Peringatan
Peringatan untuk yang membaca cerita saya,
🔖 Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Jika terdapat beberapa bahagian yang mungkin sama dengan kisah hidup anda, tidak kira yang manis atau yang pahit, ketahuilah itu cuma kebetulan. Cerita ini merupakan cerita rekaan.
🔖 Perlu fahami hasil kerja orang lain. Amatlah dilarang untuk menulis atau meniru hasil penulisan penulis. Untuk dipaparkan di medium lain juga perlu meminta kebenaran dari penulis.
🔖 Cerita ini bukan cerita hasil ciplak. Saya sendiri yang mereka plot cerita ini dari awal sehinggalah habis. Jika ada persamaan dengan cerita-cerita daripada penulis lain, itu cuma kebetulan. Saya juga tidak suka menciplak hasil karya orang lain.
🔖 Cerita ini bukan buku panduan hidup. Ini hanyalah sebuah cerita yang saya mahu terbitkan sekadar untuk orang lain baca dan memenuhi minat saya. Jadi, segala yang negatif dan tidak baik dari segi agama, individu, masyarakat dan negara yang terdapat dalam cerita ini, amatlah dilarang untuk diikuti. Cerita ini hanya cerita rekaan.
🔖 Saya ulang lagi, jangan sesekali mengikut cara hidup sebagaimana watak dalam cerita ini hidup. Buku ini sekadar memainkan perasaan anda sebagai pembaca sahaja. Bukan dijadikan sebagai buku panduan hidup.
🔖 Juga, segala larangan yang ditetapkan dalam agama Islam tetapi ada beberapa watak dalam cerita ini yang tetap melakukannya, jangan lakukan. Itu adalah berdosa. Saya ingatkan awal-awal, jangan pernah lakukannya. Mereka hanya watak dalam cerita ini, kita manusia, hamba sebenar. Saya mohon jangan disebabkan cerita ini, kamu melakukan perkara yang mengundang dosa seperti yang dilakukan oleh watak. Saya mohon, jangan.










