Love You Encik Husband
Share with your friends
Customize readability

Love You Encik Husband

All Rights Reserved ©

Summary

Arrian Ryden Naufal, nama yang tidak asing lagi di dalam dunia perniagaan. Mempunyai paras rupa yang diidamkan oleh semua wanita di luar sana. Namun tidak pernah sekali pun dia melayan wanita yang tergila - gilakan dia. Nur Hawa Natasha, seorang gadis yang berasal dari kampung. Seorang yang periang, sopan dan juga lemah lembut. Perkenalan yang sangat singkat membawa mereka ke alam perkahwinan walaupun mendapat bantahan dari Puan Sri Ratna. Tapi berbeza pula dengan Tan Sri Kamal, dia setuju sahaja apabila anaknya menyatakan hasrat mahu berkahwin dengan gadis pilihan. "Mama tak pernah izinkan Ian kahwin dengan perempuan kampung ni!"- Puan Sri Ratna "Mama keputusan Ian muktamad."- Arrian Ryden Naufal "Papa setuju je dengan pilihan hati anak papa. Asalkan kamu berdua bahagia papa dah bersyukur."- Tan Sri Kamal Puan Sri Ratna tidak pernah putus - putus mahu mengahwinkan Arrian Ryden Naufal dengan anak kawannya, Rina. Tapi di bantah sekeras - kerasnya oleh Arrian Ryden Naufal. "One day you will be mine, Ian."- Rina Satu fitnah yang membuatkan hatinya hancur luluh membuatkan dia mengundurkan diri ke suatu tempat untuk mencari ketenangan. "Sayang ni semua fitnah. Abang tak pernah buat semua tu."- Arrian Ryden Naufal "Maafkan Hawa bang. Hati Hawa sakit sangat. Izinkan Hawa pergi buat seketika."- Nur Hawa Natasha Apa yang akan terjadi?

Status
6yrs ago
Chapters
2
Rating
n/a
Age Rating
16+

Bab 1

Cara jalan sahaja membuatkan semua wanita terpana melihat, inikan pula wajah yang sedia tampan dan kemas bersut membuatkan semua wanita mahu berdamping di sisi lelaki itu. Dengan poket tebal, muka yang rajin masuk majalah muka hadapan dan paling penting kerjayanya sebagai seorang CEO di syarikat terkemuka di Malaysia membuatkan dirinya menjadi igauan para wanita. Tapi sayang, dia tidak pernah melayan mana - mana wanita yang cuba mendampinginya. Walaupun begitu, dia selalu sahaja menyedekahkan senyumannya pada sesiapa sahaja.

Dia menapak masuk ke dalam lobi syarikatnya, sapaan dari para pekerja di balas dengan senyuman dan anggukan kepala. Dia masuk ke dalam lif untuk ke tingkat 10 dimana pejabatnya berada.

Keluar sahaja dari lif, sapaan dari para pekerja yang bekerja di tingkat itu di balas sama. Dia melangkah menuju ke bilik setiausahanya.

"Morning boss."sapa Kak Mila sambil berdiri tanda hormat pada bosnya itu.

"Pagi Kak Mila. After this, masuk pejabat saya ye."kata Arrian dengan nada yang lembut.

"Baik encik. Nak apa - apa air tak? Kak Mila boleh buatkan."soalnya sambil memandang tepat ke arah majikannya itu.

"Hmm kopi lah kak. Saya masuk dulu."ujarnya sebelum meninggalkan bilik setiausahanya.

Pintu bilik dikuak dari luar, dia menapak masuk sambil sebelah tangan menjinjing briefcase miliknya manakala sebelah lagi membuka butang balzer yang kemas terletak di badan tegap miliknya. Dia meletakkan briefcase nya di atas meja sebelum blazernya dibuka dan diletakkan di penyandar kerusi pejabatnya. Dia duduk di atas kerusi tersebut sebelum membuka laptopnya yang berjenama Apple .

Tok tok

"Masuk!"jeritnya sambil mata memandang tepat ke arah skrin laptop itu.

Muncul Kak Mila sambil menatang dulang yang berisi kopi panas milik Arrian.

"Ni kopi encik."kata Kak Mila sebelum meletakkan kopi itu di atas meja dengan berhati - hati.

"Thanks Kak Mila. Hari ni saya ada apa - apa perkara yang penting ke?"soalnya.

"Ada satu je lah. Dalam pukul 9.30 karang ada supplier datang untuk bincangkan tentang projek hotel dekat Negeri Sembilan tu."terang Kak Mila sambil memerhati buku yang penuh dengan jadual majikannya.

Arrian mengangguk tanda faham. Jam tangan di lihat. Ada lagi setengah jam sebelum client nya sampai. Sempat untuk dia menyiapkan kerja sedikit.

"Nanti kalau dorang dah sampai, Kak Mila suruh dorang tunggu dalam meeting room . Nanti Kak Mila bawakan fail kewangan sekali."arahnya dan perkara itu dicatat oleh Kak Mila.

"Okey. Ada apa - apa lagi?"soal Kak Mila.

Arrian menggeleng.

"Kak Mila keluar dulu ye."pamit Kak Mila sebelum keluar meninggalkan Arrian di dalam pejabat.

........

"Abah, nanti jangan lupa ikan keli ye. Hawa dah lama tak makan keli bakar."ujar Hawa yang memerhati abahnya memakai kasut untuk ke sawah.

