Who are you

Summary

Gempa telah kehilangan ibu Dan ayanhnya..tapi sekarang dia tinggal bersama atoknya iaitu Tok Aba

Status
Complete
Chapters
2
Rating
n/a
Age Rating
13+

Tragedy

Gempa: kenapa diorang lambat ni?

Gempa merungut sambil mengembungkan pipinya. Dia melihat kereta yang lalu lalang di hadapannya. Atau lebih tepat di hadapan pondok bas bersebelahan pagar sekolahnya. Iris Gempa yang bersinar itu terlindung dengan awan yang gelap dan mendung.

Gempa mendongak ke langit. Melihat awan-awan yang tebal dan kelabu. Entah kenapa hatinya rasa cukup tidak sedap hati. Dirinya hanya memikirkan ibu bapanya sahaja.

'Mana ibu dengan ayah ni? Kata ambil awal..'

Gempa melihat jam tangan yang dipakainya. Jam lewat 4 petang. Sepatutnya remaja seperti Gempa sudah balik awal 2 petang tadi. Tapi sudah 2 jam menunggu, Gempa masih belum nampak kelibat kereta ayahnya.

Piin! Piinn!!

Gempa tersontak dan pantas memalingkan wajahnya ke kiri. Terlihat kereta berwarna putih ada di situ. Gempa pantas tersenyum lalu mengorak langkah berlari mendekati kereta tersebut.

Sebaik sahaja tiba, Gempa membuka pintu kereta itu lalu memasuki perut kereta tadi. Dengan perlahan, kereta putih berkilat itu Mula bergerak dari kawasan sekolah menengah itu.

Gempa: kenapa ibu dan ayah lambat?

Ibu: maaf ya Sayang? Tadi jalan sesak kerana Ada kemalangan berlaku.

Gempa: kemalangan?

Ibu: iya, banyak sangat kereta saling berlanggaran. Ibu juga takut melihatnya.

Gempa memandang ke arah ibunya dengan pandangan takut. Akalnya tidak dapat membayangkan betapa sadisnya kemalangan itu. Gempa menoleh ke arah ayanhnya yang sedang memandu.

Gempa: betul ke ayah?

Ayah: hmm...takpelah. Janji ayah dan ibu selamat sampai dan ambil Gempa kan?

Gempa tersenyum dan mengangguk. Dari dalam kereta , Gempa tiba tiba terdengar bunyi titisan titisan air yang semakin kuat. Gempa menoleh ke sisi dan dari dalam, Gempa dapat melihat betapa lebatnya hujan di luar sana.

Pandangan Gempa menjadi sayu. Entah kenapa di dalam hatinya cukup membencikan hujan. Mungkin kerana membuat penglihatan kabur? Mungkin kerana bakal membasahi dan memperlahankan aktiviti orang yang tidak berkenderaan empat roda?

'huuhh...hujan turun dengan lebat sekali.'

Gempa berdiam diri sambil menatap air hujan yang mengalir dari luar tingkap. Membiarkan ibu ayahnya sedang berbual berduaan.


Kini kereta yang dinaiki oleh Gempa bersama ibu ayahnya sudah tiba di kawasan Simpang empat yang mana mempunyai trafik light sebagai pengurus kenderaan yang lalu lalang.


Gempa melihat banyak penunggang motorsikal yang sering melanggar peraturan jalan raya. Dia juga tidak suka akan orang yang tidak pernah mematuhi undang undang. Baginya itu merupakan kesalahan yang berat!


Kini lampu trafik di bahagian kereta Gempa sudah menunjukkan warna hijau. Ayah Gempa melepaskan pedal dan mula bergerak perlahan ke hadapan.


Gempa memandang ke hadapan sebelum dia sedari, dari arah kiri kenderaannya, Ada sebuah lori yang seakan akan hilang kawalan dan menggelungsur ke arah kereta yang dinaiki oleh Gempa dan ibu ayahnya. Mata Gempa membuntang.


Gempa: ibu!! Ayah!!!


DGANG!!


