Selamaku Bernafas
Share with your friends
Customize readability

Selamaku Bernafas

All Rights Reserved ©

Summary

Kawan. Ye itulah jawapan mereka bila disoal tentang hubungan. Kawan ke kalau masing-masing tahu perasaan antara satu sama lain? Kawan ke bila sentiasa jaga hati antara satu sama lain? Kawan ke bila kau ingat tarikh-tarikh penting tentang dia? Kawan? Tapi itulah hakikatnya antara Aileen Zandra dan Ariff Haikal. Ariff tidak mahu memberi harapan. Aileen pula sentiasa berharap. Ariff masih keliru, Aileen pula terlalu mendesak. Hubungan yang dulunya hanya sekadar kawan bertukar kepada kawan istimewa tanpa sesiapa sedar. Dengan hati yang masih keliru, Ariff terlepas pandang sesuatu. Dengan hati yang penuh pengharapan, Aileen terleka dengan layanan yang diterima. Saat hati yang setia terluka, semuanya berubah. Tiada lagi gurauan tanpa batas antara mereka. Masing-masing cuba menjauhkan diri. Namun satu hati tersakiti tanpa disedari. Aileen cuba merawat hati yang berdarah. Namun hampa, tetap nama itu melekat di hati walaupun banyak torehan yang ditinggalkan. "Bodohnya aku sukakan dia. Tolong aku. Aku tak mampu. Aku sakit sangat. Tolong aku. Kenapa susah sangat?" -Aileen Zandra- "Aku dah ingatkan kau dari awal lagi. Jangan pernah letak harapan yang tinggi. Maaf. Aku tahu aku salah. Maaf sekali lagi" - Ariff Haikal- "Leen, hati ni sifatnya berbolak-balik. Jadi jangan letak harapan pada aku. Aku tak nak kau sakit" -Ariff Haikal- "Arep aku minta maaf. Aku dah sakitkan diri aku send

Status
6yrs ago
Chapters
2
Rating
n/a
Age Rating
13+

PROLOG

Mata dia pejam rapat. Perlahan-lahan air mata mengalir membasahi pipi mulus gadis itu. Sunyi suasana bilik itu. Tiada esakkan yang terhasil. Semakin lebat air mata yang menuruni pipi gadis itu.

Kita kawan je Leen. Kenapa kau layan aku macam ni?

Kawan? Bertahun mereka bersama, tidak dia sangka itu yang keluar dari bibir lelaki itu. Selama ini apa? Hanya dia yang berangan? Kata-kata manis yang lelaki itu berikan, semuanya hanya atas dasar kawan.

Leen, kau dah janji kan tak nak cakap pasal ni dah. Kau janji dengan aku kau nak move on kan? Dah bertahun dah Leen. Tak kan kau masih suka aku?

Gelak halus terlepas dari bibir pucat gadis itu. Ye! Aku suka kau! Perlahan esak terlepas dari bibir gadis itu. Dari perlahan, esakkan itu bertukar menjadi raungan.

Tangan yang tadi layu tidak berdaya sudah muka bertindak memukuo dada sendiri. Cuba membuang perasaan yang bersarang. Aileen teresak kuat saat mata terpandang gambar lelaki itu dan dirinya yang dia bingkaikan di atas meja.

Wajah itu merah dan basah. Rambutnya juga tidak terurus. Dia sembamkan wajahnya di birai katil. Terduduk tubuh kecil itu di tepi katil.

Kau bodoh Aileen! Bodoh! Kenapa susah sangat Aileen? Tolong Aileen! Hati ni dah sakit sangat Aileen. Aku dah penat Aileen. Berhenti kejar dia. Tolong.

Tiada tanda esak akan berhenti. Aileen biarkan sahaja dirinya begitu. Dia penat. Dia penat dengan semua ni.

Seketika tiada lagi esak yang terhasil. Dia bangun dengan lemah. Kakinya melangkah ke tepi meja belajarnya. Gambar polaroid yang bergantung di situ dia lihat dengan mata yang panas. Perlahan tangan bergerak mencabut semua gambar dia dan lelaki itu. Semuanya dia susun dengan kemas dan dimasukkan ke dalam satu kotak yang terdapat di atas almari bajunya.

Semua yang berkaitan dengan lelaki itu dia masukkan ke dalam kotak itu. Kali ini Aileen tekad. Dia tak akan menoleh ke belakang lagi. Ini yang dia mahu. Ini juga yang lelaki itu mahu. Dia akan lakukan.