"Iye lah Hawa. Nanti abah bawakan ikan keli kegemaran Hawa tu."ujar Pak Samad sambil tersenyum pada anak tunggalnya itu.

Hawa tersengih - sengih apabila ayahnya berkata begitu. Dia menghulurkan bekal buat ayahnya yang sudah siap memakai kasut.

"Haish, Hawa ni. Cuba lah bawa - bawa kurangkan makan ikan keli tu."tegur Mak Leha yang baru muncul di bawah rumah.

"Tak ada lah mak. Mana ada Hawa makan ikan keli tu selalu mak. Sebab dah lama tak makan lah Hawa mintak abah bawa balik ikan keli tu."kata Hawa dengan senyuman tak lekang di bibir merah jambunya itu.

"Iye lah tu Hawa. Nah bakul baju bawak masuk bakul ni lepastu tolong lipat ye. Mak nak ke kedai Mak Riah kejap."arah Mak Leha sebelum menghulurkan bakul yang berisi pakaian bersih. Hawa hanya mengangguk sebelum menyambut huluran itu.

"Awak nak ke kedai Riah ke. Mari lah abang hantarkan sekali ke sana."ajak Pak Samad sebelum menaiki motor Honda lama. Enjin motor dihidupkan.

"Hah elok lah tu. Sekejap saya nak betulkan kain batik saya ni. Karang terlondeh pulak."kata Mak Leha sebelum simpulan kain batik itu dibetulkan.

"Abah, hati - hati bawa motor tu. Mak hati - hati dekat belakang tu."pesan Hawa.

"Hah iye lah. Hawa jaga rumah."pesan pula Mak Leha pada anaknya.

Sebaik sahaja motor ayahnya hilang di halaman rumah, Hawa terus sahaja masuk ke dalam rumah dan menutup pintu rumah. Dia duduk di ruang tamu dan melonggokkan segala pakaian yang sudah diangkat oleh maknya tadi. Kemudian, dia melipat pakaian itu dengan kemas.

.....

"Assalamualaikum."sapa Arrian di muka pintu rumah. Dia membuka kasut dan diletakkan di dalam rak kasut sebelum menapak masuk ke dalam rumah agam milik mama papanya.

"Waalaikumussalam. Awal Ian balik hari ni?"soal Tan Sri Kamal yang duduk di ruang tamu.

"Balik awal lah pa. Esok nak pergi tengok site dekat Negeri Sembilan."katanya lalu duduk di sebelah bapanya.

Tan Sri Kamal mengangguk tanda faham.

"So how?"soal Tan Sri Kamal yang ingin tahu tentang projek itu.

"So far okey. Mana mama?"soalnya sambil mata melilau mencari kelibat mamanya.

"Dekat atas."kata Tan Sri Kamal.

"Tan Sri ni airnya. Encik Ian nak air apa - apa ke? Mak cik buatkan."kata Mak Cik Habsah.

"Eh tak apa mak cik. Saya nak naik rehat. Pa, Ian naik dulu lah eh. Nak rehat."katanya sebelum bangun dari duduk.

Tan Sri Kamal dan Mak Cik Habsah mengangguk sebelum Mak Cik Habsah meninggalkan ruang tamu. Arrian melangkah menaiki tangga untuk ke tingkat atas.

Masuk sahaja ke dalam bilik, briefcase nya diletakkan di atas meja kerjanya sebelum tubuh tegapnya di hempas di atas tilam empuk.

"Ah, leganya dapat baring."katanya seorang diri. Matanya dipejam rapat. Tidak sampai beberapa minit matanya yang terpejam kembali terbuka. Dahi ditepuk perlahan.

"Astaghfirullahalazim. Tak asar lagi, nasib tak terlelap lagi. Haish, penat - penat juga Ian. Solat jangan lupa."bebelnya seorang diri. Dia bangun dari perbaringannya sebelum menapak ke arah bilik air dengan penuh longlai.

Next Chapter

Let nurfatihahaa know what you thought about this chapter!

Further Recommendations

The Rewrite

Kate Schimmer Child: Amazing plot and characters. And so impressive you’ve written a story inside a story. Can’t wait to read more of your work ❤️

Read Now
The Alpha's Exiled Mate (ON HOLD)

Catherineb83: Story good just would have liked her not to wear a mask

Read Now
The zatorian

lunaartsoul___: I loved the way your story unfolds. The emotional depth and structure made it feel very engaging, almost cinematic at times.I’m someone who enjoys both reading and visual storytelling, and your work really stood out to me. If you’re open to chatting about creative ideas someday, I’d love that.

Read Now
To Catch a Ghost, Part 1

Wendy Salvo: I really liked this story but now that I’ve read all three I wanted to come back with a thought, the forward on this story talks about a reverse harem and not having to choose, but there isn’t any choice, or thought of a harem until the moment she connects with them, there is only foreshadowing of o...

Read Now
My Blacksmith Savior

apolloavr04: I love it. It's a great story.

Read Now
THE WOMAN HE BOUGHT

AARADHYA BAISLA: This wo soo so so nice I loved the storyline 👏💗

Read Now
PARIS IN THE DARK

starlit_soul: The story was beautifull. I hope that every paris find her julien who heals her.

Read Now
Half-Claimed

vivcarroll: Good story line looking forward to find out the rest of what’s going to happen

Read Now
After Letting Go

Anita: I like the pace of the story, no drawn out time lines and inputting unneccesary information

Read Now