Prolog
"Nadelyn Humayrah sila datang ke pejabat sekarang juga!"nama yang disebut oleh pengetua. Entah apa lah lagi perkara yang dia buat di sekolah ni. Kata-kata pelajar di sekolah itu dah lali dengan perangai budak Nadelyn tu.
Nadelyn terus ke pejabat kerana namanya dipanggil. Baru sahaja dia ingin ponteng sekolah tapi tak jadi dah orang tua kerepot tu panggil. Terpaksa ikutkan kalau tak dah lama dia lepak belakang sekolah dengan kawan-kawannya.
Setelah berada di hadapan bilik pengetua terus dia masuk tanpa memberi salam. Dengan selambanya Nadelyn terus duduk di kerusi hadapan pengetua. Nadelyn membuat muka tidak bersalah dan tidak malu dengan perangainya. Yelah dah biasa dengan semua ni dah banyak kali dah dia dipanggil oleh pengetua. Ni dah kali ke lima dia menukar sekolah kerana rekod di meritnya.
"Kenapa pengetua panggil saya" kata Nadelyn dengan tak malunya dan perangai bersahaja je. Pengetua menahan sabar kerana ini kali ke sepuluh dia memasuki bilik pengetua. Kerana dia banyak melanggar peraturan sekolah.
"Saya panggil kamu kerana kamu tau tak kamu dah buat apa" kata pengetua tersebut. Nadelyn membuat muka tidak tahu akan kesalahannya. Pengetua terus menunjukkan buku rekodnya di sekolah yang merekodkan dimerit murid. Nadelyn hanya memandang rekodnya dengan muka kosong sebab dah lali dengan semua ni.
"Kamu tengok rekod ni apa perasaan kamu" kata pengetua dengan suara yang tegas. Nadelyn berkata kepada pengetua bahawa dia tidak kisah. Pengetua terus memarahi Nadelyn kerana rekodnya amat teruk kerana dia mempunyai rekod dimerit 99% . Sepatutnya dia seharusnya dibuang sekolah ataupun menukar sekolah lain.
"Pengetua saya tak kisah, pengetua nak panggil bapa saya pon tak kisah." Kata Nadelyn dengan muka kosongnya. Terus Nadelyn keluar dari bilik pengetua dengan muka kosongnya. Memang tkde perasaan betul Nadelyn ni.
Nadelyn masuk ke dalam kelas dan terus dia duduk di tempatnya. Mata-mata yang memandang dia hanya membuat tidak kisah. Macam tak pernah nampak dia masuk kelas lambat.
Haih esok ayahnya datang ke sekolah selesaikan masalah yang telah berlaku di sekolah ini. Kemungkinan ini kali keenam aku tukar sekolah maybe.
KEESOKANNYA ..
Tuan, saya memanggil tuan ke sini bersebab kerana disebabkan rekod anak tuan melebihi limit sekolah. Saya seharusnya mengambil tindakan ini kepada anak tuan. Saya mengambil cara mudah dengan menukar anak tuan ke sekolah lain atau buang sekolah.
Nadelyn Humayrah hanya mendiamkan diri kerana tidak tahu untuk membuka suara. Yelah baru kena tukar sekolah ni haih sedih hidup aku bila nak rasa happy ni. Tiba-tiba ayahnya memberitahu kepadanya bahawa dia akan menghantar ke sekolah yang boleh mendisiplinkan dirinya.
Nadelyn membuat wajah tidak puas hati kerana ayahnya selalu membuat perkara tanpa pengetahuannya. Itu sebab dia sentiasa membuat perkara nakal di sekolah dan suka membuat ayahnya membara je.
"Kenapa kamu suka buat hal" kata ayah Nadelyn atau di kenali sebagai tuan Hairel kerana tidak suka perangai anaknya yang satu. Semenjak ibunya meninggal anaknya berubah menjadi nakal dan tidak mendengar kata. Itu membuatkan dirinya berasa kurang senang akan anaknya. Dia sentiasa menjaga anaknya dengan baik dan memberi pakaian yang cukup kepada anak-anaknya.
"Nadelyn bukan suka cari pasal tapi diaorang yang suka buat masalah dengan Nadelyn" kata Nadelyn yang tidak berpuas hati kerana ayahnya selalu berfikir dia sentiasa membuat masalah di sekolah. Semua orang jenis melihatnya dengan perkara tidak baik jadi dia hanya membiarkan sahaja. Sebenarnya di sekolah dia bukan selalu mencari masalah sebab budak sekolah yang mulakan dulu. Jadi dia hanya menyelesaikan masalah sahaja.
"Yelah tu bukan boleh percaya dengan kamu ni" kata bapanya yang malas ambil tahu perangai anaknya yang suka membuat masalah sehingga membuat dirinya berasa sakit kepala.
"Hmm" Nadelyn mengeluh kerana tidak suka akan dirinya sebab selalu membuat ayahnya penat dengan kerenahnya. Ya walaupun sebenarnya dia tidak membuat masalah tapi ada juga kenakalannya.
Ayah akan hantar kamu ke sekolah baru di situ kamu kena pandai urus diri sendiri dan jangan buat hal. Kalau lagi sekali Nadelyn buat hal ayah terpaksa hantar Nadelyn keluar negara. Semua sekolah dah kamu pernah kena buang. Dan jangan buat hal lagi ini sekolah yang terakhir terima kamu jangan nak macam-macam.
"Ayah mana ayah tahu sekolah tu" kata Nadelyn kerana pelik tiba-tiba ayah dah jumpa sekolah untuk dirinya. Wahh sangat hebat ayahnya. Takyah lah nak hebat-hebat sangat sebab kau ayah kena cari sekolah untuk kau. Kata hati sendiri.
"Ayah dapat tahu sekolah tu dari kakak sedara kamu lah bagitahu dan tolong ayah carikan sekolah untuk kamu" kata ayah dengan nada lembut kalau kasar-kasar tak guna juga. Nadelyn hanya mengangguk- gangukkan kepalanya tanda faham akan kata-kata ayahnya.
NADELYN










