MY IDEAL ITALIAN GUY
Share with your friends
Customize readability

MY IDEAL ITALIAN GUY

All Rights Reserved ©

Summary

Pertemuan yang tidak dijangka buat mereka berdua, lelaki itali yang tiada agama bertembung dengan gadis beragama Islam. Tidak sangka pertemuan itu bukan sekali sahaja. "Why you didn't shakes hand with me?"-Kim Rossin Stuart. "My religion said forbidden for touching who's not married yet. Including hand shake or skin touch. "- Neny Robin. Takdir menyebelahi mereka. Dengan ketentuan-Nya, mereka bertemu lagi, lagi dan lagi. "I don't want a worker like you. You got attitude, did you know that?" - Kim Rossin Stuart. Eii. Ada yang kena pijaknanti. Dia tak faham bahasa melayu kan. Neny Robin, sungguh dia tidak suka dengan kehadiran lelaki itu. Dia redha dengan ketentuan-Nya. "Kerja keras sikit." - Kim Rossin Stuart. "Encik pandai cakap Melayu?"- Neny Robin "Of course. I know." - Kim Rossin Stuart. Terlopong mulut Robin. Mereka berbeza seperti dua ekor yang berlainan spesis berada di dalam satu sangkar. Berbelit-belit cerita mereka kerana keliru antara satu sama lain namun mereka masih kuat dan cekal untuk melaluinya sehinggakan... "Again. What did you say?" - Kim Rossin Stuart. "Gotta leave work for one weeks, Stuart." -Neny Robin. Things happenened. "You just my boss, Stuart... and no one to me." - Neny Robin. Comeback.. "Don't you miss me?" - Stuart "What are you doing here?!" - Robin "Hold tight mia amore." - Stuart. When you supposed to be his..

Status
6yrs ago
Chapters
1
Rating
n/a
Age Rating
13+

Prolog - Meet Him

"ROBIN hantarkan fail yang Azika beri kepada kamu ke pejabat saya. Sekarang." Suara majikannya, Dato Ahmad Said Bin Sajid terdengar di auto voicemail yang tersedia ada pada meja yang diduduki sebagai seorang pembantu peribadi majikannya. Auto voicemail ini mudah digunakan agar dapat berkomunikasi atau berhubung dengan cepat.


"Baik, Dato." Jawabku melalui auto voicemail yang serba canggih itu. Fail berwarna ungu kehitaman yang berada di hujung meja dicapai lalu dibawa peluk erat ke dada. Tudung yang terasa agak senget, dibetulkan agar memenuhi etika pakaian yang kemas dihadapan majikanku.


Aku Neny Robin binti As'ad. Berkerja sebagai pembantu peribadi di office Dato Ahmad Said Bin Sajid. Boleh dikatakan sudah lebih dua tahun aku berkhidmat di tempat yang serba canggih dan teknologi moden ini. Mempunyai keluarga yang bahagia dan hidup sedang-sedang sahaja. Masuk tahun ini, umurku telah menginjak kepada dua puluh empat tahun.


Masih muda.


Kerja yang bertimbun di atas meja tak hairanlah kalau sudah berkerja di sini melebihi dua tahun kerana dia diajar untuk membuat kerja yang agak sukar dan memerlukan otak yang geliga dalam hal ini. Dirinya sudah lali dengan fail-fail kerja yang diberi setiap minggu atau hari. Rasanya kerja macam ini tak akan pernah habis melainkan sesuatu yang menghalangnya.

Langkahku segera diaturkan menuju ke pejabat Dato Ahmad yang berdekatan dengan mejaku dan beberapa pekerja yang lain. Hanya beberapa pekerja sahaja yang terpilih di aras tingkat ini. Pembantu peribadi tidak boleh duduk berjauhan dengan Chief Executive Officer kerana akan menyukarkan keadaan.


Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu masuk pejabat milik majikanku, aku mengetuk beberapa kali untuk memaklumkan bahawa seseorang mahu berjumpa dengannya berserta dengan adab. Tombol pintu dipulas tatkala telinganya menangkap suara Dato membenarkannya masuk. Kakinya mendekati meja besar yang cantik itu.


"Ini, dato. Fail yang dato minta." Fail-fail yang dipegang erat ke dada, dijauhkan lalu tangankan menghulur 3 buah fail tentang plan holding ke arah Dato. Senyuman profesionalku, dipamerkan.


