Mr.Hot Sedingin Aisberg
Share with your friends
Customize readability

Mr.Hot Sedingin Aisberg

All Rights Reserved ©

Summary

1st story by SN Status: Completed (Editing in progress) Warning:You have to be mature enough to read this story. Plagiarism are forbidden, copyright reserved. Genre: Romantic, Mystery & Humor. Berkahwin dengan En.Hot yang sedingin Aisberg bukanlah sesuatu yang indah. Kerena jodoh mereka dipertemukan. Buat hati Seri Ayuni gila bayang. En.Hot pula berjodoh dengan Seri Ayuni bukanlah keinginannya. Hatinya milik seseorang yang Pasti bukan Seri Ayuni. Hati Seri Ayuni telah dicuri pada hari pertama pertemuan mereka. Namun Tengku Zein Luftman? Namun mereka disatukan juga. Seri sudah berjanji untuk memenangi hati Tengku Zein Luftman. Pelbagai dugaan menimpa di dalam melayari rumahtangga. Pada akhirnya Seri menyerah. Tengku Zein Luftman bukan takdir untuknya. Date Published: 22.01.2018 Date Completed: 16.03.2019 1st Published on Novelplus. 2nd published on Wattpad. 3rd published on Inkitt.

Status
6yrs ago
Chapters
5
Rating
5.0 (1 review)
Age Rating
18+

MHSA | Bab 1

PAGI yang tergesa-gesa.

"Seri! Seri Ayuni." Laung satu suara.

Pantas Seri menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Matanya dikecilkan. Maklum lah rabun jauh. Tak bawa cermin mata sebab nak cepat pagi tadi. Ni semua Surya Hani punya pasal.

Setelah dapat menangkap objek yang berada beberapa meter di hadapannya barulah dia menarik nafas lega.

"Hmm... kau Ian. Aku ingat lelaki kurus mana duk jerit nama aku macam Tarzan. Hah! Kenapa? Aku dah lambat ni nak masuk kerja. Nanti Sir Yong marah pula." ujurku setelah Adrian semakin merapat.

Ha! Ini Adrian Tan. Dia manager kilang tempat aku kerja. Merangkap anak saudara owner kilang yang aku kerja sekarang. YTM Electronic Sdn Bhd. Yong Tak Ming atau kita orang panggil Sir Yong adalah nama tuan punya kilang. Adrian Tan juga adalah seorang mualaf. Dia ni kategori bahaya kalau dilayan. Boleh buat hati gadis meleleh-leleh macam ais kepal En.Din sebelah jalan tu.

Jiwang karat!

"Stop calling me kurus okay. I'm not that kurus yang sampai tahap tiup angin, melayang. Just nice," jawabnya. "Kalau nak angkat you pun I boleh lagi tau. And... don't worry, stamina I kuat and takkan mudah semput." tambahnya lagi. Sambil mata kiri dikerdipkan sekali.

Menjengkil mata Seri dibuatnya. Sambil mulut diherotkan sedikit. Gila punya apek! Pekemende melalut sampai ke stamina bagai? Hisy!

Adrian menilik gadis genit di hadapannya.

Wah cantiknya dia hari ni... Tak sangka kalau tak pakai spek mata bulat dia tu, lagi nampak cantik rupanya dia. Mata bulat macam anak patung. Bulu mata panjang dan lentik macam pakai bulu mata palsu. Kening pulak hitam lebat dan sangat terbentuk. Bukan cukur ya. Itu haram. Memang sesuai jadi wa punya LAO PO. Lao po apa? Alah! Bini la...

"Kau ni dah kenapa Ian. Tak payah puji-puji sangat la. Your practical jokes tak laku kat aku. Tak dapat faedah pun. Dan tak payah nak show-off sangat. Tahu la kau tu handsome tahap artis-artis Korea tu."

"Eh! You silap, I hanya puji pada orang yang I suka saja tau. Tak semua dapat pujian dari I yang memang mahal dengan pujian ni. And thanks sebab you mengaku I ni handsome." ujurnya teruja.

"Itu yang sampai Miss Naily gila bayang kat kau tu."

Memang tak dinafikan Adrian bukan la tiada rupa malah dia salah seorang jejaka terhangat di kilangnya. Berpewatakkan menarik, charming dan romantik.