Sedang sibuk Aileen menyumbat semuannya ke dalam kotak, pintu biliknya dibuka dari luar. Aileen angkat pandangan. Wajah adik lelakinya, Aqasha menyapa matanya.

Sekali lagi Aileen lemah. Terduduk dia dengan mata yang kembali dibasahi air mata.

"Kak" luluh hati Aqasha melihat kakanya begitu. Dia tarik tubuh yang sedang teresak itu masuk ke dalam pelukkannya. Dia biarkan kakaknya melepaskan tangis di dadanya.

"Kak, jangan macam ni. Biarkan dia kak. Akak teruskan hidup akak. Jangan ingat dia lagi kak. Biarkan dia"

Aqasha cuba menuturkan ayat yang betul. Dia tidak mahu kakaknya bertambah tertekan. Lelaki itu memang kejam. Tapi, lelaki itu tidak salah sepenuhnya. Jadi, dia tak boleh terus menyalahkan lelaki itu. Kakaknya juga ada salah.

"Tolong akak, Qash. Akak dah penat. Kenapa Qash? Kenapa susah sangat akak nak benci dia? Kenapa?"

Aqasha buang pandang ke arah lain. Dia tiada jawapan untuk itu. Dia tak mampu melihat kakaknya begini. Dia biarkan soalan itu tanpa jawapan. Kepala kakaknya yang masih di dalam dakapannya dia usap.

"Kak, biarkan dia. Jangan fikir dah. Qash ada. Umi ada. As'ad ada. Kami sentiasa ada dengan akak. Kami sentiasa hargai akak. Allah ada kak. Biarkan dia kak"

Aileen angkat kepala saat dia sudah sedikit reda. Dia bersihkan wajahnya. Senyum nipis terlakar di wajahnya. Dia pandang wajah adik lelakinya itu.

"Akak lapar. Jom makan?" serak suara itu bersuara. Penat menangis. Sekarang dia lapar.

Aqasha lepas gelak dengan ajakkan kakaknya. Dia angguk dan tarik tangan kakaknya supaya tubuh itu bangun.

"Jom. Umi masak sambal udang. As'ad tu hantu udang juga tu. Ha cepat, habis nanti budak tu makan"

Laju Aileen berlari ke tingkat bawah saat mendengar kata-kata Aqasha. Dia tak sanggup untuk menangis kali kedua kalau sambal udang yang umi masak habis dimakan adik bongsunya.

<----------------------------->





Next Chapter

Let AdiLies know what you thought about this chapter!

Further Recommendations

The Alpha's Exiled Mate (ON HOLD)

Catherineb83: Story good just would have liked her not to wear a mask

Read Now
Bear Shifter Secrets

tatianne Ingrid: Adorei cada capitulo! parabens

Read Now
The zatorian

lunaartsoul___: I loved the way your story unfolds. The emotional depth and structure made it feel very engaging, almost cinematic at times.I’m someone who enjoys both reading and visual storytelling, and your work really stood out to me. If you’re open to chatting about creative ideas someday, I’d love that.

Read Now
My Blacksmith Savior

apolloavr04: I love it. It's a great story.

Read Now
Going For The Goalie

S.TYTECA: I really enjoyed reading this book! The story was engaging and kept me interested throughout. There were a few minor spelling errors here and there, and some parts felt a little drawn out for my personal taste, but that’s purely subjective. Overall, it was a lovely read, and I genuinely enjoyed the ...

Read Now
Ruthless Lord

susiebear2012: Realy enjoyed this so looking forward to more.great story line hope they can achieve getting away from the kings burden. Truly amazing well written well done.

Read Now
Hit and Run

ZaraPearl: I truly love the story, very intersting and lovely.Sebastian is a great character and yoda ..., all of it , though I expected more at the endingi5 would've been great

Read Now
Rebuilding After Betrayal

Lynne: Very enjoyable short story good characters and they all found love n honesty.

Read Now
The Easter Bunny

Talia Kendrick : Honestly I love the book. Here is how I feel about each character: Detective Kayla is an Idiot, I can't stand this lady and I feel so bad for braelyn and Phoenix because after everything they have been through it makes me angry that they have to go through this again. Sure Phoenix doesn't know about...

Read Now