ORKED
Share with your friends
Customize readability

ORKED

All Rights Reserved ©

Summary

"Plan pertama, golakkan rumah tangga Zarina dan Tengku Akyar. Kedua, goda Tengku Akyar. Ketiga, perangkap Tengku Akyar ke alam perkahwinan. Hal perkahwinan itu belakang cerita. Aku tetap juga nak Tengku Akyar." - Tengku Orked. Selepas mendapat berita mengenai Tengku Akyar akan bernikah dengan gadis pilihan, Tengku Orked panas hati. Bagi Tengku Orked, Tengku Akyar harus menunaikan janjinya lima tahun yang lepas iaitu sumpah Tengku Akyar akan menikahinya dan berjanji akan menyatakan hasrat mereka itu kepada Tengku Alfa. Tengku Orked tidak peduli walaupun sudah mengenali Zarina lebih lama dari mengenali Tengku Akyar. Malah sudah menganggap Zarina seperti kakak kandungnya sendiri. Hubungan yang terjalin di antara Tengku Orked dan Zarina hancur berkecai hanya kerana Zarina hamil zuriat Tengku Akyar.

Genre
Romance
Author
Drizellla
Status
6yrs ago
Chapters
5
Rating
n/a
Age Rating
18+

BAB 1

KLIA, 2019

Tengku Orked mengangkat lehernya panjang. Menghamparkan pandangan ke arah segerombolan manusia yang sedang menanti ketibaan ahli keluarga mereka di depan pintu Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Sampai saja di depan pintu, terasa tangannya ditarik oleh seseorang. Tengku Orked pusingkan kepalanya lekas. Terpapar wajah sang sahabat yang asyik bermain-main di fikirannya sepanjang percutiannya ke Maldives.

"Orked!"Terus membesar suara Zarina seraya tubuh Tengku Orked turut dibawa ke dalam pelukan. Haih, lima hari ketiadaan Tengku Orked, membuak-buak rasa rindu Zarina kepada gadis kacukan Melayu-Turki itu.

"Zarina! Alaa, rindu sangatlah dekat you. Eh, mana papa dengan mama I?"Tengku Orked mencari kelibat Tengku Osman dan Tengku Syarifah.

Wajah Tengku Orked berubah warna setelah menyedari Zarina mengeluh dan menundukkan kepala.

"Papa kau fly ke Italy malam tadi dengan isteri baru dia. Mereka sengaja tak bagitahu mama kau dan papa kau pesan dekat aku supaya tak beritahu kau pasal benda ni."Jelas Zarina. Tangan Tengku Orked diraih. Tidak mahu Tengku Orked tersinggung dengan sikap Tengku Osman.

Tengku Orked menghembuskan nafas berat. Gigi dikacip seketika. Selepas Tengku Osman berkahwin lain dua bulan yang lepas, hubungan dia dan Tengku Osman dingin. Tengku Orked masih tidak dapat menerima dengan keputusan Tengku Osman mahu memperisterikan pembantu peribadinya sendiri, Hazirah.

"Mereka buat dekat Italy? Honeymoon? Semata-mata nak sakitkan hati mama I? Mama I sedang menderita sekarang ni papa I bahagia dengan betina murahan tu?"Tengku Orked naik berang. Kasar dia menarik bagasi ke luar lapangan terbang.

Zarina tersenyum mendiamkan diri. Hendak bersuara dia tiada daya. Dia bukan siapa-siapa hendak mencampuri urusan keluarga Tengku Osman. Kalau tiada keluarga ini, siapa lagi tempat ibunya mencari sesuap nasi?

"Orked kau marah ke?"

Tubuh Tengku Orked didekati. Bahu Tengku Orked dipaut. Dia bersimpati dengan Tengku Orked dan Tengku Sharifah sekarang ini.

"Habis tu? I nak ketawa? Berhuhuhaha macam tu? Mama I sedang sakit sekarang ini. Hanya bergantung kepada private nurse untuk uruskan makan pakai dia? This is really unfair."

