You Are Mine
Share with your friends
Customize readability

You Are Mine

All Rights Reserved ©

Summary

Book 2 [ αl£x π πisα ] Kerana satu permainan tercetusnya perasaan cinta. Ya, Dia gilakan perempuan itu dan dia sukakan perempuan itu! Apapun yang terjadi perempuan itu harus menjadi miliknya! " it's just a game. I don't even like you!"-Nisa " if like that. let me finish this game "-Alex Sukar dijangka! Ingatkan tidak akan bertemu lagi dengan lelaki itu tetapi malang tidak berbau apabila dia perlu menghadap lelaki itu setiap hari. Dan yang paling sadis apabila dia perlu kerja dibawah lelaki itu! " This is not my job! I don't think it's necessary to follow your instructions!"-Nisa " Do you want me to give you a blank score? "- Alex Prinisip lelaki itu. 'Once I like it, I'll make it mine' Dan dia akan pastikan perempuan itu menjadi miliknya walaupun terpaksa menggunakan cara halus untuk mendapatkan perempuan itu. " you made me fall in love. So you have to take responsibility "

Genre
Romance
Author
Mecxira
Status
6yrs ago
Chapters
2
Rating
n/a
Age Rating
13+

Chapter 1

" Kau nampak tak lelaki yang duduk kat hujung meja sana tu? "

Jari Wani menunding tepat ke arah lelaki yang membelakanginya itu. Dapat lihat lelaki itu memakai baju berwarna putih dan topi berwarna putih dari sisi belakang.

Nisa menganggukkan kepala. Tetapi nampak sangat mimik mukanya itu seperti malas saja dengan apa yang ditunjukkan oleh Wani. Walaupun masih tidak berminat, tetap juga matanya dihalakan ke arah lelaki itu.

Tapi dia hanya dapat menangkap belakang tubuh lelaki itu disebabkan lelaki itu duduk membelakangi mereka.

" Aku nak kau goda dia depan kitorang." Wani memberi cadangan. Senyuman penuh makna terukir di bibir merah itu.

Nisa bulatkan mata.

Gila apa nak goda lelaki yang dia tak kenal! Tak pasal-pasal nanti jatuhkan maruahnya sendiri menahan malu! Pasti merah gila mukanya nanti. Gila betullah kawan baiknya ini. Sudah la dia sendiri pun tak kenal siapa lelaki itu.

" Tak ada benda lain ke yang kau nak suruh aku buat selain daripada goda lelaki tu?" Nisa dah merungut tak puas hati.

Straw yang berada di gelas dia kacau kuat untuk meredakan kocakan yang tiba-tiba hadir di dada. Nasib tak tumpah air itu.

" Aku tak kira. Aku nak juga kau goda lelaki tu walau macam manapun. Lagipun kau yang nak sangat pilih dare."

" Betul tu Nisa. Kau dah kalah. So, kau kena ikut juga apa yang kitorang nak kau buat." Jazlin menyokong.

" Tapi..." Nisa berat hati. Tudungnya digaru perlahan. Pening jadinya. Takkan mampu tolak jika itu permintaan dari kawan baiknya sendiri.

Sekali lagi dia mengalihkan pandangannya kepada lelaki tersebut. Tidak banyak yang dapat dia perkatakan kerana lelaki itu masih lagi statik di tempat duduknya.

Langsung tidak berganjak walau sedikit pun bagi membolehkan Nisa mengintai wajahnya. Lehernya dipanjangkan lagi tetapi tetap sama. Muka lelaki itu tidak dapat dilihat dengan jelas.

" Kau jangan nak mengelat. Aku tak kira, nak tak nak kau kena buat juga. Bukan susah pun. Lepas kau goda dia, aku janji akan call kau dan kita cau! " Wani memberi semangat dan janji.

" Jazlin kan? " sambung Wani.

Disiku lengan Jazlin disebelahnya itu supaya menyokong dirinya. Cepat sahaja Jazlin menjawab sebagai penyokong.

" Betul tu! " sokong Jazlin bersama senyuman penuh makna.

Ala...bukan susah pun Nisa nak buat. Sebelum ni pun Nisa pernah buat cuma kali ini dia bagi kelainan sikit. Setakat goda lelaki, sekali petik pasti tidak menjadi masalah bagi perempuan itu.

