INTRO
Persahabatan dan cinta,
Jika kau di tempatnya, apakah pilihan yang akan dipilih?
Dimana ada Lufya, disitu ada Zarel. Perkataan itu yang acapkali di terima. Persahabatan mereka tidak asing lagi di mata ibubapa,
Pernah di mengata bercinta,
Tetapi untuk seorang Lufya. Sahabat baiknya itu hanya satu di dunia... Lantas, prinsipnya teguh untuk tidak mencemari persahabatan mereka. Ditaruh benteng untuk tidak jatuh cinta kepada lelaki itu.
Tiada menduga, ada rahsia yang tak pernah terungkap. Ada kata yang tak pernah terlafaz.
Zarel, telah sekian lama menyimpan perasaan terhadapnya. Hanya kerana tidak mahu persahabatan mereka musnah,
Rasa di lubuk hati, disimpan rapi.
Lalu, jiwa terpaksa berkorban bila pujaan hati lebih memilih bersama si abang. Bahkan, bagaikan tiada sukma. Zarel memilih untuk membantu Lufya mendapatkan abangnya.
Ruhinya ranap? Atmanya musnah?
Diusir menjauh.
"Aku rasa, aku betul-betul jatuh cinta dengan Zarif. Pertama kali aku rasa macam ada rama-rama menari dalam perut," -Lufya
"Kau selalu kata, kau nakkan lelaki macam Sameer. Sahabat baik Sanjana yang setia dan dalam diam cintakan dia. Tapi, kau tak pernah nampak aku yang depan mata." -Zarel
Kecewa dibuang pergi saat Zarif dan Lufya hampir membina mahligai. Tanpa menyangka, kemalangan yang terjadi membuatkan Zarif berada di dalam koma dan Lufya menghidap amnesia.
Menjadikan Zarel sebagai penganti untuk bernikah. Manakala, Lufya yang terasa dikhianati. Berang dengan keadaan yang memaksa tatkala pemikirannya berada di waktu dia pertama kali jatuh suka pada Zarif.
Tanpa sedar, perkahwinan itu menyebabkan persahabatan mereka retak.
"Aku tak boleh anggap kau suami, sebab selama ni perasaan aku dekat kau tak lebih dari sekadar kawan, macam mana kita nak bahagia?" -Lufya.
"Kita kawan sampai bila-bila kan? Persahabatan kita tetap kekal walaupun salah seorang dari kita kahwin," -Zarel.
Lufya melupakan perkara yang terjadi sebelum kemalangan. Persetujuan dia dan Zarif untuk menghentikan pernikahan, hati mereka berdua yang memilih untuk memutuskan hubungan.
Lantas, apa yang terjadi bila Zarif sedar dari koma dan mahukan Lufya semula?
"Kenapa kau tak nak ada kekasih?" -Lufya
"Sebab aku lebih memilih untuk menjadi bayang-bayang kau," -Zarel
Dari kejauhan dan tanpa sebarang kosa kata. Zarel lebih tega untuk menjadi bayangan wanita pujaannya.
Jadi, antara mana yang akan dipertaruhkan?
Sahabat dan cinta.
Keduanya adalah memori terindah.










