Embun Anggerik
Share with your friends
Customize readability

Embun Anggerik

All Rights Reserved ©

Summary

Apa erti hidup kalau hanya sekadar bernafas? Kehidupan sempurna yang diimpikan oleh ramai manusia. Bijak, cantik dan kaya. Pakej lengkap itu dimiliki oleh seorang Embun Anggerik namun satu sahaja yang dia tidak punya. Keinginan untuk hidup pada hari esok. "Cik tengok hujung laut tu. Midnight blue; cold, deep and dark. It suits you very well. Tapi cik, you don't really wanna go there and die kan? You just wanna know how does it feels to be alive. Even for a short period amount of time when your lungs gasping for air." - Alam Uzayr " Shut up." - Embun Anggerik Penghijrahan ke bumi Glasgow bagi mendapatkan segulung ijazah perubatan untuk ditukar dengan segaris senyuman Bonda bakal membawa angin perubahan dalam hidupnya atau mungkin dia akan semakin hanyut dalam dunianya sendiri

Status
Complete
Chapters
50
Rating
5.0 (12 reviews)
Age Rating
13+

1

Pantai Kelambu, Kudat

Langit malam ini sangat suram. Awan tebal melindungi cahaya rembulan. Pantai pasir putih saujana mata memandang itu kosong. Sama seperti aku. Dingin bayu malam yang menampar kasar tubuhku sedikitpun tidak mampu membuat aku kembali masuk ke dalam bilik resort yang disewa seluruh kawasannya hanya untuk aku seorang. Sanggul yang sudah longgar kulucutkan terus. Biar rambut separas pinggang ini bebas, lepas. Tidak seperti jiwa aku yang terkurung dalam tembok sunyi.

“Bonda dah daftarkan Embun masuk ke sekolah perubatan di Glasgow. Embun akan tinggal di apartmen lima minit daripada sekolah tu. Bonda dah gajikan dua pembantu rumah untuk Embun. Bonda akan hantar kereta Embun seminggu sebelum Embun bertolak ke sana. Any objection?” Aku teringat balik kata-kata bonda di meja makan tadi. Suara bonda lebih dingin daripada angin malam ini.

Mana mampu untuk aku membangkang apa sahaja yang bonda aturkan. Abang sulung aku merangkap bakal pengarah hospital; seorang pakar neurologi. Aku anak kedua juga yang bongsu sudah diletak tanda pakar kardiologi di dahi. Jarak umur kami terlalu jauh. Aku anak yang tidak dirancang. Mungkin sebab itu Bonda dan Ayah dingin terhadap aku dan selalu mengutamakan abang. Dia lelaki sulung pewaris utama Kumpulan Nadir. Bonda dahulunya seorang pakar bedah am tetapi kini dia sudah tidak lagi menjejakkan kaki di dewan bedah. Dia membantu Ayah di bahagian pentadbiran hospital di bawah naungan Kumpulan Nadir. Satu syarikat perubatan swasta yang dibangunkan oleh datuk aku.

Aku ke Kudat daripada semenanjung semata-mata untuk mendengar arahan aturan hidup aku yang seterusnya. Bonda terlalu sibuk dengan urusan cawangan baharu hospital sehingga anak kandungnya sendiripun perlu menyelit di antara jadual padatnya.

“Kalau Embun belajar dekat Glasgow, Bonda akan bangga dengan Embun ke?” Soalan bodoh yang aku tanya dengan nada perlahan sewaktu di meja makan itu kembali menerpa.

“Iya.” Sepatah sahaja jawapan Bonda. Langsung tidak memandang aku apatah lagi menggaris senyuman.

Tanpa aku sedari, kaki aku sudah mencecah gigi air.

Kata orang, mati lemas antara cara kematian yang paling sakit. Tapi kalau aku boleh pilih cara kematian aku sendiri, aku mahu tenggelam dalam air yang akan mendakap seluruh tubuh aku. Aku mahu tidur dengan lena di dasar lautan yang dalam, dingin dan suram. Tiada bezanya dengan kehidupan aku sekarang. Apa guna hidup sekadar bernafas? Apa guna masih celik untuk sehari lagi kalau aku sendiri tak tahu fungsi aku atas muka bumi ini?

Air laut sudah mencecah paras lutut.

‘Teruskan menapak. Tempat lena kau malam ini yang abadi hanya beberapa langkah lagi. Beberapa langkah lagi, sakit ini akan berhenti.’ Suara di dalam kepala aku yang tak pernah berhenti berbisik muncul lagi.

“Cik Embun!” Kedengaran dari jauh sayup-sayup suara seseorang memanggil nama aku.

Biarlah apa mereka peduli? Kalau tidak kerana nama Andika Nadir di hujung nama aku, pasti tiada siapapun yang perduli tentang hidup mati aku. Hanya kerana aku membawa nama lelaki yang gah itu, aku tak boleh mati.

