Percaya Pada Janji
Share with your friends
Customize readability

Percaya Pada Janji

All Rights Reserved ©

Summary

8th Romance by CikMardiah UYAINA BALQIS ; Dia tak percaya cinta dan dia tak percayakan lelaki. Bagi dia, semua itu lagi berbisa dan pedih dari ditusuk duri. Ada apa dengan cinta? Awal-awal memang lah manis di mulut. Pijak semut pun tak mati. Tapi lama-lama, cinta ke mana sayang ke mana! LUTHFAN RAZIN ; Dia pernah kata semua perempuan itu hipokrit. Pandangkan rupa dan luaran semata-mata. Tiada perempuan yang ikhlas dalam bercinta. Tapi selepas bertemu dengan seorang gadis bertopi atas kepala, Luthfan sedar, tak semua perempuan begitu. Uya dan Luth. Kedua-duanya ada pengalaman pahit dalam hubungan cinta. Uyaina ditinggalkan kekasih, Luth ditinggalkan tunang. Kerana? Orang ketiga. Pertemuan pertama mereka, penuh dengan salah faham. Uyaina fikir Luthfan lelaki buta hanya kerana Luthfan hampir dilanggar kereta ketika mahu melintas jalan. Sehingga lah selepas empat tahun kembali mempertemukan mereka. "Jadi isteri saya." - LUTHFAN. "Gila! Lelaki gila!" - UYAINA. Kata Uyaina, Luthfan lelaki gila. Jumpa baru beberapa kali, kenal pun tak, tiba-tiba lelaki itu ajak kahwin. Ingat dia ni anak patung? Barang dagangan yang boleh dibeli begitu sahaja? "Izinkan saya jadikan awak isteri saya. Saya janji akan bahagiakan awak. Pegang janji saya," - LUTHFAN. Uyaina terima. Kerana janji Luthfan. "Saya tak perlukan awak, Luth. Tinggalkan saya."- UYAINA.

Status
6yrs ago
Chapters
7
Rating
n/a
Age Rating
16+

Bab 1

“KITA putus.”

Melopong Luthfan mendengar sebaris ayat pendek yang meluncur keluar dari mulut tunangnya, Elmira.

“What? You cakap apa ni, El?” soal Luthfan, masih terpinga-pinga. Telinga dia dah salah dengar rasanya ni. Tak mungkin lah tunang tercinta dia ni nak minta putus. Bukan setahun dua mereka berkenalan. Dah tiga tahun. Tempoh pertunangan mereka pun dah nak masuk setahun.

“I nak putus, Luth. I nak putuskan pertunangan kita. I dah tak nak teruskan hubungan ni,” bicara Elmira penuh tekad. Matanya menikam sepasang anak mata milik Luthfan. Mendengarkan itu, langsung Luthfan berdiri tegak menghadap Elmira. Wajahnya sudah tidak manis. Hatinya dah rasa tak enak.

“Tapi kenapa, El? You dah tak sayangkan I ke?” lirih Luthfan menyoal.

“I dah tak ada hati dekat you,”

“Apa kurangnya I?”

“Banyak, Luth... banyak! Kekurangan you pada mata I tersangat lah banyak. Sampaikan I rimas!”

Luthfan tersentak hebat. Muka Elmira dah merah.

“You tengok lah diri you, Luth. Selekeh. Tak up-to-date langsung! You tak sama langsung dengan lelaki-lelaki lain kat luar sana. Cuba you tengok macam mana lelaki lain dress up. Dan cuba you tengok macam mana cara you dress up. Selekeh, Luthfan. Selekeh! I rasa malu gila bila berjalan sebelah you.” Dengus Elmira, menyebak kasar rambut yang dah menutup separuh wajahnya.

Luthfan tunduk memandang tubuhnya. Jeans lusuh, t-shirt kosong tanpa kolar. Rambut pula cuma disisir biasa. Tak disapu gel, cuba pakai minyak rambut zaitun jenama Syahirah yang dia beli di pasaraya. Perfume? Jarang sangat dia nak pakai. Bukan tak nak pakai. Tapi kadang-kadang lupa nak sembur.

