Blurb
Aku, Puteri Nur Rabihah.
Aku ukur bahagia dengan besarnya chandelier yang tergantung megah di ruang tamu. Dan cantik itu apabila kau gah berjalan dengan persalinan mahal yang diimpikan semua gadis.
Hidup, aku rancang mudah. Mulakan perniagaan, kahwin dengan Megat Faiz, dan teruskan perniagaan.
Tapi...
"Kau ingat kau siapa nak buat aku macam ni!"
"Puteri, stop it!"
Aku jatuhkan maruah aku di tengah majlis perkahwinan teman lelaki aku sendiri. Bodohnya lelaki. Tinggalkan teman wanita yang cantik dan kaya, untuk mengahwini seorang wanita kampung yang tak punya apa-apa.
Ego aku tercalar. Sangat sangat. Sehingga aku mengambil keputusan untuk tinggalkan segala kemewahan, dan menjadi perempuan biasa.
"Kahwin dengan aku"-Tengku Darius.
Baru sebulan aku menjadi 'perempuan kampung', lamaran sudah tiba di hadapan pintu rumah.
"Awak nak kahwin dengan saya sebab saya cantik dan kaya, atau sebab saya perempuan kampung?"
"Soalan apa ni? Penting ke benda-benda tu?"
Kerana katanya, "Wanita itu cantik pada jiwanya."
Dan saat itu aku sedar, aku tidak kaya. Dan aku tidak cantik.
Kerana aku tak punya jiwa.










