CINTA HATI MR. MAFIA
Share with your friends
Customize readability

CINTA HATI MR. MAFIA

All Rights Reserved ©

Summary

Kisah bermula dari pergaduhan diantara seorang gadis kerdil yang bernama Kyra dengan seorang Raja Mafia bernama Alexander Fernandez. Kerana sikap degil dan keras kepala Kyra yang tidak mahu hidupnya diatur, mereka berdua tak pernah berdamai. Ada saja yang digaduhkan. Hingga suatu hari, Kyra terpaksa berpindah ke rumah Raja Mafia itu. Disana bibit-bibit perasaan cinta mula berputik diantara mereka berdua namun kerana ego masing-masing yang menggunung, mereka selalu menafikan perasaan itu. Ditambah dengan konflik keluarga, agama dan juga dendam lama, membuatkan lagi rasa cinta itu dipertikaikan. Mampukah cinta itu diraih? Bersatu kah mereka akhirnya? Semua nya terjawab dalam kisah Cinta Hati Mr. mafia.

Status
6yrs ago
Chapters
3
Rating
n/a
Age Rating
18+

Chapter 1

LELAKI yang berlumuran darah itu, tergari lemah tak bermaya duduk di bangku besi di dalam sebuah bilik gelap. Sesekali dia terbatuk kecil. Berkerut mukanya menahan rasa sakit yang teramat perit di sekujur tubuhnya yang lemah longlai itu. Kesan lebam dan benjol di sekujur tubuhnya dengan bercakan darah yang mula mengering di hujung bibir dan matanya menampakkan dirinya di seksa teruk berhari-hari.

Ngeek!

Pintu di kuak dari luar menyentakkan dirinya. Dia mendongakkan kepalanya memandang siapakah gerangan kali ini yang akan menyeksanya lagi. Tatkala dipandang tubuh manusia itu sedang menghampiri, terserlah wajah Alexander di bawah sinaran lampu menthol itu.

Membuntang matanya melihat wajah Alexander muncul didepannya. Degupan jantungnya mula bergoncang kuat. Air liur ditelan perit. Sekujur tubuhnya menggigil ketakutan.

"Well well well" bibir milik Alexander menyungging senget.

Alexander yang berbadan sasa itu pun melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang sudah tersedia ada.

Makin lebar lagi senyuman dibibirnya melihat keadaan lelaki itu yang sudah bermandikan darah. Tak sedikit pun riak di wajahnya simpati melihat lelaki yang terseksa itu.

"I think it’s time for me to send you to the hell."

Terbuntang mata lelaki itu mendengar ayat-ayat itu keluar dari mulut Alexander yang berada di depannya itu. Menggeletar sekujur tubuhnya. Peluh mula mengalir keluar dari setiap riang roma tubuhnya.

"Please give your mercy. Please...I’m begging you. Please...” rayunya bersungguh-sungguh.

Air matanya mengalir deras membasahi pipi. Sesal tiada guna apabila dirinya sudah membuat kesilapan besar. Sekarang dia menerima padahnya. Akibat tamak dengan duit, sanggup dirinya mengkhianati tuannya sendiri.

Rayuan nya itu hanya sia-sia saja apabila lelaki yang berada di depannya ini tiada hati nurani. Hatinya hitam penuh dengan dendam, tak keperimanusiaan dan tiada sifat belas kasihan.

Tiada maaf bagimu bila dirinya dikhianati. Nyawa mu sudah dalam genggaman nya. Hanya dengan melepaskan satu das tembakan, kau sudah terbujur tidak bernyawa.

Itu lah dia Alexander Fernandez, Mafia King in Las Vegas.

Makin lebar lagi senyuman iblisnya mencarik di hujung bibir mendengar rayuan lelaki itu.

Tiba-tiba kerusi besi itu terheret ke belakang apabila dia bangkit dari duduknya. Tersentak lelaki itu dari terus merayu dan menangis. Tanpa membuang masa, Alexander menyeluk dibelakang seluarnya lantas menarik keluar sepucuk pistol.