“Hanya sebab itu aje you nak putuskan pertunangan kita? El, I boleh berubah!”

“Berubah? Tiga tahun kita berkawan, baru sekarang you cakap you nak berubah? Dah terlambat, Luth!”

“El, alasan you untuk putuskan pertunangan kita sama sekali tak masuk akal!”

“I peduli apa? Lagipun, I dah ada orang lain. Dia jauh lebih bergaya daripada you.”

“What?”

Elmira selongkar tas tangan. iPhone ditarik keluar sebelum dia menayangkan skrin gajet itu dihadapan Luthfan. Panas rasa mata Luthfan bila gambar seorang lelaki yang segak bergaya dengan sut hitam itu terpampang pada skrin telefon Elmira. Muka lelaki tu tak ada lah handsome mana. Gaya aje lebih.

“You boleh nampak kan beza dia dengan you? Ketara sangat, Luth. Tengok la badan dia dengan badan you. Badan macam tu la yang perempuan tergila-gilakan sekarang ni. Bukan macam you, kerempeng! Macam orang tak makan setahun! So, I dah nekad dan I tetap dengan keputusan I. I nak putuskan pertunangan kita.” Selamba Elmira menarik sebentuk cincin yang tersarung di jari manisnya. Tangan Luthfan ditarik sebelum kasar dia meletakkan sebentuk cincin itu di atas tapak tangan Luthfan.

“Halalkan apa yang you dah bagi pada I selama ni, Luth. I harap you akan jumpa perempuan yang lagi baik dan lagi sesuai dengan you.” Sinis bicara Elmira seakan-akan tidak peduli langsung perasaan lelaki itu. Luthfan ketap bibir. Cincin di dalam pegangan tangannya itu digenggam erat.

“Lepasni, I harap you takkan menyesal, Elmira!”

“I? Menyesal? Tak kut. Goodbye, Luthfan Razin.”

Terus Elmira berlalu pergi tanpa rasa bersalah. Hilang saja kelibat Elmira, menitis keluar air mata jantan Luthfan. Punggung terhenyak atas kerusi bangku sambil bahu dah terhinjut-hinjut. Hanya disebabkan dirinya yang tak reti berfesyen dan badan dia yang tak seperti lelaki-lelaki dekat luar sana, Elmira sanggup putuskan pertunangan mereka?

Perempuan, semua pandangkan luaran semata!


“EH, Irfan. Sabtu ni awak teman saya pergi training basketball, eh? Tiga minggu lagi saya dah mula tournament dekat Yongyakarta.” Uyaina sengih sambil menyumbat bebola marshmallow ke dalam mulut. Irfan kerling sekilas Uyaina di sebelah.

“Saya sibuk lah sabtu ni, Uya. Saya tak dapat nak temankan awak,” ujar Irfan.

“Sibuk? Awak buat apa aje sabtu ni? Takkan awak kerja kut cuti hujung minggu?”

“Saya ada hal.”

“Hal apa?”

Irfan hela nafas kasar. Dia melompat turun dari buaian. Sejak dulu lagi, taman permainan ni memang jadi port favourite si Uyaina untuk mereka 'dating'. Salah satu sebabnya ialah taman permainan ni tempat terbuka dan tak jauh dari situ ada gelanggang bola keranjang. Riuh dalam gelanggang itu dengan suara jeritan dan sorakan. Uyaina Balqis, seorang gadis yang sangat gemarkan sukan bola keranjang. Sebab itu la sekarang ni, gadis itu merupakan salah seorang atlet yang mewakili Malaysia dalam sukan bola keranjang.

“Uya, let's talk about us.”

Uyaina kerut dahi.

“Macam serius aje bunyinya. Awak nak cakap apa pasal kita?”

Irfan diam, menghela nafas panjang.

“Saya rasa saya tak boleh teruskan hubungan kita.” Ucap Irfan, senafas. Plastik berisi marshmallow yang dipegang Uyaina terus terlepas dari tangan. Terkedu Uyaina mendengar apa yang keluar dari mulut Irfan beberapa saat lepas.

