GWR # PROLOG
“ Hoi… kau tak ada mata ke?? ” Marah Tengku Aryan Irshad apabila tubuhnya dilanggar oleh seorang gadis. Dia paling pantang bila orang melanggar dirinya lebih-lebih lagi kalau orang itu adalah perempuan.
“ Ma…maaf. Saya tak sengaja. ” Ucap gadis tersebut sambil menunduk beberapa kali meminta maaf.
“ Maaf… maaf. Hey perempuan ni. Aku tumbuk kang. ” Marah Tengku Aryan Irshad lagi. Lagi marah apabila gadis tersebut memandang ke lantai tidak melihat dirinya.
“ Aku cakap dengan kaulah, bukannya dengan tembok belakang tu. Lain kali kalau aku tengah bercakap pandang muka aku. ” Herdik Tengku Aryan Irshad lagi. Pandangan orang sekeliling diabaikan olehnya.
Gadis itu mula memandang wajah Tengku Aryan Irshad serta rakan-rakannya. Terkejut Tengku Aryan Irshad serta yang lain apabila melihat wajah gadis tersebut. Putih, cantik, mata berwarna hazel dan paling menawan bibir merah jambu semula jadi gadis tersebut.
“ Maaf… saya tak sengaja. Saya betul-betul minta maaf. ” Ucap gadis yang memakai tag nama Zara Rashika.
“ Kau bu… ” Belum sempat kawan Tengku Aryan Irshad iaitu Irham Danial menghabiskan ayatnya nama penuh gadis tersebut dilaung.
“ MIRZA ZARA RASHIKA. ” Jerit seorang gadis yang hadir bersama 2 orang lagi kawannya.
“ Kau buat apa dekat sini?? Penat kitorang cari kau. ” Ujar gadis bernama Ilya Dania.
“ Owh… Abang Irshad pun ada. Kenapa tegang ke muka?? ” Soal Zulaikha Husna sambil melihat wajah dingin Tengku Aryan Irshad yang sudah dilahirkan untuk bersikap dingin dengan orang.
“ Ilya kawan kau ke?? ” Soal Tengku Asyraff sambil melihat wajah Ilya Dania iaitu adik kepada Irham Danial.
“ Yup, dia budak baru dekat sini. Maaflah kalau dia ada buat benda yang abang- abang senior tak suka. Dia tak tahu lagi. ” Balas Ilya Dania dengan senyuman. Wajah sahabat barunya dilihat seketika.
“ Tak pe. Aku Minta maaf sebab tengking kau tadi but after this if people talk with you please look at their face not at the floor. You think their face at floor?? ” Balas Tengku Aryan Irshad dengan nada yang dingin. Ayat akhirnya juga berbaur sindiran.
“ Baiklah. Sekali lagi saya minta maaf. Saya tak sengaja tadi. ” Ujar Mirza Zara Rashika lagi. Tubuhnya juga sudah 90° tertunduk.
“ Dulu kau sekolah dekat mana?? ” Soal Tengku Adam Daniel. Mirza Zara Rashika mula melihat wajah mereka semua Sekali lagi.
“ Dekat Sekang High School. ” Balas Mirza Zara Rashika dengan nada yang lembut sambil jarinya dimainkan sesama sendiri.
“ Sekang?? Dekat mana tu?? ” Soal Syafiq Haikal pula. Wajahnya juga kelihatan bingung kerana dia tidak pernah mendengar nama sekolah tersebut. Yang pernah dengar pun nama-nama sekolah international di Malaysia je tapi tak Ada pula nama Sekang.
“ Nama sekolah Tu dekat Seoul, Dia ni asal Korea kacukan Melayu. Mak Melayu ayah Korea. ” Celah Asiyah Nur Batrisya.
“ Owwhh… patutlah cantik lain macam. Tak apalah. Korang boleh bawa budak ni pergi. ” Ujar Tengku Aryan Irshad lalu beredar dari situ diikuti Yang lain.
“ BTW pretty girl welcome to this school. ” Ujar Tengku Aryan Irshad lalu menyambung langkahnya.
Ilya Dania serta yang lain sudah terkebil-kebil melihat wajah mereka semua manakala Mirza Zara Rashika sudah terdiam mendengar ucapan jejaka tersebut.
“ Wah, aku tak bermimpikan?? ” Soal Zulaikha Husna dengan penuh penasaran.
Pppak!!
Tiba-tiba Aisya Nur Batrisya menampar bahu Zulaikha Husna dengan kuat sehingga gadis itu mengadu sakit.
“ Oh god, it's not a dream. Lelaki Singa tiba-tiba jadi lelaki jinak. " Ujar Zulaikha Husna dengan nada yang tidak percaya.










