Sugarbaby Milik Hans

All Rights Reserved ©

Summary

Tengku Hans Ilee× Salsabila Don't expect too much, may contain cliche things. Storyline mungkin berat bagi sesetengah pihak.

Status
Ongoing
Chapters
3
Rating
n/a
Age Rating
16+

INTRO


Salsabila.

Memiliki sebaris nama yang cantik seperti wajahnya. Walaupun dikurniakan rupa paras yang menjadi dambaan setiap lelaki,

Tetapi kisahnya tidak secantik kisah dongeng yang sentiasa dicoret indah.

Jika kisah beauty and the beast, sang wanita cantik itu dikurung untuk dipaksa menerima sang raksasa. Dan ini pula kisah dia, terperangkap di dalam sangkar emas diulit kemewahan sang lelaki. Ironi, lelaki itu umpama beauty dan dia adalah beast pada hakikat segala taraf hidup mereka.

Sikap bapanya yang lepas tangan membuatkan Salsabila tidak percaya dengan perkahwinan. Kasih bapa yang ditagih, tidak pernah diperoleh bahkan seolah dia sudah yatim sebelum waktunya. Lantaran segala janji sang bapa yang ditabur untuk ibunya terkubur begitu sahaja.

Salsabila tekad tidak mahu mengakhiri nasib dengan berkahwin. Tidak mahu mempercayai lelaki yang mendekati...

"Aku tak perlukan lelaki dalam hidup aku!" -Abel

Namun, tidak pada insan bernama Tengku Hans Ilee.

Satu-satunya lelaki yang berani menujukkan perasaan suka. Sikapnya yang terlalu straightforward. Di saat semua lelaki menghindar, Hans lelaki yang tidak berhenti mengejar. Dia lelaki yang tidak kenal erti putus asa.

"Berhenti ikut aku, aku tak suka." -Abel

"Unfortunately, aku suka." -Hans

Lelaki itu sentiasa hadir, sentiasa ada ketika dia hadapi perih. Hingga kerana satu ucapan membuatkan lelaki itu berhenti mengejarnya. Saat dia begitu memerlukan, hanya Hans yang difikir dan dicari.

Tika itu, satu syarat dikenakan tanpa terduga.

"Be my sugarbaby,"

Kisah cerita mereka, tidak seindah yang disangka. Perhubungan mereka, terlalu jauh simpang daripada kata halal.

Hans semakin terhanyut dengan nafsu dan Salsabila semakin terbuai dengan kemewahan.

Mereka terleka,

Hingga terlupa.

Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakiknya untuk dipijak.

Tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup. Dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dekat hatinya untuk dicintai.


•••

Funfact: Ilee disebut as (Haylee)