Tengku Orked mendengus sebal. Patutlah Tengku Osman beria-ia memujuk dia bercuti ke Maldives dengan kawan-kawan rupanya ada udang di sebalik batu. Siap beri private tour lagi.

"I benci dengan papa I. Mama I tak dapat jemput I. Papa I miang dengan betina lain. Haih, kalau I tahu macam ni, lebih baik I stay saja di oversea. Balik sini pun tak ada guna. Bagus lagi dari I mengadap muka dua ekor beruk tu."Sumpah Tengku Orked.

Zarina ketawa kecil. Macamlah tak ada orang jemput dia? Zarina masak sekali dengan perangai manja Tengku Orked yang satu ini. Pantang sekali buat hatinya merajuk pasti mulutnya akan muncung sedepa. Panjangnya seperti dari Malaysia ke Kazakhstan!

"Habis tu, orang dekat sini buat apa? Jadi bodyguard kau saja? Tak apa. Ada orang masih nak jemput kau."Pujuk Zarina.

"Zarina, papa I macam dah tak sayangkan I. Mama I pun tak pasti sayangkan I lagi. You sayangkan I tak?"Tengku Orked melontarkan soalan kepada Zarina yang sedang menolak troli bagasi ke arah sebuah kereta Mercedez benz warna purple night di depan.

"Mestilah sayang. Kau tengok siapa yang aku bawa sekali jemput kau?"Zarina memuncungkan bibirnya ke arah seorang lelaki segak yang sedang keluar dari kereta elit itu.

"Akyar!"

"Hai sweetheart ." Tengku Akyar menguntum senyuman kepada gadis cantik berambut perang tersebut. Tangan didepakan kepada Tengku Orked yang berlari pantas ke arahnya.

"Akyar, I miss you sayang. Ee, jahatlah you ni. Tadi cakap busy tak dapat nak jemput I. Tup-tup muka dia pulak muncul jemput I. Ish, tak sukalah macam ni."Tengku Orked mengomel. Bahu Tengku Akyar dicubit geram.

"Aduhduh! Sakitlah sayang."Tengku Akyar mengaduh kesakitan. Dikauk leher Tengku Orked supaya datang merapati bibirnya. Ubun-ubun gadis itu menjadi sasaran ciumannya. Cup!

"Taupun sakit. Tadi cakap ada meeting lah. Ada klien lah. You ni betul-betul busy ke atau buat-buat busy?"Tengku Orked pandang Tengku Akyar dengan jelingan maut.

"Ah, dah. Jelingan mak lampir dia keluar. Orang nak buat suprise pun tak boleh? Kalau orang buat suprise, appreciate lah sikit. Betul tak sayang?"Soal Tengku Akyar kepada Zarina yang masih membisu di sebelah Tengku Orked.

Tengku Orked membeliakkan biji matanya besar-besar. Sayang? Tengku Akyar berguraukah? Tengku Orked terus bertindak memukul bahu Tengku Akyar.

"Kenapa ni? Apa salah aku? Zarina, tengok adik kau ni. Adik kau ni kaki buli tau. Asyik-asyik nak buli aku."Tengku Akyar menggosok bahunya yang kebas akibat pukulan Tengku Orked tadi.

"Eee! Tadi you cakap Zarina sayang. Tak nak lah. I saja sayang you. Betul tak Zarina? Jahatlah budak ni. Dia yang kaki buli. Hari-hari nak sakitkan orang. Mengada."Tengku Orked menarik picu kereta. Kemudian, ditekup pintu kereta Tengku Akyar kuat-kuat. Protes punya pasal.

"Amboii! Jemah merajuk bukan kaleng-kaleng." Tengku Akyar mencuit hidung Tengku Orked setelah masuk ke dalam kereta. Kemduian, dilarikan pandangan ke arah Zarina yang sedang membuang pandang ke luar kereta. Dia perasan Zarina banyak mendiamkan diri selepas Tengku Orked mendakap tubuhnya tadi.

"You cakap Zarina sayang tadi. I tak suka..."

