BAB 1
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang sentiasa penuh dengan manusia berasak-asak dengan bagasi masing-masing. Cuaca yang agak panas membuatkan lelaki berpakaian seperti di Los Angeles,California ini berpeluh. Kulitnya mulai kemerahan.
Dengan ketinggian yang hampir mencecah 180 cm,lelaki ini mampu mencari pemandu peribadinya daripada jauh. Bagasinya dipegang erat agar tidak hilang atau rosak dirempuh manusia yang tidak bertanggungjawab.
Kaca mata hitam yang dipakai dibetulkan. Wajahnya sedari tadi masam mencuka seperti asam kecut. Walaupun mukanya masam,namun kekacakannya tetap terserlah.
Lihatlah,semua orang yang memandangnya sekali pasti akan tertoleh lagi sekali. Nak kata melayu,kulitnya putih melepak.Anak mata berwarna coklat hazel. Bibir merah. Rambutnya keperangan yang semula jadi. Celah mana melayunya?
"What are you waiting for,Danial? Come,Pak Joe is waiting for us already,"kata sang bapa.Dia menarik bagasinya dan pergi menuju ke kereta Mercedez Benz.
Wanita yang berumur separuh abad itu tersenyum. Dia tahu,anak lelakinya tidak suka pulang ke Malaysia.Malah,dia tak pernah pulang ke Malaysia sejak dia lahir.
"Mum.." Lelaki itu merengek pada sang ibu.Nak merengek pada sang bapa,tak berani pula.Sang bapa garang sangat!
Dia dah kena ugut sejak mereka di Los Angeles lagi sebenarnya. Kalau dia berkeras tak mahu ikut pulang ke Malaysia,bapanya akan menyekat akaunnya dan tidak akan dapat satu sen pun duit elaun. Habis dia nak berbelanja macam mana?
"Tercergat apa lagi tu? Cepat! Kesian Pak Joe tunggu lama. Rumah Nektok dengan KLIA ni bukannya dekat.Nanti jalan sesak pula,"bebel Dato' Azraff.
Melihat dirinya sudah direnung semacam oleh bapanya,Danial terpaksa akur. Dia berjalan pergi ke kereta untuk menyimpan bagasi.
"Nanti dekat sana,maniskan muka.Jangan tunjuk protes sangat depan maklong. Lagi satu,guna bahasa melayu.Kita dekat Malaysia,bukan dekat Los Angeles lagi.Faham?"pesan Dato' Azraff.
Danial berdecit. Dia mencebikkan bibirnya apabila mendengar pesanan bapanya. Suka hati je nak kongkong. Biarlah dia nak guna bahasa apa pun!
Danial membuang pandangannya ke luar tingkap. Hatinya menjadi libu apabila teringatkan tempat kelahirannya. Berpisah dengan tempat kelahirannya adalah di luar jangkaannya. Tak seronok,tak bebas!
RUMAH kampung berdindingkan batu bata yang cantik bercat warna hijau itu dipandang.Berkerut-kerut wajahnya melihat kawasan sekelilingnya.
Kampung betul!
"Ni anak kau,Azraff?"
Danial menoleh.Wanita yang sudah nampak berumur itu dipandang. Ini ke maklongnya?
Sampai macam tu sekali dia tidak mengenali saudaranya di Malaysia. Maklumlah,tak pernah ambil tahu!
"Ya,kaklong.Ni anak Azraff. Maaflah,tak pernah bawa dia balik sini.."
"Tak apa. Kaklong faham. Besar dah anak buah kaklong ni. Handsome!"puji Maklong Azza. Danial hanya beriak biasa. Tak ada rasa teruja pun. Nak teruja buat apa? Orang kampung saja yang puji.
"Danial,cantikkan kawasan ni? Rumah tepi sawah padi. Bukan senang nak dapat kampung macam ni. Seronok. Macam-macam boleh buat,"kata Maklong Azza.
Kaca mata hitam yang dipakai oleh Danial dibuka. Wajahnya jelas tidak berminat dengan kata-kata maklongnya.
"Maklong,i don't care about that sawah padi. I just want my Los Angeles back.That's all." Sejurus itu,dia terus masuk ke dalam rumah. Maklong Azza tercengang.
Uish,Danial. Kalau bapak kau dengar,habis kau! Nasib baik dia dah minta diri tadi.
"Dia cakap apa? Los Angeles? Aku kena belajar cakap bahasa inggeris ni.Anak buah aku tak pandai cakap melayu agaknya,"kata Maklong Azza.
Maklong Azza mengangkat bahunya.Nasib baik dia duduk berjiran saja dengan rumah Nektok ni.
Senang nak jaga rumah peninggalan Nektok ni. Dia ada suami,tapi dah lama meninggal. Dia ada anak lelaki dan sebaya dengan Danial. Itu pun sudah keluar entah kemana. Biasalah,remaja.
DANIAL memandang di sekeliling biliknya.Sesekali tangannya mengipas dirinya sendiri menggunakan sehelai kertas.Panas! Ada kipas pun macam tak berfungsi. Tetap terasa bahangnya.
