Introduction of Lillahi Ta'ala, Aku Mencintaimu...
"Saya cintakan awak kerana Allah dan saya lepaskan awak juga adalah kerana-Nya."
Genre: ROMANCE
WATAK DAN PERWATAKAN
HERO 👑
RAYYAN HARITH BIN TAN SRI AFFENDI
HEROIN 👑
AISYAH HUMAIRA BINTI KHALID
WATAK SAMPINGAN
RAISHA HANANI
IMAN RAYKAL
RAIHANA NURLISA
MUHAMAD AZAM SHAH
ARYAN LOUIS
DANIA DANISHA
SHAHRIZAL IMRAN
SINOPSIS ❤
Tujuh tahun yang lalu, mereka terpisah dalam keadaan yang tidak baik.
Seorang dengan hati yang terluka kerana dikasari dan dihalau pergi. Manakala, seorang lagi dengan hati yang ralat kerana satu-satunya manusia yang mengajar erti cinta dan memberi kekuatan tidak menerima kata maafnya.
Seorang Rayyan Harith, kehilangan demi kehilangan yang dihadapi membuatkan jiwa lelakinya mati kerana peritnya rasa yang bermukim di dada.
Hadirnya seorang Aisyah Humaira di dalam hidup mengajarnya apa itu debaran cinta serta mendidik jiwanya agar lebih cekal dan tabah dalam ujian yang harus ditempuh.
"Mungkin aku perlukan kau kot, untuk jaga aku."
Tetapi, pertemuan itu adalah pada waktu yang salah, iaitu waktu di mana hatinya masih terperangkap dengan dendam dan amarah di masa lalu sehinggakan dia sanggup menyakiti sekeping hati lembut milik gadis itu.
"You are nothing, Cik Humaira. Hadam dalam kepala otak kau tu! YOU ARE NOTHING! Kau bukan sesiapa dalam hidup aku. You got that? I don't want to see your face anymore! Now... YOU CAN GET LOST!"
Wanita itu terus berlalu tanpa pesan dengan membawa hati yang parah terluka. Pembetulan. Bukan dia sahaja yang tersakiti. Tetapi, hati aku juga turut merasa sakitnya.
"Fine! Kau nak sangat pergi, pergi! Pergi! Semua orang nak tinggalkan aku? Then, just leave me! Mama dah tinggalkan aku, papa pun nak tinggalkan aku and now kau? Hahaha! Ok good! I don't need anyone! I can survive alone!"
Setelah masing-masing lebih matang dan berdikari, pertemuan kedua kembali tercipta di antara mereka.
"Did you miss me, Cik Humaira?"
"Tak! Saya takkan rindu orang yang tak pernah anggap saya ni siapa-siapa dalam hidup dia!"
I know you miss me, Cik Humaira.
Pandangan kau, renungan kau...
Semua itu sudah cukup untuk menjelaskan dan membuktikan yang aku, seorang Rayyan Harith tidak pernah disingkirkan daripada hati dan juga hidup kau.
Tetapi, kenapa...
Kenapa takdir seolah-olah tidak berpihak kepada seorang Rayyan Harith?
Wanita itu sudah mengikat tali pertunangan. Pertunangan bersama seorang lelaki yang bukan tidak dikenali olehnya.
"Bukan ke ni student Sya dulu, kan? Kita pernah jumpa kan?"
Peritnya hati apabila si dia langsung tidak membuka cerita. Dia tahu aku mengharapkannya. Tetapi, kenapa dia memilih untuk membisu?
"Maaf untuk yang mana satu? Yang kau tak bagitahu kau dah ada lunch date dengan dia? Or maaf untuk yang kau tak pernah nak bagitahu aku pun yang kau dah bertunang?"
Ego.
Ya, dia nampak ego yang terukir di dalam diri wanita itu. Ego yang hadir kerana terkesannya dengan ego seorang Rayyan Harith pada tujuh tahun yang lalu.
Setelah sekian lama mencuba untuk menawan hati si dia, muncul pula adik kepada si cinta hati yang memberi amaran kepadanya supaya kakaknya dijauhi.
"Just don't ruin everythings. Abang Im cukup baik pada kami sekeluarga. Abah dengan ummi dah berkawan lama dengan keluarga Abang Im. Abang Im yang menjaga kami waktu Kak Aira sambung study dulu. So, please... I'm begging you. Walau apa jugak yang kau rasa pada Kak Aira, tolong... Jangan rosakkan hubungan pertunangan dia."
Dia terpaksa akur dan membiarkan wanita itu pergi kepada yang berhak. Lagipun, wanita kesayangannya itu juga tidak pernah bersuara untuk membalas perasaan cintanya.
Jadi, untuk apa dia terus bertahan, kan?
"Lillahi Ta'ala, aku mencintaimu..."
Bukan mengalah kerana aku kalah tetapi kerana aku tahu, aku bukan yang terbaik baginya.
"Saya cintakan awak kerana Allah dan saya lepaskan awak juga adalah kerana-Nya."
Selamat tinggal, Aisyah Humairaku...
TIMELINE:
STARTED - 29 0CT0BER 2017
FINISHED - 19 FEBRUARY 2018
(FIRST EDITION)
STARTED - 22 MARCH 2018
FINISHED - 16 FEBRUARY 2020
(SECOND EDITION)