"Cemburu lah tu. Kau dengan Zarina sama-sama kesayangan aku lah. Kau kesayangan nombor satu, Zarina nombor dua, ketiga tengah fikir siapa. Betul tak Zarina? Hehehe." Tengku Akyar tersengih kerang busuk di sebelah Tengku Orked.

"Perasan lah kau ni Akyar. Tak hingin aku ni nak bersayang-sayang dengan kau. Buerkkk!"Zarina tiba-tiba bersuara. Kemudian, mata dibawa semula ke luar kereta Tengku Akyar. Zarina hela nafas. Pedih.

"Haa, tengok. Zarina pun tak nak dekat you. Budak ni memang kuat perasan dari kecik lagi. Zarina, you jangan percaya dia. Dia memang playboy cap ayam."

"Playboy cap ayam pun ada orang suka. Betul tak? Kalau Zarina tak sudi, abang masih menunggu disini sampai Zarina sudi. Kihkihkih. Asalkan bini nombor satu merestui." Tengku Akyar masih mengusik. Kening diangkat tinggi kepada Tengku Orked yang sedang mencebir bibir.

Zarina tersenyum pahit. Kelihatan Tengku Akyar mengejip mata kepadanya. Aish, Tengku Akyar ni! Tangan disilangkan semula ke dada. Kalaulah dia tahu drama Tengku Akyar dan Tengku Orked semanis ini, lebih baik dia tidak ikut serta tadi. Tidaklah tercongok seperti patung tidak berperasaan. Zarina malas hendak mengambil tahu akan kemesraan Tengku Akyar dan Tengku Orked sekarang ini.

"Ee! Jantan tak guna. Lelaki semua sama. Sama macam papa I." Tengku Orked mencuit hidung Tengku Akyar. Kalau boleh, nak saja dia lanyak muka Tengku Akyar dengan bibir saja. Nakal.

"Oh, ada tak muka aku macam Pak Ku Osman?" Tengku Akyar membelek mukanya pada cermin.

"Dasar spesies Aliff Ajis!"

Tengku Akyar menghamburkan ketawanya besar-besar. Seronok mengusik Tengku Orked. Senang hati lelakinya melibat bibir muncung sedepa Tengku Orked sekarang ini.

"Akyar, dah-dahlah mengusik Orked. Kang aku yang susah kalau dia menangis." Zarina menyampuk.

"Hah, dengar tu. Kakak I dah berbunyi. You tak takut dengan kakak I? Akyar, you are naughty-ty-ty man!" Tengku Orked mencubit kedua-dua belah pipi Tengku Akyar.

"Hehehe. Abang gurau jer. Tak ada siapa yang bertakhta di hati abang ni, hanya Tengku Orked yang cantik lagi rupawan seorang saja. Kalau tak percaya, cuba tanya Zarina."Tengku Akyar menggosok rambut Tengku Orked yang wangi sebaik saja gadis itu melentokkan kepala di atas bahunya.

"Tak nak."

"Tak nak apa?"

"Jangan pujuk I. I sakit hati."

"Janganlah merajuk. Nanti abang belikan kesayangan abang ni kinder Joy lima kotak, sailormoon bag, dan alibaba lima bingkus. Heheheh." Tengku Akyar mengusap manja rambut Tengku Orked.

"Hmm, okay." Tengku Orked mengangguk manja. Mata dikebilkan beberapa kali. Wajah tampan Tengku Akyar ditatap. Haish, rindu sangat!

"You.. I miss you.. " Tengku Orked melentok semula pada bahu Tengku Akyar. Selama ini, hanya Tengku Akyar tempat bermanja. Tengku Akyar akan melayaninya bak seorang puteri raja yang cantik.

"Terlentok-lentok ni dah kenapa? Mana ole-ole dari Maldives? Takkanlah tak ada. Dari tadi aku tunggu ada ole-ole ke tak. Kan Zarina?"Gumam Tengku Akyar setelah menyedari Zarina masih mengunci mulut sepanjang perjalanan.

