Pertemuan Yang Terindah
Share with your friends
Customize readability

Pertemuan Yang Terindah

All Rights Reserved ©

Summary

"Sorry, sorry, cik. Saya tak sengaja. Saya minta maaf... cik okay ke?" laju empunya suara itu meminta maaf. Armell gosok pinggang yang sudah terasa senak. Okay dia tanya aku? Aku dah jatuh terduduk macam ni boleh pula dia tanya soalan bodoh macam gitu? Kalau dah bunyi 'aduhh, aduh' tu sakit lah! Apa punya orang lah. Bentak Armell dalam hati. Geram tak terkira. Perlahan-lahan dia cuba bangkit. Dan sebaik sahaja matanya bertembung dengan mata hamba Allah yang baru sahaja merempuhnya tadi, sepantas kilat anak mata dilarikan ke arah lain. Dan ketika itu, riak wajah lelaki itu kelihatan betul-betul terperanjat. Jantungnya serta-merta berdetak laju. Tiga tahun lamanya berpisah, tidak sangka hari ini mereka dipertemukan semula. Memang dia ada menghilangkan diri. Selepas seminggu kejadian itu, dia membawa diri ke Korea. Membawa hati yang lara. Menetap disana hampir setahun lamanya sebelum kembali semula ke tanah air. Bukan mudah untuk lupakan lelaki itu. Dan harini Hayy Mikael muncul semula di dalam hidupnya setelah dia berjuang habis-habisan untuk melupakan lelaki itu. Kenapa, Hayy? Hatinya merintih kecil. Apa gunanya pertemuan kali kedua jika dia sudahpun selamat menjadi tunangan orang? Perasaan marah, benci, rindu, semunya bergabung menjadi satu sehingga membuatkan dia dalam dilema.

Status
6yrs ago
Chapters
11
Rating
3.0 (1 review)
Age Rating
16+

Sinopsis

Temu janji selama dua puluh empat jam yang dirancang adalah bertujuan untuk memenuhi permintaan Hayy Mikael iaitu lelaki yang dia cuba tepis sejak dari awal pertemuan mereka dengan janji lelaki itu tidak akan muncul lagi dihadapannya apabila tamat sahaja tempoh yang diberi.

Namun, janji hanya tinggal janji bilamana lelaki itu semakin kerap menampilkan diri dihadapannya. Perasaan rimas terhadap Hayy Mikael dibuang sejauh-jauhnya dek mengenangkan tentang sejuta kebaikan yang telah lelaki itu curahkan kepadanya sementelahan pada waktu yang sama, dia kerap diganggu oleh lelaki bernama Rykal.

Kerana keegoan menguasai diri, kesuciannya diragut tanpa belas kasihan. Tak beri peluang untuk dia membela diri, maruahnya yang satu itu hilang dengan sekelip mata.

Namun, pertemuan yang pernah dirancang selama ini telah memutikkan cinta tanpa dia sedar. Lelaki itu menerima dia seadanya tanpa mempersoalkan sedikitpun tentang maruah dirinya. Cinta mula hadir dalam hati Armell. Hayy Mikael menjadi tempat dihatinya.

Tanpa di duga, Armell menerima satu kejutan yang selama ini cuba dirahsiakan oleh lelaki itu dan serta-merta membuatkan dia rasa tertipu sepanjang perkenalan mereka. Rahsia yang sangat besar sehingga tidak mampu diterima akal!

Siapa sangka, takdir mempertemukan mereka sekali lagi di bumi Malaysia setelah 3 tahun lamanya tidak bersua. Kegembiraan di mana hanya lelaki itu seorang sahaja yang merasainya perlahan-lahan menjadi pudar setelah mendapat tahu bahawa gadis yang amat dicintainya itu rupanya sudah menjadi tunang kesayangan abang kandungnya sendiri.

"Aku bodoh kerana mencintai hak orang. Hak orang di mana orang tu adalah abang aku sediri. Huzzair amanahkan aku untuk jaga kau, bukan memiliki kau."

Kadang kerana terlalu cintakan seseorang, kita biarkan diri terus terluka. Allah bagi kita hati, seupaya kita letak cinta Allah di dalamnya. Tapi dalamnya diletakkan cinta pada makhluk. Maka Allah uji hati itu sampai terluka.

Next Chapter

Let Farisya know what you thought about this chapter!

Further Recommendations

IVAN

ohoney2004: I liked this novel. Good story line, interesting plot and characters.

Read Now
The Alpha's Exiled Mate (ON HOLD)

Catherineb83: Story good just would have liked her not to wear a mask

Read Now
Bear Shifter Secrets

tatianne Ingrid: Adorei cada capitulo! parabens

Read Now
The zatorian

lunaartsoul___: I loved the way your story unfolds. The emotional depth and structure made it feel very engaging, almost cinematic at times.I’m someone who enjoys both reading and visual storytelling, and your work really stood out to me. If you’re open to chatting about creative ideas someday, I’d love that.

Read Now
Going For The Goalie

S.TYTECA: I really enjoyed reading this book! The story was engaging and kept me interested throughout. There were a few minor spelling errors here and there, and some parts felt a little drawn out for my personal taste, but that’s purely subjective. Overall, it was a lovely read, and I genuinely enjoyed the ...

Read Now
Half-Claimed

vivcarroll: Good story line looking forward to find out the rest of what’s going to happen

Read Now
SECRET BILLIONAIRE

Katja: Good writing, excellent story.

Read Now
The Mate he couldn't have

Sahaya: I like every detail of the story

Read Now
The Contract Wife

Manoj: I like the plot the slow burn moments and intensity of pain and it's nice the pain and hurt they both feeling

Read Now