jawapan anda. Tunggu sehingga pegawai peperiksaan yang bertugas mengambil kertas peperiksaan anda."
Fuh.
Finally habis sudah SPM.. I finally can breathe a little haha. Bertinguan sudah saya sama si Priscilla. Kami duduk bersebelahan meja saja sepanjang exam SPM.
Bila semua kertas peperiksaan sudah kena kutip, apalagi, semua terus keluar dari kelas. Ada huru hara jugalah, habis kunun2 'merdeka' sudah haha. Merdeka apa, dui gia, talampau betul kebudak-kebudakkan,belum tau erti kehidupan lepas ni 😂😅.
"Bah Ra( si Pris biasa panggil saya Ra.), habis sudah exam, Finally!! Freedoommm. Mari pigi sign2 baju sama crush kita." si Pris cakap. Ya Tuhan, itu bah yang kena tunggu2 😂.
Ada jugalah kami pigi sign2 baju orang termasuk baju sekolah kami sendiri. Kasih jadi tanda mata orang bila, kenangan time sekolah menengah lah katakan.
Sebelum kami pulang, si Pris ada bagitau yang dia akan kerja di bandar. Parent dia bagi kebenaran sebab ada kuarters sama pengangkutan pergi dan balik.
"Kau tidak mau ikut saya kerja Ra? "
"Tidaklah Pris. Dadi sama Mami saya confirm tidak bagi tu. Jauh lagi dari kampung."
"Kau belum lagi tanya, sudah kau bilang tidak bulih. Aiyah Ra. Bukan lama pun, 2 bulan saja bah. Lepas keluar result SPM, kita berhenti lah. Ada juga duit sama pengalaman bekerja." Si Pris kasih convince betul saya.
😅😅.
"Bah yalah. Nanti saya try tanyalah mami dadi saya."
"Okay Ra."
So, that's how we ended our final day as a high school student. Ada jugalah main tepung, tapi saya tidak join, nda juga saya mau pulang kutur2 baju haha.
.
.
.
.
Dari jauh, saya nampak sudah mami dukung2 adik sa paling kecil si Somer (lelaki bongsu, untuk setakat ni lah haha.). Somer ni adik ke 5 saya.
"Habis sudah exam ko kan Ra. "
"Ya, Mi. Mana dorang stacy?" saya tanya.
"Sana dalam rumah. Dia marah2 tadi tu adik2 kau. Mungkin bilik dia kutur kali tu." Mami bilang.
Saya kiss dulu si Somer ( pronounced as Summer) baru saya naik. Terkejut saya nampak si Stacy suruh adik2 kami ketuk ketampi (apa bah nama dia tu, yang pegang telinga terus kana suruh duduk berdiri Hahahaha x taulah).
"Kenapa kamu pigi 'unggar' (unggar means kasih selerak) barang2 saya?" Mengamuk si naga ni hari 😂.
"Kenapa tu Stacy?" saya pigi menyampuk. Terus dua2 tu adik kecil pigi berlari dekat saya terus bertapuk di belakang saya. Menangis2 bah tu dua kicil si Stacy bikin haha.
"Siapa suruh kamu pigi sana?! Belum habis kakak mau cubit kamu ni! " Si Stacy marah. Ya ampun, mengamuk betul dia ni hari.
"Sudah lah tu, budak lagi belum tau apa2 kau pigi marah. Onson (Sonn), Sel (Serena) pigi kamu main sana bawah. Mana si Sandy? " saya tanya adik saya yang kedua.
Berlarian tu dua kicil pigi bawah. Si Stacy sempat lagi teriak. Haha. Last2 dia jawab juga si Sandy pigi part time sana kilang, jam 5 baru pulang.
Si Stacy masuk dalam bilik lepas membebel saturang. Saya pigi cari makan di dapur. Lauk ikan masih guring sama bawang besar dan lada, pergh! Sama sayur pucuk ubi. Biarpun bukan makanan mewah orang bilang, tapi lagi sedap 10 kali ganda makanan mahal. Cing!
Lepas makan, saya try lah mau cakap sama mami pasal hajat saya mau kerja ikut si Pris. Saya sembahyang juga lah dalam hati supaya mami kasih benar. Saya duduk dekat mami di kerusi.
"Mi.."
"Hm apa? " mami sedang kira2 tu daun pisang, dia mau bungkus kuih bah tu nanti untuk dijual. Sambil tu dia tingu si Onson sama Sel di bawah kulung main2.
"Mi, kalau saya mau kerja lepas ni boleh? Si Stacy sama Sandy kan cuti, bulih juga dorang tulung2 mami jaga tu dua ikur kicil sama si Somer." saya bilang.