Zarina terkejut. Lamunannya terbang melayang serta-merta.

"Nantilah. Zarina , I tengok you diam saja dari tadi. Selalunya dia yang banyak cerita. You sakit ke?" Tengku Orked memusingkan kepalanya ke belakang.

"Dia PMS.. "Celah Tengku Akyar.

Zarina tersenyum malas. Perut yang sebu diusap dalam diam. Tiba-tiba saja pening kerana wangian yang terhasil dari kereta Tengku Akyar.

"Tak adalah. Aku okay. Aku lapar ni haa. Korang berdua ni dah macam burung dalam hutan. Berkicau tak henti-henti. Aku dah naik pening ni."

"You tak sihat ke? Akyar, you ada bawa dia ke klinik ke?"

"Tadi okay saja. Tak ada apa-apapun. Tiba-tiba saja sakit. Kau ni dah kenapa Zarina? Kalau lapar, cakaplah lapar. Kalau lapar perhatian,sampai rumah abang bagi. Ahahaha." Tengku Akyar ketawa hambar.

"Lapar perhatian kepala hotak kau. Aku ni dah lapar, aku rasa nak makan kau saja ni." Zarina mendesis sendiri.

"Ish, you ni. Orang tak sihat pun nak diusik. Zarina lepas makan nanti I dengan Akyar akan bawa you ke klinik okay? Muka you pucat saja."

"Tak apalah Orked. Kau baru sampai ni. Mesti kau rindu Akyar. Hantar saja aku balik rumah. Mak aku tengah tunggu aku. Ada kenduri di kampung. Sepupu aku nak kahwin."Elak Zarina. Ada perubahan pada wajah Tengku Akyar sekarang ini.

Hari ini masuk ke tiga hari dia bergelar isteri yang sah kepada Tengku Akyar. Sejak beberapa hari ini juga Zarina dan Tengku Akyar jarang bercakap kerana masih keliru dengan apa yang telah berlaku. Majlis perkahwinan hanya diadakan secara privasi kerana tidak mahu terkena liputan hangat pihak media.

Zarina dan ibunya, Mak Asmah terpaksa merahsiakan perkahwinan ini daripada Tengku Orked, Tengku Sharifah mahupun Tengku Osman demi menjaga hati Tengku Orked dan Tengku Osman yang sentiasa mengimpikan Tengku Akyar menjadi menantunya selama ini.

Let Drizellla know what you thought about this chapter!

black
black

finally lps lama tunggu

6 years
1
  kaklawa
kaklawa

what is going on? Akhyar curang ke sis?

6 years
1
Drizellla
Drizellla

kira mcam tu lah pok

6 years

Further Recommendations

IVAN

ohoney2004: I liked this novel. Good story line, interesting plot and characters.

Read Now
Bear Shifter Secrets

tatianne Ingrid: Adorei cada capitulo! parabens

Read Now
An Irish Match

readingtoday77: This story is so very sweet. I really like each main character's emotional evolution, especially Liam working through difficult past betrayal and tragedy to be able to take a chance and love again. The sex scenes were fiery and tender and so very moving, especially the scene when Maeve says that she...

Read Now
To Catch a Ghost, Part 1

Wendy Salvo: I really liked this story but now that I’ve read all three I wanted to come back with a thought, the forward on this story talks about a reverse harem and not having to choose, but there isn’t any choice, or thought of a harem until the moment she connects with them, there is only foreshadowing of o...

Read Now
Half-Claimed

vivcarroll: Good story line looking forward to find out the rest of what’s going to happen

Read Now
SECRET BILLIONAIRE

Katja: Good writing, excellent story.

Read Now
The Grumpy Next Door

mmurphy1008: This book had my attention from the very first chapter! It has romance and humor and just enough tension to keep it moving along. Can’t wait to read more from this author.

Read Now
The Mate he couldn't have

Sahaya: I like every detail of the story

Read Now
Bloodlines

Read4Free16: Fantastic development of characters and story line

Read Now