Pistol itu di acunya tepat ke arah dahi lelaki itu. Terjegil mata lelaki itu tersentak memandang pistol itu menghinggap di dahinya.

"Nonono...please..." rayu lelaki itu lagi. Dia memejamkan matanya rapat. Bibirnya terketar-ketar. Detak jantungnya semakin kuat bergoncang.

Dia tahu merayu bagaimana pun dia pada tuannya itu nyawanya akan berakhir disitu.

Dia hanya berserah saja.

Hanya hitungan beberapa saat.

BANGG!

Tembakan menembusi dahi lelaki itu. Merecik darah keluar membasahi seluruh muka lelaki itu dalam keadaan kepalanya sudah terdongak. Serta-merta badan lelaki itu terkulai layu tidak bernyawa.

Alexander memasukkan kembali pistol ke dalam belakang seluarnya. Sempat lagi dia menoleh sambil mencarik senyuman sinis memandang jasad lelaki itu sebelum dia berlalu pergi. Hatinya merasa puas dapat menghapuskan seorang lagi pengkhianat di dalam kumpulan nya.

"Clean all the messed"

PUNGGUNG yang sudah santai berlabuh di atas kerusi bar itu dipaksa angkat jua. Malas rasa kakinya membuka langkah menuju ke tandas. Namun apa daya, kalau sudah mahkota sucinya itu meronta-ronta ingin memuntahkan laharnya.

“Nak kencing lah pulak” Kyra mengeluh kasar. Dia pun melangkah pergi.

Tatkala dirinya dalam kepayahan melepasi kesesakan manusia-manusia yang asyik menari di lantai tarian itu, tak semena-mena dirinya tergenjak ke belakang lalu jatuh terjelepuk di atas lantai. Dia dilanggar oleh seseorang.

"Shit! What the fuck!” marahnya sambil mengusap-usap punggungnya yang sakit mencecah lantai itu.

Dalam keadaan yang sesak dan sempit itu, ditambah lagi dengan suasana yang samar-samar amat menyukarkan bagi dirinya untuk bangun.

Tiba-tiba seseorang menghulur tangan ke arahnya ingin membantu. Tanpa berfikir panjang, dia pun menyambut huluran tangan itu. Lantak lah siapa empunya tangan janji dia dapat berdiri. Itu saja yang ada dalam fikirannya ketika ini.

Tatkala dirinya sudah berdiri teguh sambil membetulkan skirt pendeknya, teringin benar anak matanya memandang empunya tangan itu.

Kyra ingin mengucapkan terima kasih.

Baru saja niatnya itu dipasang, tiba-tiba dia terasa tangan lelaki itu merayap memeluk pinggangnya lalu menjalar turun mengenggam punggungnya. Terkejut atas kelakuan biadap lelaki itu terus saja tangan kanannya automatik menghinggap ke arah pipi lelaki itu.

Pangg!

Muka lelaki itu ditamparnya kuat. Terkalih muka lelaki itu serta-merta. Automatis genggaman tangan lelaki itu terlepas dari punggungnya.

Kyra merasa panas hati dengan sikap biadap lelaki itu. Kenal pun tak, terus-terus pegang bontot orang. Apa hal?? Sial punya jantan!

Tersentak manusia-manusia yang asyik menari di atas lantai tarian itu. Mereka terkejut melihat kejadian itu. Segelintir mereka ada yang membuntang mata sambil menekup mulut dengan telapak tangan. Riak wajah mereka seperti ketakutan.

Kyra mengundur setapak ke belakang. Dia merasa pelik melihat suasana disekelilingnya yang mula bertukar tegang dan kekok itu.

Malas mahu membuang masa lagi, Kyra pun ingin melangkah pergi meninggalkan lelaki itu. Makin lama dia disitu, takut pula rasa marahnya itu tak terkawal, karang tak pasal-pasal keluar kungfu pandanya.

Baru saja ingin membuka langkah kaki, tiba-tiba saja lelaki itu menjerit padanya.

"Hey! You bitch!”