"Awak dah siapkan semua maklumat dan data-data bagi ketiga-tiga fail ini?" Fail-fail tersebut bertukar tangan.


Fail yang pertama diselak dengan teliti untuk memeriksa sama ada benar atau salah. Ketika Dato bercakap, dia tak akan memandang muka pekerjanya termasuk aku melainkan orang penting dan keluarganya. Itulah benda paling rare sekali yang pernah aku perasan tentang tabiat buruk Dato.


"Sudah, Dato. Saya dah asingkan, siapkan, kelaskan dan macam-macam lagi tentang semua maklumat pasal projek ni supaya senang dibaca." Balasku dengan tenang. Alhamdulillah, dengan izin Allah dan usahaku fail-fail ini disiapkan dengan tempoh masa yang cepat. Kadangkala terasa nak meletup juga otak dalam kepala ini.


"Bagus." Jawapannya membuatku tersenyum sampai ke telinga. Terasa bangga dengan diri sendiri sekejap kerana telah menghabiskan kerja yang penting. Aku berasa puas, lega dan gusar. Gusar kerana jikalau ada kesilapan di dalam maklumat fail-fail itu.


"Awak dah check schedule saya? Saya ada apa-apa hal ke petang ini?" Soalnya dengan serius.


Aku membuka Ipad note yang khas untuk bekerja lalu dibuka sebuah aplikasi berkaitan dengan jadual Dato Ahmad Said. Wajahnya aku pandang sekilas.


"Dah. Pada petang ini, pukul dua Dato ada meeting dengan CEO syarikat El Qiansilouki dari Itali." Jawabku sambil menyemak semula jadual harian bekerja Dato Ahmad. Sekali-sekala aku memeriksa movie yang keluar di wayang nanti.


Secara tiba-tiba hatiku terdetik untuk bersuara buat pertama kali tentang hal orang atasan. Chief Executive Officer dari Italy? Rasa-rasanyalah kacak tak wajahnya? Adakah dia muda daripadaku atau tua daripadaku? Mana tahu berkenan ke kan. Berangan sebentar.


"Robin!" Jerit seseorang. Terhenti lamunanku. Terus wajahku menunduk sedikit, melihat ke arah gerangan suara tersebut. Dato Ahmad Said yang panggil. Terkebil-kebil aku melihat wajahnya.


"Ye Dato." Aku menjawab panggilan Dato walaupun aku tidak mengingati sepatah perkataan yang dinyatakan.


Kepala yang tidak gatal, itu aku garu sedikit. Tetapikan kalau lelaki itu dari Italy, aku kena tilik dulu. Sebab lelaki Idamanku, Jejaka Italy. Robin, kau kena ingat kau sekarang dekat mana? Jangan berangan sangat. Perhatianku betul-betyo tertumpu pada Dato Ahmad Said.


"Kamu ni pun, saya dah panggil banyak kali." Aku tersengih sumbing. Dato menggeleng kepala melihat gelagatku yang tidak berapa matang.


"Saya nak beritahu yang awak dah boleh keluar. Kalau lama-lama di bilik dalam ini, tak pasal-pasal saya dituduh mempunyai scandal dengan Personal Assistant sendiri. Taknak. Tak semena bini saya datang bawak parang." Dato menggeleng-gelengkan kepalanya berkali berserta bunyi takut. Dato pasti berimaginasi bagaimana rupa isterinya yang garang di rumah sana.


Melihat respon majikanku, aku tergelak kecil.


"Baiklah Dato. Saya minta diri dulu." Aku berkata bersama sisa-sisa tawa yang masih terbuku di dalam hati. Aku menunduk sekali sebagai tanda hormat. Dato mengangguk-nganggukkan sahaja. Bosku boleh dikatakan sporting orangnya.


Aku keluar daripada pejabatnya lalu pergi ke arah mejaku semula untuk menyambung kerja-kerja yang tertangguh. Ketika aku mahu memulakan kerja, telinga ini menangkap satu suara bising dari arah lif. Makin lama-makin jelas gerangan suara itu.


Aku tersenyum.


Mukaku aku dongak untuk melihat kawan baikku sedang berjalan laju menuju ke arahku bersama senyuman gembira dan excited. Aku mengangkat kening dan bersandar kepada kerusi yang aku duduk ini. Kedua-dua tanganku dilipat ke dada. Lagak seperti seorang bos menunggu berita tentang masalah yang datang.