Danial menghempas tubuh ke atas tilam. Badannya terasa penat. Namun,bertambah penat malah ditambah dengan sakit pula.Danial mengaduh. Wajahnya berkerut-kerut.
"Ni tilam ke batu konkrit?! Tak empuk langsung! Eloknya campak dekat besi buruk! Spring dah keras!"
Danial merengus. Dia mengesat peluhnya yang sejak tadi menitik di dahi.
"Apa salah aku sampai kena buat macam ni? Aku kena buang sekolah saja dekat sana! Entah-entah,sekolah dekat sini lagi teruk! Tak boleh jadi,aku kena pujuk mummy!"
Danial bingkas bangun dari katil. Dia keluar dari bilik. Niatnya mahu menjerit memanggil ibunya namun,niatnya terbantut apabila ternampak bapanya. Dia terus diam menikus.
Takut benar dia dengan bapanya.Garang sangat!
Maklumlah,bekas tentera.Sekali kena marah,sekali kena herdik,terdiam menikus terus!
"Kenapa,Danial? Ada barang tertinggal?"soal Dato' Azraff .
"Noth-"
"Bahasa melayu,Danial."
Danial mengeluh. "Tak ada apa,daddy.."
"Kalau tak ada apa,pergi mandi.Maklong dah masak. Kejap lagi kita makan sama-sama.Daddy nak keluar sekejap. Selesaikan urusan sekolah kamu dekat sini." Dato' Azraff berjalan keluar dari rumah. Danial terkebil-kebil memandang bapanya yang melangkah pergi.
Sekolah? Taknak sekolah sini!
Mummy,help me!
LAUK-PAUK yang terhidang di atas meja dipandang. Semuanya lauk berasaskan ulam-ulaman dan lauk kampung. Tengok pun dah membuatkan tekak Danial loya.
"Ha,makanlah.Semua ni kaklong masak sendiri,"kata Maklong Azza.
Datin Sophea memandang anaknya. Wajah Danial jelas kelihatan geli-geliman melihat sambal belacan yang terhidang di hadapannya. Dia hanya tersenyum melihat gelagat anak lelakinya.
"Mana anak kaklong?"soal Datin Sophea.
"Dia keluar. Sekejap lagi baliklah tu. Kalau dia tengok kaklong tak ada dekat rumah,kejap lagi muncullah dia dekat sini."
Datin Sophea tersenyum.
"Anak kaklong sebaya dengan Danial kan? Syafiq tu."
"Ya,dia sebaya dengan Danial. Danial sekolah sini kan? Nanti bolehlah dia berkawan sekali dengan Syafiq tu.Lagipun,tahun ni dia ambil SPM. Bolehlah Danial belajar sekali dengan dia,"kata Maklong Azza.
Danial tersedak. Nasi yang masuk ke mulutnya tersembur keluar. Dia segera meneguk air sirap yang berada di hadapannya. Datin Sophea mengusap belakang badan anak lelakinya. Dato' Azraff sudah memandang anak lelakinya dengan pandangan tajam.
"Cakap pasal sekolah,terus tersedak. Nak mengelaklah tu! Jangan nak mengada. Kamu tetap kena sekolah. Tahun ni ambil SPM. Gagal atau lulus,itu belakang kira. Yang penting,kamu kena belajar." Serius wajah Dato' Azraff memandang Danial. Danial hanya mendiamkan diri. Tak berani mahu membantah. Cukuplah dia kena 'gulai' dengan bapanya dulu di Los Angeles semasa dia baru dibuang sekolah.
"Garang betul dengan anak. Cubalah berlembut sikit. Kesian anak buah kaklong ni,"kata Maklong Azza.
"Tak boleh,kaklong. Dia ni tak boleh dimanjakan sangat. Nanti melampau. Esok kamu dah masuk sekolah. Pasal buku,jangan risau. Daddy uruskan nanti. Kamu pergi je sekolah esok. Daddy hantar.Faham?"
Mata Danial membulat memandang bapanya. Wah,ni sudah lebih! Tak dapat cuti langsung?
"Daddy,awal sangat lah. Bagilah Danial cuti sekejap. Penat tahu tak?"
"Tak ada alasan. Pergi je sekolah. Sekolah sini tak sama dengan sekolah sana. Dekat sini kamu sekolah setengah hari je. Jangan nak mengelat."
Danial mengerutkan wajahnya. Dia memandang ibunya meminta simpati.
"Mummy.."
Datin Sophea mengangkat bahu. Dia tersenyum lagi. "Pergi jelah.. Dapat kawan baru nanti."
"This is so annoying!" Danial terus bangun. Dia meninggalkan meja makan tanpa apa-apa bicara. Kakinya dihentak-hentak tanda protes. Dato' Azraff menggelengkan kepalanya. Stres dengan anak lelakinya yang tidak boleh ditegur.
Tak tahulah siapa lagi yang dapat mengubah sikapnya. Manja tak bertempat. Degil pun tak bertempat. Stres!