Satu lagi langkah aku ambil.

“Cik Embun!” Suara itu semakin dekat.

“Cik Embun!” Dia semakin hampir.

Langkah aku lajukan. Pantai ini landai. Agak jauh untuk aku tenggelam ke keabadian.

“Woi Embun Anggerik! Kau dah gila ke apa?!” Kali ini suara yang memanggil aku itu sudah membuang segala protokol.

Badan aku disauk kasar. Dia menarik aku untuk kembali ke pantai.

“Lepaskan aku! Lepaskan aku biar aku mati je! Apa kau kisah? Tak ada siapapun akan sedih kalau aku pergi.” Aku meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada pegangannya.

Dia ni dah gila ke apa? Berani dia sentuh aku?!

Dadanya kutumbuk kuat. Kaki dan tanganku meronta kuat sehingga kami berdua terjatuh dan basah. Aku terus menangis teresak-esak entah kenapa. Segala beban yang menghempap dada, segala rasa sesak yang kupendam lama semuanya aku luahkan dalam tangisan itu.

“Cik Embun, pandang saya cik. Pandang mata saya. Cik ni kena sampuk dengan hantu raya laut ke apa? Saya nak ruqyah tak reti. Nak cakap guna longhat Sabah, karang kena maki free dengan orang Sabah sebab rosakkan bahasa orang.” Dia bengang dengan aku.

Tentulah. Siapa sahaja yang nak kehilangan punca pendapatan? Dia dibayar beribu sebulan untuk menjaga aku. Hari ini genap setahun aku mendapat dia sebagai pengawal peribadi. Pengawal peribadi yang aku tak perlukan tapi diupah oleh Bonda untuk mengawal dan melaporkan setiap tindakan aku.

Alam Uzayr. Aku cuma tahu namanya. Dari mana Bonda kutip dia, apa niat dia dekat dengan aku langsung aku tak perduli. Dia orang Bonda. Walaupun dia cuba untuk rapat dengan aku, aku tak akan buka sedikitpun ruang untuknya.

“Cik Embun, sebelum balik esok kita singgah ke klinik. You need to be diagnosed. Cik Embun sakit.” Alam Uzayr bertegas.

“I’m fine. Leave me alone. Saya tak sakit.” Aku menolak mentah cadangannya.

“Jiwa Cik sakit. You need actual help. Esok saya sendiri yang akan pandu.” Dia masih berkeras.

“Kalau kau nak tolong aku, kau patut biar je aku. Kau tak patut halang aku. Kau ingat kau siapa?” Aku membentak.

“12 bulan saya dengan cik. Hari ni paling banyak patah perkataan cik cakap dengan saya. Nama saya Alam Uzayr. Saya kawan cik dekat Glasgow nanti.” Alam cuba mengubah topik.

“Sampai ke sana Bonda suruh kau ikut aku? Berapa banyak dia bayar kau?”Aku tersengih sinis.

“A scholarship in that medical school.” Dia kelihatan tersenyum senang.

“Jadi, nyawa aku ni tiket scholarship kau la? Aku kena terus menderita sebab kau nak masuk sekolah perubatan percuma. Macam tu?” Mata aku menikam tepat ke matanya.

“Cik tengok hujung laut tu. Midnight blue; cold, deep and dark. It suits you very well. Tapi cik, you don’t really want to go there and die kan? You just wanna know how does it feels to be alive. Even for a short period of time when your lungs gasping for air.” Kata-katanya tepat menyentap tangkai hatiku.

“You know nothing.” Aku tertuduk.

“Cik, kalau dah tak sayang nyawa, apa kata cik bagi dekat orang lain?” Cadangannya mengarut. Kalau aku boleh bagi nyawa aku, dah lama aku dermakan dekat Nenda aku. Satu-satunya orang yang sayang aku tapi dah meninggal sebab barah saraf.

“Shut up.” Aku sudah penat dengan dia. Aku tidak pernah bercakap selama ini dengan sesiapa.

“Kalau cik dah taknak hidup untuk diri sendiri, cik hiduplah untuk bakal pesakit cik. Cik hiduplah untuk staf hospital. Cik hiduplah untuk sebarkan kebaikan. Cik hiduplah untuk bantu orang lain. Sekurang-kurangnya bila betul-betul sampai ajal cik nanti, banyaklah kebaikan cik bawa bersama. Tak adalah straight masuk neraka tak keluar-keluar.” Begitu menusuk kata-katanya.

“Shut up I said! Diamlah kau tak tahu apa-apa. Kau ingat kau tu siapa?” Aku menjerit lalu menolak-nolak dadanya.