"Nila! Kau tahu tak, petang ini ada lelaki dari Italy datang ke syarikat kita! Aku rasa gembira gila dan rasa macam nak jerit sebab akhirnya aku dapat jumpa lelaki Italy secara berdepan. Lepastukan, ada rumours kata yang lelaki ini mukanya handsome! Aku tak boleh lah macam ni. Aduh. Macam mana ni?!" Sebaik sahaja, dia sampai dimejaku.


Ya Allah, budak ini. Bukan main bergerak sana-sini bila dia bercerita. Aku layankan sahaja.


Ini sahabatku dari kecil. Namanya Nur Haziqah Binti Luqman. Orangnya berkulit gelap sedikit dan mulutnya boleh dikatakan berapi tetapi bagiku dia cantik. Dia cantik dari segi rupa wajah dan hati. Kami berdua selalu satu sekolah. Setiap hari, mesti datang sama-sama, balik pun sama. Lepas itu, kami juga kerap buat benda perkara yang sama seperti memilih makanan yang sama, memakai baju yang sama sehinggakan orang sekeliling ingat kami ini adik beradik kerana selalu bersama dan terlalu sama.


Dia juga gemar memanggil diriku ini, Nila sebab masa kecil dulu aku suka meletakkan nila ke baju sekolah sehinggakan baju tu tak nampak baju sekolah tetapi nampak seperti baju kurung berwarna ungu gelap. Masa sekolah dulu pun cikgu tegur, pekatnya baju. Aku hanya membuat tidak kisah kerana aku suka. Nila best apa? Daripada situlah terbentuknya nama keduaku iaitu Nila Binti As'ad.


"Kau dengar tak?" Terkejutku dibuatnya tatkala suara kuat menyapa gelengan telingaku. Aku membuat muka lalu menggosok telingaku laju.


Sakit. Bingit. Boleh pula dia jerit dekat telinga yang serba molek ini.


"Apa kau cakap tadi aku tak dengar lah." Aku buat muka simpati apabila melihat wajah murung Azek ataupun nama sebenarnya Haziqah. Dia menjuling mata ke atas. Dia mengangkat tangannya lalu dibawa ke tubuhku untuk cubit kerana tangannya seperti bentuk ketam yang sedang menunggu mangsanya. Aku elak, dia pun pasrah.


"Ish kau ni, buat membazir air liur aku aje cerita dekat kau panjang lebar tapi kau tak dengar.Kau tengok atas meja kau tu, banyak air liur aku terkeluar sebab excited tau." Mukanya cemberut lalu dia mengelap mejaku tanpa serba salah walaupun telah mengotori mejaku dengan air liurnya. Tak apa dah terbiasa dah.


"Sorrylah aku punya kapla tengah pening sedikit." Helahku bohong.


Kepalaku yang tidak pening ini bersama wajah pura-pura pening dilakonkan. Bagi menambahkan realistik sedikit lakonan, aku memicit dahi lemah lemah gitu.


Azek berdecit. Alasan. Dia jelingku sedas.


"Aku cakap yang Chief Executive Officer dari Italy, masih muda lagi. Dengar cerita tahun ini baru masuk 29 tahun. Handsome yang terkata dengan irisnya berwarna biru gelap. Ya Allah, tergoda aku dekat sini." Azek memegang jantungnya seperti mahu meletop atau berterabur dirantai. Aku menayang muka teruja.


Handsome?


Muda?


Italy?


Oh My Gucci!


Lucky me!


Aku tersenyum sampai ke telinga. Aku dan Azek saling berpandangan lalu tersenyum gila.


"Chop! Aku pun ade iris biru tetapi biru langit lah, bukan gelap." Ujarku bangga sekejap. Sekejap sahaja. Mataku ini aku waris belah ayah, sebab keluarga ayah ni, semuanya cantik-cantik dan kacak-kacak belaka. Aku pun kadang-kadang cemburu juga tengok wajah yang cantik tanpa mengira warna kulit dan mempunyai hati yang baik.


"Err... Aku tahulah fakta yang itu tapi muka tu tak payahlah nak bangga sangat. Muka seghopa ponde." Balasnya sambil menyindir gurau terhadapku. Aku menayang gigi putih sebarisku memahami apa yang dikata pada ayat terakhir, muka serupa pondan.