Kerana tidak sempat mengelak, kereta yang dinaiki oleh mereka bertiga dilanggar kuat oleh lori tadi. Sebaik sahaja pelanggaran berlaku, kereta yang dinaiki mereka berguling dengan kerasnya sebanyak 3 Kali dan diakhiri dengan keadaan kenderaan itu terbalik.


Gempa terselamat kerana cermin di sebelahnya pecah dan dia terkeluar dari kenderaan itu. Gempa hilang upaya seketika.


Gempa: I....ibu....ayah...


Walaupun pandangannya semakin kabur. Gempa dapat melihat wajah ibu Dan ayanhnya yang masih terperangkap di dalam kereta putih itu. Keadaan mereka sedang terbalik dan mereka langsung tidak sedarkan diri.


Selain itu, Gempa juga dapat melihat wajah ibunya yang sedang dilumuri darah dari mulut dan kepala. Ibu Gempa masih berada dalam keadaan sedar.


Gempa cuba memanggil ibunya.


Gempa: I...ibu....ibu....


Ibu Gempa perasan akan keberadaan Gempa di luar kenderaan. Walaupun pandangan cukup kabur dan jarak yang jauh, sang ibu masih tahu itu anaknya. Ibu Gempa tersenyum lemah.


Air mata perlahan keluar dari kelopak mata Gempa. Dia terlihat juga ada titisan titisan sesuatu yang seperti bau gas kuat keluar dari kereta milik ibu ayahnya. Dan tidak lama kemudian,


Boooommmmm!!


Mata Gempa terbeliak besar. Dia tersedar dari hilang upayanya. Iris emas Gempa jelas memantulkan kenderaan putih tadi kini sudah menjadi warna hitam pekat dan diselaputi dengan api yang marak dan bahang yang panas.


Gempa: I...ibu...hiks.....ayah!


Andai dia mampu, mahu sahaja Gempa bangun dan mendapatkan kenderaan yang sedang marak dengan api itu. Namun kini badannya seolah olah lumpuh sepenuhnya. Apa yang dia lakukan ialah memandang kebakaran yang berada di hadapannya.


Sebelum menutup mata, Gempa sempat mendengar bunyi siren ambulans. Titisan air matanya mengalir dengan kerelaan. Hatinya hancur berkecai.


Gempa: ibu....hiks...ayah...


Suasana gelap dan suram. Sunyi. Tanpa kehadiran sebarang bunyi.


Tapi tunggu!!


Kenapa.... seperti kedengaran sesuatu?


Tiitt...

Tiit..

Tiit..


'dimana aku..?'


Gempa merasakan 1 badannya kesakitan. Dia ingin cuba bangun, tapi belakang badannya seolah olah perit dan sakit sekali.


Gempa harus melihat keadaan sekeliling nya. Jadi, dia perlahan membukakan matanya.


Secara perlahan pandangannya yang penuh gelap semakin kabur dan cahaya mula menerpa masuk ke dalam panca inderanya.


??: Kamu sudah bangun?


Gempa dapat dengari bunyi suara seseorang lelaki yang serak basah. Perlahan Iris keemasan Gempa kian menjelaskan pandangannya.


Gempa: u-urghh...dimana saya?


Gempa ingin mencuba untuk bangun tapi sekali lagi, badannya kembali terasa perit. Lelaki tadi menahan Gempa dari bangun.


Gempa melirik ke arah lelaki itu yang berada di sebelah kananya.


Lelaki dewasa berkot putih.


Gempa: Doktor..?


Doktor: ya, saya ialah doktor. Bertenang Gempa. Kamu sekarang berada di hospital.


Gempa: hospital..? Hah?! Ibu ayah saya?!!


Doktor tadi diam. Gempa memandang doktor itu dengan pandangan terkejut. Gempa tahu...dia tahu....


Gempa: Doktor..? Ibu ayah saya..?


Masih diam. Mata Gempa kembali berkaca kaca. Pegangannya pada baju doktor tadi terus dicengkam kuat. Gempa menggeleng dalam tangisan.


Gempa: Doktor.. tolong cakap ibu ayah saya selamat...