"Nah ngam lah kau kerja. Si Aunty Grace mau minta tulung jaga anak dia tu yang dua. Dia mau gaji RM200 tu. "
"Anu mi, bukan kerja jaga anak." saya bilang. Automatik mami tingu saya dengan mata tajam.
"Mau kerja di mana kau Ra?" Mami tanya.
"Sana satu kedai besar di bandar, sama2 si Priscilla. Ada tempat tinggal disediakan sama pengangkutan mi." saya bilang.
"Tidak payah lah Ra ko kerja jauh2. Lagipun kau mau sambung belajar lagi kan. Biarlah ko sini saja kerja bah, yang dekat2." Mami bilang. See, memang tidak kena bagi punya.
"Tidak lama bah mi. 2 bulan saja. Lepas keluar result saya berhenti. Lagipun besar juga gaji sana tu. Starting dia RM600. Bulih juga saya save duit untuk saya sambung sekolah nanti. Lagipun Dadi banyak mau bayar juga. Si Stacy sama Sandy pun banyak juga mau bayar. At least saya boleh tulung cover sikit." saya cakap.
Mami tidak jawab. I told you, there's no point in asking for permission to work in the city.
"Kau try tanya Dadi kau lah Ra. Mami tau juga kau pandai jaga diri, tapi tulah,bagus kau kerja sini saja lah Ra." Mami cakap.
Tunggu petang lah baru tanya Dadi lagi. Dadi saya kerja sebagai office boy sana satu badan kerajaan di pekan. Gaji tidak lah besar, tapi cukup untuk cover makan,minum kami.
Sebelum si Somer lahir, mamy buat kerja part time di rumah orang, cuci kain, kasih bersih rumah dan macam2 lah untuk tulung Dadi cover bayar tambang bas sekolah kami. Saya sama Stacy kalau hujung minggu pigi part time sana kilang untuk pocket money sendiri. Kami bukan keluarga kaya, susah juga keluarga kami. That's why Mami, Dadi letak kepercayaan sama saya untuk tulung ni keluarga lepas habis SPM dan sambung belajar supaya lepas graduate, saya dapat kerja yang bagus (di sektor kerajaan).
.
.
.
Malam selepas makan, saya tunggu dulu adik2 saya masuk bilik untuk tidur. Dadi masih tingu tv di ruang tamu. Mami pun masih bangun untuk kasih susu si Somer.
"Di.. " saya bilang sambil telan air liur. Takut bah 😅.
"Apa tu Ra? " macam biasa, suara dadi memang garang haha.
"Anu bah di. Begini..." saya duduk di sebelah Dadi.
"Si Pris ada bagitau satu kerja di bandar. Kedai supermarket begitu. Tempat tinggal sama pengangkutan kena--"
"Jauh tu Ra di bandar." belum pun saya habis cakap sudah kena potong.
"2 bulan saja Di. Ada juga bikin cover yuran untuk saya sambung sekolah. Mahal tu yuran pendaftaran. Lain lagi untuk dorang Stacy sama Sandy. Saya pi sana untuk kerja Di. Untuk cari duit.. "
"Dadi masih boleh bayar Ra. Jangan risau. Kalau kau mau kerja, ada kusung sana tempat Uncle Billy. " Dadi bilang.
Fine. I give up. I knew this would happen. At least I tried lah kan.
Saya diam. Malas lah mau argue. Tidak juga saya kena bagi kebenaran.
"Bah ok lah Di. Saya mau tidur lah dulu. Good night. " saya bilang.
Belum pun saya masuk bilik, tiba2 Dadi panggil saya.
"Sebelum result SPM keluar, Dadi mau kau berhenti. Kalau si Pris mau lama2 kerja, biar dia." Dadi cakap.
OMG. DADI BAGI KEBENARAN KAH TU! 😂😅.
"Dadi kasih benar saya kerja? Okay Di. Sebelum result SPM keluar, saya resign. Thank you Di." saya bilang.
"Hmm. Tapi Dadi mau tingu tu tempat dulu. Kalau tidak selamat, ikut Dadi balik kampung. Nah, pigi sms kawan kau tu." Dadi bilang dan bagi saya handphone nokia dia yang keypad (legend oh tu telefon kan hehe).
Happy betul saya time saya SMS si Pris. Haha. Tiada handphone bah saya masa ni. Kesian betul haha.
Saya haraplah dapat kumpul duit, terus tulung2 Dadi sikit untuk yuran pendaftaran nanti. Omg I'm so excited. Yalah, bukan hari2 di bandar, jakun juga lah haha.
But, somehow I feel like this new adventure leads to something....