"Kau ni pun. Tak ada kerja ke? Asyik gosip aje, sampai bilalah nak jadi anak yang baik. Haih... Pi lah buat kijo hang itu." Balasku dengan loghat kedah pada ayat terakhir sambil menolak-nolak lengan Azek. Azek tergelak besar. Sejak bila kawan dia cakap kedah ni.


"Cek pi dulu noh. Nanti cek habaq mai kat hang lagi kalau nok ngata." Kata-kata Azek mengundang gelak besar aku dengan riang.


Sempat lagi tu nak tambah ayat nak bergosip lagi. Aku menggeleng perlahan apabila menyedari ayat Azek menggunakan loghat Terengganu campur Kedah. Azek mula meninggalkan mejaku sambil melambai ke arahku untuk menyambung kerjanya yang tertangguh.


Alahai dia ni, goreng kang.


Jika Azek menyambung semula kerjanya di aras bawah, sudah semestinya aku turut menyambung semula kerjanya yang terbantut di atas meja ini. Entah kenapa rasa bersemangat pula. Mungkin kerana bergelak sakan dengan sahabatku. Tangan yang sedang menulis data penting di atas nota kecil, sekali lagi kerjanya terbantut.


Kedengaran riuh rendah diluar sana, bangunan ini. Pada kali pertama, aku membiarkan sahaja. Pada kali kedua, aku rasa macam nak juga kena tahu jadi aku ambil keputusan untuk mengskodeng. Aku bangun daripada kerusi lalu menjenguk keluar tingkap kaca yang luas itu.


Aku memerhati apa yang berlaku.


Terlihat ramai wartawan sedang berpusu-pusu menangkap gambar seorang lelaki berkulit cerah seperti American yang berpakaian coat hitam sedang keluar dari kereta mercedes hitam. Tampak mewah dimatanya. Dia yang hidup sederhana memang tidak mampu beli. Sudah pasti orang yang berada sahaja mampu beli.


Perkerja wanita disini menjerit histeria apabila melihat jejaka yang handsome dihadapan mata mereka. Lelaki handsome siapa sahaja yang tak pandang. Aku memerhati lelaki putih yang bercoat hitam itu. Terbuntang mataku apabila jelas wajahnya.Tidak dinafikan memang handsome.


Tertanya-tanya, siapakah lelaki itu?


Disebabkan terlalu musykil untuk mengetahui sangat, aku berjalan mendekati wanita yang berdiri berkelompok di cermin tingkat atas ini. Aku menepuk perlahan dua kali di atas bahu salah seorang perempuan di hadapanku.


"Tumpang tanya?" Sesetengah perempuan memandangku kerana aku bertanya dengan nada yang agak kuat.


"Siapa lelaki itu?" Aku bertanya hairan.

"Robin tak tahu ke?" Aku menggeleng, memang tak tahu dan nak tahu sangat.


"Lelaki yang kami skodeng ni, dia CEO dari Italy." Terang Kak Husna. Jelas terpapar wajah cerianya. Aku dah tahu semua nama pekerja disini. Sebab itu lah aku tidak berasa malu kalau nak bertanya.


Aku mengangguk.


CEO dari Italy rupanya. Lama aku berfikir. Eh kejap CEO dari Italy? Awalnya datang bergerak ke syarikat Dato ni. Aku menilik jam. Mataku membulat. Ya Allah! Sudah pukul satu empat puluh minit petang! Macam mana boleh tak sedar ni. Aku mati-mati ingat baru pukul satu petang.


Aku bergegas semula ke mejaku tanpa menghiraukan keadaan yang masih riuh rendah di bahagian sana. Aku menyediakan semua benda yang penting untuk dibawa semasa mesyuarat dijalakan. Ipad besar itu dibawa juga. Kelam kabut aku mencari fail yang perlu dibawa.Setelah selesai membawa benda penting bersamaku, Langkahku diaturkan menuju ke bilik Dato. Pintu kayu itu diketuk.


"Masuk!" arahnya dari dalam. Aku menolak pintu bilik tersebut. Mejanya yang bersepah itu, aku tahu Dato tengah serabut tetapi sekarang bukan masanya untuk berfikir hal itu. Aku berdiri di hadapan pintu sahaja.