Tersentap Kyra bila dipanggil dengan nama terkutuk itu. Bitch? Dia panggil aku ′bitch’?

Kyra mengetap bibirnya, geram. Dia memusingkan badannya seratus lapan puluh darjah memandang lelaki itu kembali. Anak mata lelaki itu mencerlung tajam menikam ke arahnya. Terlihat jelas lelaki itu mengetap rahangnya menahan rasa sakit di pipi.

"What did you just called me? Bitch? Who the fuck you think you are to call me that?” Kyra mengerut keningnya seraya mencekak pinggang. Sungguh jelas sekali dia begitu marah dengan nama panggilan itu.

"Hah! You’ll regret after you know who I am.” lelaki itu memeluk tubuhnya seraya menyeringai. Terselit nada bangga dalam tutur katanya itu.

Kyra menjulingkan bebola matanya ke atas tanda meluat. Sungguh dia tak berminat untuk mengambil tahu tentang lelaki itu.

Baru saja ingin mengorak langkahnya kembali, tiba-tiba saja suara garau memanggil namanya. Namun kali ini dipanggil dengan nada yang lembut.

“Kyra?”

Bulat mata Kyra tersentap mendengar namanya dipanggil. Dia seolah-olah kenal empunya suara itu.

Suara yang selalu dirinduinya selama ini. Lama benar suara itu tidak memanggil namanya.

Terhenti langkah kakinya lalu berpaling mencari arah suara itu datang. Terpana anak matanya memandang ke arah suara itu. Ya, betul! Tekaannya tak salah.

“Kyra ke tu? It’s me, baba. Kyra tak ingat lagi ke?” kedua kening Joe terangkat seolah-olah inginkan kepastian.

“Ye, Kyra masih ingat.”

Kyra cuba bersikap tenang walaupun di saat ini teringin benar rasa hatinya memeluk erat tubuh lelaki tua itu.

Joe Johanson, bapa saudaranya yang telah menghilangkan diri selama berdekad. Akhirnya mereka dipertemukan kembali. Disitu, di kota raya Las Vegas di dalam sebuah kelab malam. Sungguh sadis cara pertemuan mereka berdua.

“Kyra buat apa kat sini?” Joe sudah tidak tahu mahu bertanya apa lagi. Dia sudah hilang kata-kata.

Perasaannya saat ini sudah bercampur baur. Dia merasa gembira, teruja, sedih, rindu semuanya dalam satu rasa. Senyuman nya pula tidak pernah lekang terukir di bibir memandang anak saudaranya yang sudah membesar dengan baik. Sempurna dimatanya.

“Nothing. I’d just having some fun with my friend.” jawab Kyra lembut.

Kyra tak mampu sebenarnya memandang terus ke arah mata bapa saudaranya itu. Takutnya dia tak mampu menahan airmatanya dari gugur. Malu lah bila orang sekeliling melihatnya menangis disitu. Jatuh imejnya yang comel itu. Ahaks!

“Oww yeke?...”

Joe perlahan menambit mulutnya. Benar-benar hilang sudah kata-kata yang hendak dilontarkan. Terasa janggal pulak dia ketika ini.

"What the fuck is going on, Joe?” soal lelaki itu mencelah tiba-tiba.

Dia sebenarnya sudah bengang dengan keadaan. Siapa perempuan itu pada Joe? Bagaimana mereka kenal satu sama lain? Apa hubungan mereka berdua? Kenapa Joe memanggil dirinya ‘baba’? Itulah yang bermain dalam kotak fikirannya. Ditambah lagi perempuan itu berbahasakan melayu. Ya! Melayu. Dia baru sedar perempuan itu bercakap dalam bahasa melayu.

"Shhh! I’m talking to my niece." ujar Joe separuh berbisik.

Pandangannya masih tertumpu pada Kyra. Dia tidak mahu melepaskan peluang ini untuk terus menatap wajah anak saudaranya itu secara dekat. Betapa rindunya hati melihat Kyra sekarang yang berdiri di depan matanya. Bagaikan sebuah mimpi menjadi kenyataan. Walaupun sebelum ini dia sebenarnya memang pernah melihat Kyra tetapi itu bukan secara berdepanan sebegini. Hanya melihatnya dari jarak jauh.