Nisa mencebik geram. Mudah bagi mereka tetapi sukar untuk dia laksanakan. Yang kena buatnya dia, bukannya Wani dan Jazlin. Sebab itulah mereka langsung tidak kisah.

Apa-apa hal nanti dia yang kena tanggung. Menyesal pulak sebab pilih dare, patutnya tadi dia pilih truth. Tak adalah menyusahkan dirinya sekarang ini.

" Aku rasa sakit perutlah wehh aku balik dulu tau " Nisa cuba mengelat.

Lakonan diteruskan lagi dengan tangannya diletakkan pada perutnya. Kerusi ditolak perlahan lalu dia mencapai beg tangannya tetapi cepat saja Wani merampas beg tangan itu lalu disorokkan dibawah meja.

Nisa yang masih tidak bersedia apa-apa tercengang apabila begnya dirampas kasar oleh Wani.

Nisa duduk semula lalu cuba merampas beg tangannya itu daripada wani tetapi pantas sahaja beg tangannya itu dibawa jauh oleh wani.

" Bak balik beg aku. Aku sakit perut ni! " aku cuba berpura lagi. Muka pula sengaja dikerutkan seperti sedang menahan sakit. Tangannya berada tepat di atas perutnya.

Tolonglah percaya...

Wani dan Jazlin menggeleng kepala sambil menggoyangkan jari telunjuknya. Macam kembar!

" No no no... kau jangan nak lari eh! Kitorang takkan terima lakonan tak menjadi kau tu! kitorang nak tengok lakonan menggoda meletop kebaboom kau kejap lagi."

" please... aku tak nak la. "

" Permintaan ditolak. Better kau pergi sekarang. Susah pula kalau lelaki tu pergi." Nisa mendengus geram bila Wani menarik tangannya supaya dia bangun dari kerusi.

" Nah beg kau! "

Nisa berjalan teragak-agak mendekati tubuh tegap yang sedang duduk membelakanginya itu. Begnya digalas dengan tangan yang terketar-ketar.

Jantungnya berdegup pantas. Dalam kepala dah fikir macam-macam idea untuk menggoda lelaki itu sebagai hukuman yang perlu dia laksanakan.

Sesekali Nisa menoleh ke belakang memandang Wani dan Jazlin. Manalah tahu kalau mereka berubah fikiran supaya dia tidak perlu melakukan kerja yang bakal memalukan dirinya sendiri nanti.

Nisa gigit bibir geram bila mereka buat tidak tahu sahaja. Malah mereka siap bermain dengan telefon pintar masing-masing. Walaupun dapat dilihat mata mereka itu sesekali menoleh ke arahnya.

Apabila pandangan matanya dengan mereka berdua bertaut, cepat saja mereka membuat isyarat menghalaunya. Aduh, kena buat jugalah ni nampaknya. Dia tak ada pilihan lain!

Dengan keberanian yang tidak seberapa nak ada Nisa terus melabuhkan punggung di hadapan lelaki itu.

Nisa dapat tangkap riak terkejut lelaki itu bila dia dengan selambanya duduk tanpa kebenaran lelaki itu.

Di saat matanya memandang seraut wajah di hadapannya, dia agak tergamam bila matanya disajikan dengan paras lelaki itu yang begitu tampan. Muka mat salleh Beb!

Ditambah pula dengan baju dan topi itu berwarna putih. Sepadan dengan warna kulit lelaki itu.Wajah itu sangat sempurna.

Sepasang matanya dihiasi dengan bulu mata yang melentik memikat setiap wanita yang melihatnya. sehinggakan dia sendiri boleh jatuh cinta dengan bulu mata itu. Bibirnya juga sedikit sensual membuatkan jantungnya berdegup laju. Semua ini gila!

Dikuatkan dan ditenangkan sahaja hatinya daripada bercelaru tidak sekata. Debaran makin kuat apabila mata lelaki itu redup memandangnya.

Nisa tarik nafas perlahan-lahan. Cuba meredakan ombak ganas yang sedang menghempas jantungnya. Tangannya digenggam erat di bawah meja. Senyuman menggoda dihulurkan.

" Hai Mr handsome... I tengok You handsome gila hari ini. " ayat itu dijadikan sebagai permulaan untuk menggoda lelaki itu walaupun kedengaran kekok lain macam. Harap lelaki itu tidak faham!