"Dato Ceo dari Italy dah sampai." kataku dengan sedikit cemas. Tangannya yang sedang melukis sesuatu itu, terhenti. Dipandang wajahku dengan riak terkejut.


"Ye ke? Saya tak sedar langsung. Beri saya masa beberapa minit untuk mengemas kertas ini." balasnya dengan tergesa-gesa tanpa memandang ke arahku. Dato mengemas barang yang dibuatnya tadi dengan pantas. Lagipun dah nak masuk pukul dua petang ni.


Selesai kemas, aku memberi laluan kepada Dato terlebih dahulu lalu aku membuntutinya ke bilik mesyuarat. Pintu bilik mesyuarat yang besar itu aku bukakan untuk Dato. Dato mengucapkan terima kasih dan berlalu masuk. Aku turut melakukan perkara yang sama. CEO dari Italy sudah pun berada di dalam bilik mesyuarat.


Apabila menyedari kami masuk ke dalam bilik ini, CEO itu memerhati kami lalu dia berdiri. Dato mendekati meja tengah di hadapan lalu memandang semua yang terlibat dalam projek ini. CEO dan semua yang lain di situ berdiri dan berjabat tangan bersama Dato sambil mengukir senyuman dibibirnya.


"Kim Rossin Stuart." Tuturnya dengan senyuman nipis. Serius semacam wajahnya. Seram pulak aku tengok. Aku hanya memandang mereka semua.


"Dato Ahmad Said." Kata Dato pula. Mereka semua memperkenal diri.


Bila tiba giliranku untuk berkenalan dengan diri dia, dia terlebih dahulu hendak berjabat denganku. Aku memandang tangannya lalu ke mukanya pula. Aku senyum. Aku meletakkan tangan kananku di jantung lalu membongkokkan sedikit badan ku.


Tanda hormat.


"Neny Robin." Aku memperkenalkan diri.


Dia senyum kekok. Aku bukan nak malukan dia tetapi sudah terang lagi bersuluh dia seorang lelaki dan aku seorang perempuan. Bukan mahram untuk sentuh-sentuh ni. Aku pula melarikan mata memandang tempat lain, malu untuk bertentang mata dengan lama.


"Unique." Ujarnya perlahan tetapi cukup untuk buat telingaku ini dengar. Aku terpinga-pinga. Apa yang unik? Pelik dia ni. Dato berdehem. Aku dan CEO itu serentak memandang Dato Ahmad Said.


"Can we start now? " kata Dato. CEO dari Italy yang bernama Kim Rossin Stuart itu menganggukkan kepalanya. Dari situ, bermulalah pebincangan yang serius antara mereka semua. Aku pula tersemak dekat sini walaupun tak.


Tabahlah hati ini.

Bersambung.


Are you enjoying my ongoing story? Please let me know what you think by leaving a review! Thanks, raenees

Let raenees know what you thought about this chapter!

Further Recommendations

The Rewrite

Kate Schimmer Child: Amazing plot and characters. And so impressive you’ve written a story inside a story. Can’t wait to read more of your work ❤️

Read Now
The Alpha's Exiled Mate (ON HOLD)

Catherineb83: Story good just would have liked her not to wear a mask

Read Now
The zatorian

lunaartsoul___: I loved the way your story unfolds. The emotional depth and structure made it feel very engaging, almost cinematic at times.I’m someone who enjoys both reading and visual storytelling, and your work really stood out to me. If you’re open to chatting about creative ideas someday, I’d love that.

Read Now
To Catch a Ghost, Part 1

Wendy Salvo: I really liked this story but now that I’ve read all three I wanted to come back with a thought, the forward on this story talks about a reverse harem and not having to choose, but there isn’t any choice, or thought of a harem until the moment she connects with them, there is only foreshadowing of o...

Read Now
My Blacksmith Savior

apolloavr04: I love it. It's a great story.

Read Now
THE WOMAN HE BOUGHT

AARADHYA BAISLA: This wo soo so so nice I loved the storyline 👏💗

Read Now
PARIS IN THE DARK

starlit_soul: The story was beautifull. I hope that every paris find her julien who heals her.

Read Now
Half-Claimed

vivcarroll: Good story line looking forward to find out the rest of what’s going to happen

Read Now
After Letting Go

Anita: I like the pace of the story, no drawn out time lines and inputting unneccesary information

Read Now