"Your what? Your niece?” lelaki itu bagai tak percaya dengan apa yang didengarnya ketika ini. Seriously?

Joe hanya menjeling tajam ke arah lelaki yang berada disisinya itu. Dia sebenarnya sungguh menyampah dengan lelaki itu. Tak habis-habis buat kecoh je babi sorang ni!

Dibiarnya begitu saja soalan lelaki itu berlalu berterbangan dibawa angin.

“Kyra kenal lelaki ni?” Joe menuding jari ke arah lelaki itu.

Joe masih terus memandang Kyra. Malas dia sudah memandang lelaki disebelahnya itu. Selalu saja membuat hal di dalam kelab. Walaupun dia tahu kelab malam itu milik lelaki itu.

“Perlu ke aku kenal dia?” soal Kyra berbaur sindiran. Sempat lagi dia menjeling tajam ke arah lelaki itu.

Memang betul pun dia tak mengenali lelaki itu. Perlu kah dia kenal lelaki itu? Apa untung dia dapat kalau dia kenal lelaki itu?

Membulat mata lelaki itu tercengang seolah-olah tak percaya.

What the fuck? Dia tak kenal aku? Dia lahir di bumi ke atau di planet marikh? Semua orang dekat sini kenal aku, dia pulak kata tak kenal aku?

Lelaki itu menggeleng-gelengkan kepalanya tak percaya.

“Kyra tak kenal?... Ni Mr. Alexander Fernandez. Mafia king kat sini.” Joe memperkenalkan Alexander secara tak rasmi pada Kyra.

Alexander tersenyum senget memandang Kyra. Meluat pula Kyra memandangnya. Bangga lah tu?

“Aku tak kenal dan aku tak nak kenal pun.” Kyra menjulingkan matanya ke atas. Lebih baik dia pergi dari situ sebelum semakin menjadi-jadi pula lelaki itu membanggakan dirinya. Dia memang tak boleh nak hadam benda-benda semacam itu.

Selamba badak saja Kyra memalingkan badannya dan terus pergi. Hanya beberapa langkah kaki dihayun, dirinya dipanggil lagi. Kali ini bukan nama panggilan terkutuk tadi tetapi dipanggil dengan nama jantina pula.

"Hey! You woman!” jerit Alexander memanggilnya.

Anak matanya mencerlung tajam memandang ke arah Kyra. Dia sesungguhnya tidak berpuas hati dengan sikap selamba Kyra itu. Tidak pernah seorang perempuan pun di dalam kelab malam itu tidak memandangnya. Semua perempuan disitu tergila-gilakan nya. Dan kenapa pulak gadis ini tidak memandangnya langsung walau hanya sebelah mata.

Terlihat jelas Kyra langsung tidak berminat padanya.

“Aku tak kan biarkan kau pergi macam tu je. Selepas apa yang kau dah buat!... Aku nak kau melutut depan aku minta maaf dekat aku! Sekarang!” tambahnya lagi dengan suaranya yang sungguh lantang itu.

Alexander menunjuk ke arah lantai di depannya itu cuba mengarah Kyra untuk melutut di situ.

Membuntang mata Kyra tatkala ayat-ayat bahasa ibundanya meluncur keluar dari mulut Alexander. Dia benar-benar tak percaya mendengar itu sendiri. Lelaki ni pandai cakap melayu? Aku tak salah dengar kan? What the hell.

“Kau apa hal! Tak kan kau nak anak sedara aku melutut dekat sini depan orang.” celah Joe sambil menajamkan pandangan mata menikam Alexander yang mencekak pinggang itu. Dengan gaya lagak Alexander yang sungguh meluat itu, teringin sekali Joe meludah ke arah muka Alexander itu.

“Dia kurang ajar dengan aku Joe! Aku tak kira dia siapa pada kau. Dia tetap kena melutut jugak depan aku! Kau faham?” tanya Alexander tegas dihujung ayat.

