— introduction
Disini tercipta satu negara yang serba canggih dan boleh mengalahkan negara Donald Trump! Negara yang paling bijaksana dalam memilih perdana menteri mereka . Negara ini penuh dengan rasa kepercayaan , menyayangi pelbagai kaum dan negara yang paling aman .
Alat-alat di negara itu yang serba canggih dicipta oleh Jeon Jungkook . Perdana Menteri yang bijaksana dan sangat bertimbang rasa pada semua soal rakyatnya . Dia juga dikenali sebagai Perdana Menteri termuda yang dipercayai oleh semua rakyat . Bahkan rakyat negara lain juga ingin berpindah masuk ke negara itu .
Pelbagai benda serba canggih yang telah dicipta oleh Jeon Jungkook bagi menyenangkan rakyatnya . Dia juga turut menjadi Perdana Menteri selama bertahun-tahun sehingga ahli-ahli politik yang lain berasa iri hati sehingga ingin menjatuhkan dia dan ada juga yang memang menyokong dia kerana dia terlalu bijaksana .
Inilah dia antara benda-benda yang dicipta oleh Jeon Jungkook bagi menyenangkan rakyat-rakyatnya!
↬ Kereta Anti Kemalangan
↬ Rumah Moden Anti Serangan
↬ Tudung yang disediakan payung
↬ Kasut Terbang
↬ Tv Anti Rosak
↬ Telefon 3 in 1 ( tablet , komputer dan tv
Dan pelbagai lagi
Saksikan kisah Jeon Jungkook yang serba canggih lagikan bijaksana . Bahkan boleh memikat hati anda untuk dimasukkan kedalam mimpi . Moga berhentilah berangan . TIBE
bukk!!
Habis terjatuh aku dibuatnya . Kenapa pulak perempuan semua kelihatan seperti zombie yang terkinja-kinja mengejar lelaki . Dahla langgar manusia yang cantik seperti aku ni! Kurang asam betul!
Aku berlari mengikuti langkah-langkah semua pelajar perempuan mahupun lelaki . Terlihat Taehyung , aku terus menyentuh bahunya .
" weh! Ada apa? " soalku hairan
" ada Jeon Jungkook do!! Pakwe kayanganku! " Taehyung mengenyit matanya pada Jungkook dari jauh
" Perdana Menteri tu eh? " soalku
" habistu siapa lagi! Kau ni bangang la " setepek dia bagi aku bangang weh!
" ek eleh Jeon Jungkook je kot! Aku fikir Jin Bts datang! Heleh! " kataku
Semua orang melihat aku . Alamak! Aku tercakap kuat ke do!
Tiba-tiba Jeon Jungkook itu mendekatiku
" asalammualaikum Perdana Menteri " kataku
" Jin awak tu menyanyi . Tapi saya ni Perdana Menteri . Dahla bijaksana! Nak tanya , result awak semua A ke sampai nak merendahkan saya " kata Jungkook sambil menjongketkan alisnya
ALAMAK! habislah aku! Mesti semua pelajar perempuan kecam aku nanti sebab aku kecam Jungkook oppa dorang! Habislah! Aku sanggup gali kubur sendiri!
" maafkan saya , tapi result saya 7A 1B 1C " kataku
" apa yang 1B dengan 1C tu? " soal dia
" 'B' mine and 'C' you dekat atas pelamin! Bye! " aku terus berlari
Aduhai! Sekurangnya aku buat ayat bergula tu tenang sikit hati dia nanti . Tapi! Gelaplah masa depan aku! Peminat Perdana Menteri serang aku! Urgh! Ni semua salah otak! Bodoh betul kau ni!
Cerita asal dari karya milik saya sendiri yang dipublish dalam aplikasi wattpad . Mohon beri sokongan anda untuk menjayakan cerita ini .










