Prolog
Sudah empat bulan aku di tanah suci ini, makin lama makin susah hati ku untuk meninggalkan tempat ini. Cukup indah, bersih, suci dan sejuk di pandangan mata mahupun di hati.
Aku mula separuh mengemas barang ku dan di masukkan ke dalam bagasi. Papa, Mama, Along dan Adik ada tunggu aku dekat lobi hostel. Walaupun mahal bayarannya tetapi, Papa sanggup mengeluarkan beribu-ribu wang dari bank nya untuk memberikan hadiah pergi ke Mekah kepada kami sekeluarga.
Masih lagi aku ingat betapa jahil nya aku dulu dan menangis teresak-esak apabila tapak kaki ku melekap di tanah Mekah. Aku malu Ya Allah, aku malu kerana orang seperti aku ini tidak layak berada di tanah suci ini.
Tetapi, keluarga ku selalu memberikan kata-kata semangat kepada ku dan mengatakan 'Allah tak marah kalau hamba Dia nak bertaubat. Tetapi, Allah lagi suka kalau Lut bertaubat'. Tipulah kalau aku kata hati ku tidak tersentuh.
Alhamdunillah, dengan kuasa Allah dan doa-doa daripada orang sekeliling ku aku mampu merubah perangai ku dulu kepada yang sekarang. Terima kasih, Ya Allah.
Eh?! Aku lupa nak kenalkan diri aku! Minta maaf! Aku Luthfie Mahfuz Adrian. Cantikkan nama aku? Terima kasih dekat Mama beri aku nama seindah itu. Umur ku sudah menginjak ke angka 23 tetapi masih belum punya tunang. Cuma bekas tunang sahaja yang ada.
Penulis cerita ini nak tuliskan kisah ku yang cukup indah! Tunggu tau!
Telefon bimbit ku yang berdering tadi menyentakkan aku yang mengelamun tadi.
Nama 'My Syurga' tertera di atas skrin telefon.
"Assalamualaikum, Luthfie lama lagi nak kemas barang?" soal Mama di hujung talian.
"Waalaikumsalam. Dah nak siap ni Ma, tunggu dua minit kejap Lut turun. ya?" Jawab ku sambil menutup zip bagasi. Tiba-tiba sahaja hatiku ni berdebar tidak tentu arah. Ya Allah, kau permudahkan lah urusan kami, Amiin.
"Flight kita tiga jam lagi. Tak perlu tergesa-gesa, kita luangkan masa tiga jam ni sepuas-puas nya di sini. Lina dah ke kedai cenderamata dengan Papa dan Luf" Balas Mama dengan nada laju. Ketawa kecil aku mendengar ayat Mama.
Iya, tiga jam lagi kami akan pulang ke tanah air.
"Ya Ma. Kalau Mama nak ikut Papa pergilah, nanti lama pula tunggu Lut turun lif lagi"
"Haa yelah. Kita jumpa dekat airport ya. Mama pergi dulu, Assalamualaikum"
'Waalaikumsalam' jawab ku di hati apabila Mama menutup panggilan dengan serta merta.
Bagasi ku aku letak bersama bagasi mereka di tepi pintu. Lif dituju dan butang 00 di tekan. Sekali sekala aku tersenyum membalas senyuman beberapa penduduk hotel di dalam lif.
Ting!
Aku meminta diri dan keluar dari perut lif.
skip
Aku memerhati Kaaba yang dipenuhi oleh hamba Allah. Ada yang menangis dan ada juga yang senyuman tidak lekang dari bibir.
Batu dari Syurga tu juga menjadi tumpuan ku. Beberapa minggu yang lalu aku ada kesana bersama Along. Wangi sahaja baunya.
Hari ini juga aku mahu kesana tetapi, lihatlah ramai lagi yang ingin menyentuh batu suci itu. Jadi, aku ingin memberikan peluang kepada mereka.
Mataku masih lagi terancap pada gadis itu. Muka nya sembap menangis kerana mahu menyentuh Hajar Aswad. Rasanya aku boleh tolong kan?
Tanpa berfikir panjang aku menarik telekung nya dari belakang dengan perlahan. Dia Melayu ke? aku tak tahu!
Aku hanya mengukir senyum dan mengiring nya melangkah ke arah Hajar Aswad. Aku mengiring nya dari belakang dengan tangan ku depakan sedikit untuk menghalang yang ingin melanggarnya.
Sampai di sana laju dia memeluk batu suci itu dan mencium nya dengan air mata yang deras. Tanpa sedar aku mengukir senyuman nipis.
Selepas beberapa saat aku menariknya keluar dari sini. Banyak kali dia menundukkan kepala nya dan berkata 'terima kasih'.
Eh?! Terima kasih?! Melayu!!
"Sama-sama" jawab ku dengan senyuman nipis.
Matanya terancap padaku dengan riak terkejut. Ya Allah, indahnya ciptaan Mu.
"Awak orang Melayu?" soal nya menyentakkan ku. Laju aku mengangguk.
"Terima kasih sekali lagi! saya sangat berterima kasih!" ucapnya laju.
"Eh?! tak apa, saya hanya tolong awak kesana saja" Balasku merendah diri. Allah suka orang yang merendah diri.
Dia tersenyum. Ya Allah! aku lelah kah? kenapa hatiku berdebar laju?
Selepas mengucapkan 'terima kasih' yang terakhir dia mula meminta diri.
Ak-aku jatuh cinta kah? Di depan Kaaba, dalam Mekah dan atas tanah suci. Indahnya!
Jam mula menginjak ke pukul 11:30, penerbangan akan bertolak pukul 12:00, aku mula ke hostel dan mengambil bagasi ku. Bagasi yang lain juga sudah di ambil.
Ohya! Aku patut belikan beberapa cenderamata kepada kawan-kawan ku Malaysia! Jangan tergesa-gesa Lut!
Kedai yang mengukir gelang aku tuju. Nama Ashraf, Khairul dan Hakeem aku tulis dalam bahasa Arab dan menunggu si penjual mengukir.
Ianya hanya mengambil 15 minit baginya memandangkan sudah lama dia melakukan mengukir ini.
Beberapa keping wang aku hulurkan selebelum keluar dari kedai.
Tiga langkah, enam langkah dan
Buk!
Bahuku terlanggar menyebabkan aku terdorong sedikit.
Mataku memandang ke arah sang melanggar tetapi, erk? dia hanya berlalu pergi, yang pasti dia seorang wanita. Ah! aku yang sepatutnya meminta maaf kepadanya!
Tapi! aku sudah lewat ke lapangan terbang!
••••••••
Done for Prolog! Alhamdunillah, saya akan mula menulis cerita pertama saya mula sekarang ya.