Entah apa ayat yang mengarut keluar dari mulutnya. Rasa nak tepuk dahi pun ada tika ini! Gila betul! Apa yang ada didalam otaknya dirembat saja. Lantak kaulah labu!

" Pardon? " terpacul ayat itu dibibir Lelaki itu.

Nisa senyum lebar. Yes! Lelaki itu tak faham!

Bibir Nisa sengaja digigit perlahan untuk menggoda lelaki itu. Kedua tangannya pula menongkat dagu sambil itu dia membuat mimik muka menggoda. Dikenyit mata kanannya buat lelaki itu.

Dapat dilihat halkum lelaki itu bergerak-gerak seperti menelan air liur dengan perlakuannya itu.

Yes menjadi!

" I rasa... I dah tergoda dan dah jatuh cinta pun dekat You." sengaja dileretkan suaranya lagi bagi dengar macam gedik sikit. Ceh! misi menggoda masih diteruskan.

Ayat yang dikeluarkan dirasakan seperti tidak sesuai saja tetapi Nisa cepat saja menggeleng. Biarlah! Kejap je lakonan ni. Nanti aku blah!

Tidak lama riak wajah lelaki itu bertukar kepada serius kembali dengan kerutan pada dahi tanda tidak memahami akan situasi yang sedang berlaku sekarang ini.

" Macam mana You boleh cakap You dah jatuh cinta dekat I, sedangkan You baru jumpa I. " jawab lelaki itu dengan keningnya diangkat tinggi.

Terkelu dan tergamam Nisa sekejap apabila lelaki itu pandai berbahasa melayu? Biar betik!

Nisa mengerling sekilas ke arah Wani dan Jazlin yang tersengih seperti kerang busuk itu. Benci betullah diorang ni!

'Takpelah teruskan je' getus hati Nisa sendiri.

Nisa memegang lengan baju lelaki itu dengan tangan yang sudah terasa sejuk. Sejuk kerana ini kali pertama dia menyentuh lelaki walaupun masih berlapik. Topi lelaki itu juga diambil lalu dipakaikan diatas kepalanya.

Cun!

Terpacak cantik rambut lelaki itu membuatkan Nisa terpesona sebentar. Walaupun sudah memakai topi tapi rambut itu tetap juga elok tidak berserabai.

Sesetengah orang pasti rambut itu berserabai apabila mengenakan topi diatas kepala. Kan?

" Cinta tak kenal siapa You. Tetapi Cinta mengenal hati I yang terlanjur mencintai You. " Cepat saja Nisa menjawab.

Tergamam lelaki itu dengan ayat yang dikeluarkannya itu manakala Nisa disitu sudah menelan air liur dengan ayat yang dikeluarkan. Kau memang dah gila Nisa!

Lelaki itu mengalih tangan Nisa dari terus memegang lengannya. Wajahnya digaru rasa pelik. Apa yang perempuan ini merepek? cinta? hati?

Ada rasa yang aneh bertandang didalam hatinya dengan semua perbuatan perempuan dihadapannya ini.

Ayat yang diluah perempuan itu juga membuatkan dia berdebar tidak menentu. Apa yang dirancang perempuan ini?

Topi miliknya cuba diambil dari perempuan itu tetapi terbatas seketika apabila perempuan itu menghalangnya dengan meletakkan topi itu dibawah meja. Jauh dari pandangan matanya.

" You salah orang ni. I don't know you. Give me back topi tu " arah lelaki itu dengan muka merah.

Mungkin sedang menahan malu akan apa yang diperkatakan oleh perempuan itu padanya. Jelas telinga itu kemerahan.

" You... I tergoda dengan You ni. " Suara direngekan manja habis. Gila gedik!

" Nampak You je, terus I rasa tenang. Hati I pulak tak berhenti berdegup tau sebab You handsome sangat " Nisa menjual ayat manisnya lagi dengan suara mengada.

Nisa menyengitkan sedikit kepalanya lalu dia mengerdipkan matanya. Senyumannya dimaniskan sampai ke telinga. Saja buat comel!

Tangan sengaja diangkat tinggi lalu cuba menyentuh muka lelaki itu. Sedangkan itu hanya acah-acah sahaja. Gila aku nak sentuh lelaki? Memang taklah!

Tangannya ditepis kasar oleh lelaki itu.