Joe mengetap rahangnya. Kedua tangan sudah mengepal buku lima.

“Kau fikir kau king, aku tunduk lah dekat kau. Jangan harap lah! Puii! ” celah Kyra tiba-tiba. Muka sudah dibuatnya jijik dengan aksi meludahnya sekali.

Makin berang lagi Alexander mendengar semua itu. Ditambah lagi gadis kerdil itu berani menghinanya di depan khalayak ramai. Memang jatuh lah air mukanya.

Marahnya sudah tidak tertahan lagi. Merah padam sudah mukanya dengan urat-uratnya sudah timbul di jinjang leher. Menunggu masa saja lagi untuk meletuskan lahar kemarahan nya.

Alexander menuding jari tepat ke arah Kyra sambil langkah kakinya sudah dibuka luas ingin menerkam Kyra.

“Aargh! Kau memang nak mati kan betina! Mari kau sini aku...”

“Eh kau babi! Kau jangan nak macam-macam nak apa-apakan anak sedara aku eh.” Joe menahan Alexander dengan menghadangnya menggunakan badan.

Joe memandang Alexander dengan pandangan yang sungguh tajam. Dia sanggup kalau dirinya menerima hukuman selepas ini kalau itu saja caranya untuk menyelamatkan Kyra.

“Kau memang sial lah Joe. Kau apahal nak halang aku?” anak mata Alexander mencerlung menikam memandang Joe yang berani menghalangnya itu.

Sakit rasa hatinya dilakukan seperti itu. Joe tidak sepatutnya menghalang dirinya. Namun dia juga tahu alasan Joe melakukan itu semua kerana apa.

“Kau lagi sial! Dengan perempuan pun kau nak cari gaduh. Dia bukan lawan kau lah.” bidas Joe marah.

Joe tidak peduli jika hari itu nyawanya akan melayang. Dia tidak gentar sama sekali dengan sesiapa saja jika semua itu berkaitan tentang anak saudaranya. Dia sanggup mati jika itu pilihan terakhirnya. Dan sekarang dia menentang King nya sendiri.

“Mati kau kali ni Joe!”

Alexander menolak badan Joe kasar. Tergenjak setapak Joe cuba menahan dirinya daripada tertumbang. Anak matanya melilau mencari Kyra namun kelibatnya sudah hilang. Kyra sudah tak ada lagi berdiri disitu. Berpusing-pusing kepalanya terus mencari.

“Shit! Mana dia pergi? Fuck! Ni semua salah kau Joe! Kau tengok nanti apa aku akan buat!” Alexander menghampiri Joe lalu ditolaknya Joe lebih kasar. Tergenjak sekali lagi Joe ke belakang namun masih lagi dia mampu menahan dirinya daripada tertumbang.


Next Chapter

Let Adeeyla Ys know what you thought about this chapter!

Further Recommendations

Mystic Wolf

Teresa: The book is well done, brilliant in fact! Z

Read Now
Silver's Second Chance

Ashley: I enjoyed the story. It was a short one so the fast pace fit. I think something should be put in to show a time jump between paragraphs like a "****" just to make it easier to follow when we skip to the next day week or month. Over all a good read.

Read Now
My Blacksmith Savior

apolloavr04: I love it. It's a great story.

Read Now
THE WOMAN HE BOUGHT

AARADHYA BAISLA: This wo soo so so nice I loved the storyline 👏💗

Read Now
The Full Moon Breeding Club

Susan Morris: This is a fantastic romance story! The writing, the timing, the flow, the characters were all great. I love the story because it involved a “process” I had not read about before in shifter romance and was well thought out and applied to this story. Cheers to the author!

Read Now
SECRET BILLIONAIRE

Katja: Good writing, excellent story.

Read Now
The Mate he couldn't have

Sahaya: I like every detail of the story

Read Now
The Orc's Pet

Glenda Holmes: Good read!

Read Now
Bloodlines

Read4Free16: Fantastic development of characters and story line

Read Now