“Saya minta maaf. Saya rasa kita tak sesuai,”

“Apa maksud awak dengan tak sesuai?”

“Look, Uyaina. Saya bukan tak sayangkan awak, saya sayang. Awak satu-satunya perempuan yang sudi berkawan dengan saya dari saya tak ada apa-apa sampai lah sekarang ni saya dah ada apa yang saya perlu. Kita pun dah lama berkawan tapi Uya... saya rasa kita dah tak ada chemistry dalam perhubungan. Saya...”

“Awak dah ada perempuan lain kan, Irfan?” soal Uyaina, memotong percakapan lelaki itu. Irfan terdiam dulu. Mahu menafikan, tapi apa yang diperkatakan Uyaina adalah betul. Memang dia ada perempuan lain.

“Uya, saya...”

“Cantik sangat ke perempuan tu nak dibandingkan dengan saya?”

“Uya, bukan sebab dia cantik ke apa ke...”

“Tipu! Mesti perempuan tu lagi cantik daripada saya, kan? Saya tahu saya ni kasar, tak macam perempuan lain. Saya tak pandai nak dress up macam perempuan kat luar sana. Kalau nak bandingkan saya dengan perempuan-perempuan kat luar sana, memang la macam langit dengan bumi. Sebab itu kan awak dah tak boleh nak go on dengan saya?” hati Uyaina sakit. Nak menangis, tapi setitis air mata pun tak sudi nak keluar sekarang ni.

“Saya minta maaf, Uyaina.” Tertunduk kepala Irfan. Uyaina gelak sinis. Plastik marshmallow yang dah menyembah lantai itu dicapai kasar. Tali beg disilangkan ke tubuh kurusnya.

“Lelaki semua sama aje! Asal cantik sikit, lupa terus yang dah ada! Aku menyesal kenal dengan kau, Irfan!” tengking Uyaina sebelum kaki dibawa pergi dari situ. Batu tak berdosa yang ada di laluan itu ditendangnya kasar dengan hati yang membengkak. Irfan diam sambil memandang susuk belakang Uyaina yang dah menjauh. Mata dipejam rapat.

“Kita tak sesuai, Uyaina. Maafkan saya,”



Next Chapter

Let Cik Mardiah know what you thought about this chapter!

AbbyPark_
AbbyPark_

Emmm bile luaran yg dijdikn sebab utama perpisahan it was trash

6 years
1
Rose
Rose

dua dua kena tinggal sebab luaran... memang bercinta pandang luaran ke? bukan hati? AAAA geyam😤👊

6 years
1

Further Recommendations

IVAN

ohoney2004: I liked this novel. Good story line, interesting plot and characters.

Read Now
The Alpha's Exiled Mate (ON HOLD)

Catherineb83: Story good just would have liked her not to wear a mask

Read Now
Bear Shifter Secrets

tatianne Ingrid: Adorei cada capitulo! parabens

Read Now
The zatorian

lunaartsoul___: I loved the way your story unfolds. The emotional depth and structure made it feel very engaging, almost cinematic at times.I’m someone who enjoys both reading and visual storytelling, and your work really stood out to me. If you’re open to chatting about creative ideas someday, I’d love that.

Read Now
Going For The Goalie

S.TYTECA: I really enjoyed reading this book! The story was engaging and kept me interested throughout. There were a few minor spelling errors here and there, and some parts felt a little drawn out for my personal taste, but that’s purely subjective. Overall, it was a lovely read, and I genuinely enjoyed the ...

Read Now
Half-Claimed

vivcarroll: Good story line looking forward to find out the rest of what’s going to happen

Read Now
SECRET BILLIONAIRE

Katja: Good writing, excellent story.

Read Now
The Mate he couldn't have

Sahaya: I like every detail of the story

Read Now
The Contract Wife

Manoj: I like the plot the slow burn moments and intensity of pain and it's nice the pain and hurt they both feeling

Read Now