Tapi satu yang aku suka dari Adrian Tan ni, dia tak mudah ambil kesempatan pada orang perempuan. Dia tahu batas halal dan haram. Well, he did perfectly for being a true Muslims.

"She's not my taste, Seri. You know what kind of girl I like. Aren't you?"

Ah sudah. Mula lah nak mengayat. Tak boleh jadi ni aku kena bla dari sini cepat. Kang tak pasal-pasal kecoh satu kilang. Mulut orang kilang ni mana boleh tutup.

"Eh! Ian aku gerak dulu la. Lambat sangat dah ni." Seri kerling jam di tangannya. 8.30 pagi! Alamak! Aku betul-betul lambat dah sebab si apek ni.

Seraya itu Seri pantas mengorak langkah sambil melambai sekali kearah Adrian Tan.

Adrian Tan hanya mampu tersenyum bila gadis yang diminati dalam diam itu berlalu. Kalut sungguh kalau aku mengayat dia. Gelabah pun comel.

"Don't worry my love. One day you will be mine." ujarnya perlahan. Tak salah menyimpan angan. Berangan itu free ya. Tapi aku tetap akan berusaha mendapatkan dia.


* * *

Semua kerja jadi terganggu bila mata tidak mengikut kehendak tuan. Banyak pulak barang reject dari line hari ni. Kenapa lah hari ni juga spek aku boleh patah? Mata dikecil dan dibesarkan agar kanta mata dapat melaras dengan betul. Makin penat jadinya bila haru meneliti komponen terlalu kecil yang memerlukan penelitian yang tepat.

Seri merasa perit dihujung mata. Sedikit mata dipejam rapat lalu dibuka kembali. Ah! Tak boleh jadi ni. Aku kena balik. Kalau tak, confirm terkeluar biji mata aku nanti. Mata bukan ada jual di pasar malam!

"Dua seringgit! Dua seringgit! " Terus Seri teringat ayat yang selalu Mael gunakan dari cerita animasi kegemaran anak-anak Malaysia. Upin Ipin! Seri pun tidak ketinggalan.

Setelah penyelia diberitahu, aku terus menghayun langkah keluar dari kawasan kilang.

Aplikasi Grab aku buka. Menaip lokasi ingin ku tuju. Yes! ada juga yang ingin ke lokasi yang sama. Tanpa menunggu lama, aku terus membuat pilihan. Ok, waiting time 10 minit.

For info, aku pergi kerja memang naik grab car aje. Kalau tak, aku drive sendiri. Memandangkan memang keadaan aku tak mengizinkan untuk aku memandu, jadi inilah solusi akhir yang ada. Malas nak ambil teksi. Mahal! Lagipun bagusnya Grab ni menjimatkan masa dan... duit!

Tanpa menunggu lama, kereta yang aku tunggu tiba. Saat aku melihat dengan teliti, rahang ku terbuka luas. Mana taknya, Skyline GT-R berwarna silver yang menunggu!

Biar betul? Aku memeriksa kembali aplikasi grab untuk memastikan sesuatu. Nombor plat dah betul. Jenis kenderaan... Nissan Skyline GTR? What? Terbuntang mata aku dibuatnya. Kenapa aku tak tengok benda ni tadi?

Tanpa membuang masa kaki mengatur langkah ke arah kereta itu. Sedang ralit menilik kereta tersebut, tiba-tiba cermin pintu sebelah kiri diturunkan.

Spek hitam yang terletak cantik di atas hidung ditanggalkan. Lelaki itu menundukkan sedikit kepalanya agar dapat melihat penumpangnya.

"Seri Ayuni?"

Tilikan Seri Ayuni terhenti.

"Ha—Ya saya."

Gadis yang berdiri dipintu penumpang diperhati.

"Cepat naik saya nak cepat ni." Desaknya.

"Ha! Okay—okay!" Terus Seri meloloskan dirinya setelah pintu penumpang dibuka dari luar.

1 saat, 2 saat, 3 saat... Aik? Kenapa kenapa tak bergerak lagi? Tadi bukan main kata nak cepat sangat.

Aku menoleh ke arah pemandunya.

Zapp!