Kadang aku lupa. Islam itu agama aku. Agama yang sekadar wujud atas kad pengenalan. Jujurnya, hendak berselempang selendangpun aku rimas. Apatah lagi hendak bertutup litup. Rambut panjang aku sentiasa bersanggul tinggi dan kemas. Tudung aku bermusim. Kalau tak kerana Ramadan, pasti kerana ada kematian. Entahlah. Tujuan aku hidup atas muka bumi inipun aku tak tahu, apatah lagi nak hidup dengan peraturan agama yang aku kira terlalu banyak dan tegas.

“Esok saya bawa Cik Embun ke klinik ya?” Alam masih belum mengalah.

Tangan aku dipegang kemas supaya tidak lagi menyerang dia.

“Kau hantar aku ke klinik sama je macam kau nak bunuh aku. Aku tak boleh tinggalkan rekod pada sembarangan klinik. Apatah lagi kalau libatkan mental. Kau tahu syaratnya nak masuk sekolah perubatan. No mental illness record.” Aku cakna tentang perkara itu melebihi orang lain. Aku sudah disuakan perkara berkaitan perubatan sejak aku kecil lagi.

“Tapi kalau cik memang sakit, then…”

“Shut up.” Aku bangun daripada kebasahan air laut setelah memotong kata-katanya. Aku tahu lebih daripada dia tentang hal itu.

Dia turut berdiri dan membiarkan aku jalan di hadapannya terlebih dahulu. Mungkin bimbang aku lari kembali ke laut.

“Cik nak saya bancuhkan blackcurrant tea kegemaran cik ke sebelum cik tidur? Saya ada bawa just in case.” Alam bertanya.

Aku terhenti apabila mendengar pertanyaannya. Aku rasa tiada siapa yang tahu tentang teh kegemaran aku itu kecuali tukang masak keluarga aku.

“Tak perlu.” Aku menolak pelawaannya dengan dingin.

Aku tak perlukan kawan dalam dunia ni. Aku dah cukup terluka dengan manusia-manusia palsu yang konon akan ada untuk aku walhal pada hakikatnya mereka hanya mengambil kesempatan. Siapa sahaja yang tidak mahu berkawan dengan anak perempuan presiden kepada tiga buah hospital?

Bukan seorang dua, lima orang serentak. ‘kawan-kawan baik’ aku sejak tingkatan satu sehingga tamat SPM tikam aku daripada belakang. Aku yang bodoh. Aku ingat berkawan memang perlu bermodalkan duit. Aku tak kisahpun berbelanja untuk mereka. Siap bercuti di pulau lagi. Mereka tinggalkan aku sebaik sahaja tamat hari terakhir persekolahan kerana semua sudah kembali ke tempat masing-masing daripada sekolah berasrama atas alasan sibuk dengan kehidupan mereka. Memang, memang semua orang akan tinggalkan aku untuk hidup mereka. Aku ni tak penting. Aku tak pernah jadi prioriti sesiapa.

Aku pantas meninggalkan dia di belakang. Langsung aku tidak menoleh walaupun sedikit. Kaki menghala laju ke lobi untuk mengambil semula kunci yang aku tinggalkan.

Tanpa aku sedari, ada lensa kamera milik manusia durjana merakam setiap detik itu daripada awal kejadian lagi.

Let NurIzzahHani know what you thought about this chapter!

Further Recommendations

An Irish Match

readingtoday77: This story is so very sweet. I really like each main character's emotional evolution, especially Liam working through difficult past betrayal and tragedy to be able to take a chance and love again. The sex scenes were fiery and tender and so very moving, especially the scene when Maeve says that she...

Read Now
My Blacksmith Savior

apolloavr04: I love it. It's a great story.

Read Now
The Orc's Pet

Glenda Holmes: Good read!

Read Now
Hit and Run

ZaraPearl: I truly love the story, very intersting and lovely.Sebastian is a great character and yoda ..., all of it , though I expected more at the endingi5 would've been great

Read Now
Shattered Steel

laraivanic: This is completely stunning book, lots of heat and emotions and finally love with two different people who needs to earn and learn to be as one. Very great indeed!! Thank you for this, sincerely ♥️♥️

Read Now
THE WOMAN HE BOUGHT

Sandra: This story is very well written and suspenseful in parts highly romantic yet has its twists and turn loved it

Read Now
IVAN

Steve Worden: Very good read and extremely well written!

Read Now
The Iron Crown

Danielle_Anderson: Kira's training yard and her mirror feel like two different women, and the gap between them is where this opening does its best work. The clean arc of the sword, the shock running up through her wrists, the bright singing moment when only the blade exists, all of that is undone by the practiced soft...

Read Now
The Contract Wife

waiy: I genuinely loved reading The Contract Wife! The storyline is engaging and keeps you interested, making you want to continue reading and discover what happens next.One of my favourite moments was when she discovered that she was pregnant in Chapter 23. Interestingly, I had already started suspecting...

Read Now