" What are you trying to do?? "

Tidak hiraukan kemarahan lelaki itu, Nisa meneruskan kata manisnya sehingga membuatkan lelaki itu terdiam terus melihatnya. Mata lelaki itu juga terlekat elok pada wajahnya.

" Seadaanya I boleh pilih antara You dengan lelaki lain. I nak pilih You. Sebab hati I dah tersayang You! It's not easy for me to fall in love. " lembut saja suaranya itu menuturkan kata.

Nisa mengigit bibirnya. Rasa macam terlebih pulak ayat yang dia reka. Entah pickup line mana dia rembat. Geli geleman pulak rasa! Yeks!

Kalau dengan lelaki lain boleh saja bagi banyak pickup line tetapi jika dengan lelaki ini membuatkan dia merasakan sejuta serba salah.

Lelaki itu terdiam sebentar. Kata-kata perempuan dihadapannya ini sedikit sebanyak membuatkan hatinya tidak keruan dan rasa asing menjalar masuk tanpa dipinta.

Suara perempuan itu kedengaran syahdu saja dihalwa telinga. Seperti perempuan itu betul-betul merasai perasaan yang diluahkan tadi. Adakah ini mimpi atau nyata?

Nisa memuncung mulutnya lalu lehernya dipanjang mencari Wani dan Jazlin. Matanya ke kiri dan ke kanan.

Berharap supaya janji yang dikatakan oleh Wani untuk menelefonnya itu ditepati. Matanya meliar mencari dua sekawannya itu.

Matanya membuntang apabila Wani dan Jazlin tiada ditempat yang didudukinya tadi. Tiada? Mana pulak diorang pergi ni?

" Apa yang I dapat kalau I sayang You?" soal lelaki itu tiba-tiba.

Lupa pula Nisa akan kewujudan lelaki itu. Kepala dipusing ke arah lelaki itu lalu dia tersenyum semanis yang mungkin. Walau senyuman itu dirasakan seperti tidak ikhlas saja.

Mungkin sampai disini sahaja misi menggoda lelaki ini. Moga-moga dia tidak bertemu lagi dengan lelaki ini. Doa Nisa dalam hati. Sudahlah! Hatinya bertekad tidak lagi mahu terlibat dalam permainan gila ini!

" You...kita lupakan jelah apa yang I cakap tadi eh? I rasa nak baliklah. pening kepala. " Nisa beralasan.

Nisa tidak mengendahkan pertanyaan lelaki itu. Maaflah, dia memang tidak berniat untuk menggoda lelaki itu tetapi keadaan yang mendesak.

Kerusi ditolak perlahan, cepat saja aku mengatur langkah meninggalkan restoran mewah itu. Apabila sampai ditempat parking kereta, terus mataku mencari kereta myvi milik Wani.

Tetapi tidak lama lenganku ditarik dan diheret kasar masuk ke lorong gelap. Mulutku ditekup dari belakang menyebabkan aku tidak dapat menjerit meminta tolong.

" You! "

Let Mecxira know what you thought about this chapter!

Further Recommendations

IVAN

ohoney2004: I liked this novel. Good story line, interesting plot and characters.

Read Now
Bear Shifter Secrets

tatianne Ingrid: Adorei cada capitulo! parabens

Read Now
An Irish Match

readingtoday77: This story is so very sweet. I really like each main character's emotional evolution, especially Liam working through difficult past betrayal and tragedy to be able to take a chance and love again. The sex scenes were fiery and tender and so very moving, especially the scene when Maeve says that she...

Read Now
To Catch a Ghost, Part 1

Wendy Salvo: I really liked this story but now that I’ve read all three I wanted to come back with a thought, the forward on this story talks about a reverse harem and not having to choose, but there isn’t any choice, or thought of a harem until the moment she connects with them, there is only foreshadowing of o...

Read Now
Half-Claimed

vivcarroll: Good story line looking forward to find out the rest of what’s going to happen

Read Now
SECRET BILLIONAIRE

Katja: Good writing, excellent story.

Read Now
The Grumpy Next Door

mmurphy1008: This book had my attention from the very first chapter! It has romance and humor and just enough tension to keep it moving along. Can’t wait to read more from this author.

Read Now
The Mate he couldn't have

Sahaya: I like every detail of the story

Read Now
Bloodlines

Read4Free16: Fantastic development of characters and story line

Read Now