Mata kami bertemu... lama! Seolah-olah baru tersedar, Zein berdehem beberapa kali.

"Your seatbelt." ujurnya.

"Oh, Sorry..." pantas aku menarik seatbelt. Namun hampa. Eh! Kenapa ni? Jangan la buat hal time macam ni.

Melihat Seri Ayuni terkial-kial. Pantas Zein menghulurkan bantuan. Namun tidak disedari tindakannnya itu membuatkan Seri Ayuni hampir tidak berkutik. Malah hampir membuat gadis itu lupa menyedut udara.

Sehinggakan setelah beberapa minit kereta bergerak pun, posisi gadis itu masih statik. Diam tak berkutik. Mata Seri Ayuni seperti digam kehadapan. Mata yang luas terbuka juga masih lupa dikerdipkan. Mulut yang sedikit terbuka, menambah rasa kepanikkannya.

Parfum yang dipakai lelaki itu juga sempat mengganggu emosinya. Bau dia... sungguh.... maskulin...

Zein Luftman yang melihat aksi jadi senyum tiba-tiba. As usual. All woman are the same. Namun tidak dinafikan ada kelainan pada Seri Ayuni. Kelainan yang dia sendiri tidak menyedarinya.

Melihat Seri Ayuni masih dengan situasi tadi. Zein Luftman menegur.

"Don't hold your breath too long. You might be dead by any minute." ujurnya bersahaja namun cukup membuat Seri tersedar dari lamunan.

Seri Ayuni yang baru merasa tidak cukup oksigen waktu itu pantas menarik seluruh molekul-molekul udara yang ada melalui hidjungnya. Berkali-kali sehinggalah dia dapat bernafas seperti biasa. Gila! Sampai tak cukup nafas kau Seri! Buat malu kaum saja. Awat kau tak senonoh sangat ni?

Seri Ayuni kelihatan terpinga-pinga sendiri.

"Kita dah sampai mana?" tanya aku.

"Jalan Kiambang. 15 minutes from now, sampai."

"Ohhh..."

Setelah memastikan kesahihannya? Seri cuba mengawal emosi yang sejak tadi tidak sehaluan dengan tuannya.

Ya Allah... Jauhkanlah hatiku dari godaan syaitan yang sememangnya mahu menyesatkan anak Adam. Doanya dalam hati. Hati terasa mahu melompat keluar dari tingkap. Jari-jemarinya menjadi sejuk tak semena-mena. Demi menutup gugup, Seri membuang pandang ke luar tingkap.

Di tempat Zein Luftman pula, dia seakan-akan terpaku melihat keindahan yang dimiliki Seri Ayuni. Hatinya berdetak kencang. Walhal dia tidak pernah merasakan dimana-mana perempuan yang telah dijumpai selain 'seseorang'. Seseorang yang pernah mengisi hatinya.

Penampilan Seri Ayuni dikilas. Uniform yang dikenakan seperti uniform kilang. Minah kilang rupanya dia. Melihat lagi keatas, walaupun mengenakan tudung bawal polos sahaja namun gadis itu sudah tampak cantik dimatanya. Keindahan mata yang memukau. Hello! Zein, she's not you type! Kat club lagi cantik dari ni kau boleh dapat.

Tidak lama, Zein Luftman tersentak dengan jeritan yang datang dari kerusi penumpang itu.

Srettt...

Pedal break ditekan mengejut. Tayar kereta bergeser kuat diatas permukaan jalan raya. Kereta berhenti dengan serta merta. Serentak tubuh Seri terdorong ke depan. Seri menggosok-gosok dahinya yang terhantuk di permukaan dashboard. Perit.

"What the hell!" Zein membuang wajah kearah Seri. "What are you trying to do? Hah? You wanna make me die?" tengkingnya. Sialan. Terkejut aku. Nasib tak ada kereta dibelakang keretanya.

"Sorry—Sorry—Sorry," Gagap Seri memohon maaf sambil menahan sakit di dahinya. Seri membuang wajah ke suatu tempat. "Boleh awak tunggu kejap tak?"

"What?! Are you kidding me girl?" Zein menunjukkan wajah ketidakpuasan hatinya pada Seri.

Nak cakap tak boleh la tu? Huh!