Doktor: maaf. Mereka berdua..rentung di dalam kebakaran.


Zruukk!


Hatinya disakiti dan terluka. Air mata sudah tidak dapat dibendung lagi. Gempa perlahan melepaskan pegangannya pada doktor tadi lalu dia meraup wajahnya.


Gempa: isk..isk..ibu...ayah...isk! Aaaaaarrghh! Ibuuuu! Isk! Ayaaaaaah!!!


Gempa melepaskan tangisannya sambil mencengkam kuat kedua sisi wajahnya. Doktor lelaki dan jururawat di sebelahnya tertunduk kecewa.


Gempa. Remaja berumur 15 tahun yang sudah ditinggalkan oleh ibu bapanya. Di tahun sebelum Gempa dan ibu bapanya meraikan kejayaan Gempa pada hari itu.


Doktor tadi keluar dari wad Gempa. Dia menghela nafas. Cermin mata yang dipakainya dibetulkan.


??: Doktor. Macam Mana dengan keadaan cucu saya?


Sang lelaki berusia separuh umur menegur doktor tadi dari belakang. Doktor itu berpaling dan tersenyum kelam.


Doktor: dia sudah sedar Tok Aba. Tapi...dia kelihatan tertekan dengan kenyataan bahawa ibu bapanya sudah tiada.


Tok Aba: dia macam Mana sekarang?


Doktor: dia sedang menangis di dalam.


Tok Aba menghela nafas. Dia duduk kembali di bangku kerusi berhadapan dengan was milik cucunya.


Hatinya gusar memikirkan keadaan cucunya yang kini sudah bergelar yatim piatu. Semakin pusing kepalanya di saat dia mendengar bahawa cucunya berada di dalam keadaan tertekan.


Doktor: bagaimana dengan pengurusan jenazah ibu bapa Gempa? Tok Aba mahu saya teruskan?


Doktor tadi bertanya. Tok Aba memandang kembali doktor itu lalu mengangguk.


Tok Aba: ya. Teruskan.


Doktor: baiklah, kalau macam tu besok kita boleh mulakan persemadian.


Tok Aba mengangguk. Doktor itu tersenyum lalu meminta diri untuk beredar. Tok Aba termenung seketika.


Tok Aba: tiada cara lain. Aku harus jaga Gempa.


Tok Aba mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluar lalu mendailkan nombor seseorang.


Tok Aba: Helo? Abah nak kamu uruskan sesuatu untuk abah.

Di kawasan perkuburan, Gempa dipayungi oleh Tok Aba di sisinya sambil menatap 2 tanah kubur yang diletakkan batu nisan yang terukir nama ibu bapa Gempa di situ. Gempa membiarkan air matanya terus mengalir walaupun sudah membengkak.


Tok Aba: sudahlah Gempa. Kamu kan Ada atok lagi? Kamu pindah ke Pulau Rintis ya?


Gempa: A-apa?? T-tak nak tok! Gempa nak tinggal sini!


Gempa berkeras. Dia tidak mahu berjauhan dengan tapak perkuburan ibu bapanya. Sedangkan di Pulau Rintis cukup jauh dari tempat tinggal Gempa. Tok Aba menghela nafas.


Tok Aba: kamu tak boleh macam ni. Kamu sudah besar Gempa. Kamu belajar berdikari.


Gempa: Gempa Tak berguna berdikari tanpa orang yang Gempa sayang tok.


Tok Aba: haii...habistu? Atok ni kamu tak sayang?


Gempa:...bukan tok. Cuma... Gempa sangat sayangkan ibu ayah Gempa. Mereka yang selama ini menjaga Gempa.


Gempa mengelap air matanya yang mengalir menuruni wajahnya. Tok Aba tersenyum. Anak tunggalnya itu sudah berjaya bersama isteri menjaga satunya cucu tunggalnya itu erti kasih sayang. Tok Aba mengusap kepala Gempa lembut.


Tok Aba: apa kata kamu cuba mengenali lagi orang yang akan sayangkan kamu nanti?


Gempa: eh? Apa maksud atok?


Bersambung...