"Boleh tak? Kalau tak boleh, tak apa. Ni duit awak." Seri meninggalkan not RM20. Itu bukanlah harga tambang sebenar tapi Seri sengaja memberi lebih. Walaupun harganya tak sepadan langsung dengan kereta mahal yang aku naiki. Harga tambang yang tertera di dalam senarai harga selepas pengesahan dilakukan adalah lebih rendah dari jumlah yang Seri bayar.

Tanpa menunggu jawapan darinya, Seri terus keluar dari perut kereta.

Zein Luftman yang masih dengan mood marahnya tidak peduli. Biarlah. Pandai-pandailah dia cari kereta lain lepas ni. Baru ura-ura ingin beredar, Zein sempat kerling cermin pandang belakangnya.

What is she doing?

Bola matanya sempat menangkap susuk tubuh itu berlari-lari anak mendapatkan seorang lelaki tua yang memegang tongkat putih ditangan kanannya. Manakala tangan kiri memegang jari anak lelaki kecil lingkungan 7 tahun.

Dari pandangan Zein Luftman, Seri membantu pakcik itu dan anaknya untuk melintas jalan. Kelihatan Seri juga sedikit teragak-agak untuk melintas. Berkedut-kedut dahi wanita itu. Namun dalam beberapa minit akhirnya dia berjaya sampai keseberang. Seri juga sempat menghulurkan sesuatu kepada orang tua itu. Mulanya orang tua itu menolak, namun Seri tetap memasukkannya kedalam poket baju lelaki tersebut.

Melihat tingkah laku Seri, Zein terdetik bangga. Ada lagi orang yang menitik-beratkan hal orang lain dari dirinya sendiri. Yalah. Kalau dilihat dari pandangannya Seri bukanlah wanita yang mahu menunjuk-nunjuk kebaikannya. Gadis itu seolah-olah senang melakukannya. Senyum juga sentiasa terukir dibibir. Tampak keikhlasannya.

Zein, wakeup! Why don't you just ignore her? The same thing as you treat the other girl.

But she's different. She has something that I can't describe with. Who's she?

Oh! No Zein! Don't you think to like her? Think of what happened to you in the past?

Ahhh! This is bullshit!

Zein Luftman meneruskan pemanduannya menuju kedestinasi sebenar. Meninggalkan perasaan yang hampir saja membunuhnya kali kedua. Cukuplah. Aku dah serik.


Bersambung...

Let SN.HikayatPenaBiru know what you thought about this chapter!

Further Recommendations

The Alpha's Exiled Mate (ON HOLD)

Catherineb83: Story good just would have liked her not to wear a mask

Read Now
Bear Shifter Secrets

tatianne Ingrid: Adorei cada capitulo! parabens

Read Now
The zatorian

lunaartsoul___: I loved the way your story unfolds. The emotional depth and structure made it feel very engaging, almost cinematic at times.I’m someone who enjoys both reading and visual storytelling, and your work really stood out to me. If you’re open to chatting about creative ideas someday, I’d love that.

Read Now
My Blacksmith Savior

apolloavr04: I love it. It's a great story.

Read Now
Going For The Goalie

S.TYTECA: I really enjoyed reading this book! The story was engaging and kept me interested throughout. There were a few minor spelling errors here and there, and some parts felt a little drawn out for my personal taste, but that’s purely subjective. Overall, it was a lovely read, and I genuinely enjoyed the ...

Read Now
Ruthless Lord

susiebear2012: Realy enjoyed this so looking forward to more.great story line hope they can achieve getting away from the kings burden. Truly amazing well written well done.

Read Now
Hit and Run

ZaraPearl: I truly love the story, very intersting and lovely.Sebastian is a great character and yoda ..., all of it , though I expected more at the endingi5 would've been great

Read Now
Rebuilding After Betrayal

Lynne: Very enjoyable short story good characters and they all found love n honesty.

Read Now
The Easter Bunny

Talia Kendrick : Honestly I love the book. Here is how I feel about each character: Detective Kayla is an Idiot, I can't stand this lady and I feel so bad for braelyn and Phoenix because after everything they have been through it makes me angry that they have to go through this again. Sure Phoenix doesn't know about...

Read Now