Rose: The Theodems War
Share with your friends
Customize readability

Rose: The Theodems War

All Rights Reserved ©

Summary

Puluhan Empayar telah bersedia untuk peperangan yang dijangka akan tiba dalam masa terdekat ini. "Aku ikut kau." - Tuanku Muda Zuraib Crawford "Kau dari Empayar Bellwood. Mana mungkin boleh bersatu dengan empayarku." - Rose Mathilda "Aku tahu, Empayar Gumdoresth akan menang. Kerana mereka adalah Pemerintah Eye. Pemilik kuasa magis seperti kau. Sebab itu aku ikut kau." - T.M Zuraib Crawford Gumdoresth. Siapa tidak kenal dengan empayar terbesar itu? Pemilik kuasa Eye dan Raja termuda yang pertama mula memerintah. Hiduplah walau 1000 tahun pun, jika pemerintahnya masih sama, maka statiklah dia di situ. Jadi, mengapa masih mahu berperang? "Aku tak akan biarkan kau terlepas lagi kali ini." - T.M Zuraib Crawford Hidup seorang Rose Mathilda amatlah terseksa. Dari statusnya yang sering dihormati, terus merundum jatuh kerana hanya satu fitnah yang dilemparkan ke atas ayahnya. "Seorang Puteri yang tabah tak akan sesekali menangis. Dia akan teruskan hidupnya walau dalam apa jua keadaan demi insan yang tersayang." "If I ever become an option, don't choose me." - Rose Mathilda Sultan Fateh Balthasar

Status
6yrs ago
Chapters
6
Rating
n/a
Age Rating
13+

(1) Fitnah Ayahanda

-

Though I found a way

Though I found a way, yeah

But you never go away

Never go away,

So, I guess I gotta stay now

Oh,

I hope someday I'll make it out of here

Even if it takes all night or a hundred years

Need a place to hide but I can't find one near

Wanna feel alive outside I can fight

my fear

-

♕︎♕︎♕︎


Dua tahun yang lalu...

ISTANA MARTATESTH,

EMPAYAR MARSDEN.

-

"Cari ketiga-tiga puteri beliau dan bawa mereka ke sini!" Bergema suara pemerintah Empayar Marsden di ruang istirahat itu.

"Argh! Jangan Yaakub! Puteriku tiada kaitan dengan hal ini. Jangan kamu babitkan mereka sekali..." Ronta Sultan Fateh, pemerintah Empayar Fawhazhe.

Seorang pemerintah yang disegani, disanjung dan dihormati, kini melutut merayu dan menangis di hadapan Sultan Yaakub Hazhrame. Malu ditolak ke tepi. Yang lebih penting, ketiga-tiga puterinya kekal selamat. Kerana yang bersalahnya adalah dirinya, walaupun beliau telah difitnah. Jangan sesekali libatkan anak dan isteri beliau dalam hal yang membuktikan bahawa mereka tidak bersalah.

"Kalau kamu benar tidak mahu puteri-puterimu dibabitkan sekali, maka seluruh hukuman akan dijatuhkan ke atas kamu serta-merta!" Putus Sultan Yaakub, muktamad.

DUM!

Kecewa.

Sungguh, Sultan Fateh amat kecewa. Sahabat yang telah berjanji dengannya untuk sentiasa menyebelahi dirinya, kini seratus peratus berubah.

Beliau menjangka, bahawa persahabatan mereka tidak akan sesekali terputus. Jika dirinya berada di pihak yang salah, mungkin sahabatnya akan menjadi orang pertama yang menidakkannya. Tetapi kini, janji-janji yang telah ditabur semuanya hilang di bawa masa. Bagai peribahasa 'sokong membawa rebah'. Sesuailah peribahasa itu dengan dirinya kini. Namun, walau dalam keperitan, sedikit Eye pun Sultan Fateh tidak tunjukkan. Sedangkan Magis Eye nya lebih hebat berbanding Sultan Yaakub.

"Sesungguhnya, patik, Sultan Fateh Balthasar bin Sultan Wadi Marttyth, setuju dengan keputusan Tuanku, Sultan Yaakub Hazhrame. Tiada sebarang bantahan walaupun patik sebenarnya difitnah." Sultan Fateh melafazkan persetujuan atas keputusan muktamad yang dibuat oleh pemerintah Empayar Marsden sebentar tadi.

Sultan Yaakub terdiam. Beliau pura-pura tidak mendengar ayat terakhir yang dilafazkan oleh 'bekas' sahabatnya itu. Dalam hati, dia masih was-was jika dia terus menghukum Sultan Fateh. Kerana ilmu Eye yang ada dalam dirinya, tidaklah cukup untuk dibandingkan dengan pemerintah Empayar Fathrouqhe di hadapannya ini.

Sultan Yaakub menggeleng laju. Beliau tidak akan sesekali terpujuk dengan kata-kata yang keluar daripada bibir Sultan Fateh Balthasar ini.

"Martarians! Sediakan alatan untuk hukuman libasan sekarang!"

Pengawal-pengawal yang lengkap berbaju besi terdiam. Terkedu akan arahan yang terbit dari bibir pemerintah Empayar Marsden itu. Tidak sampai hati pun ada juga. Kerana mereka tahu, Sultan Yaakub dan Sultan Fateh begitu rapat bagaikan adik beradik walaupun memerintah empayar yang berlainan. Tiada dendam antara mereka. Tetapi kini, mereka bagaikan tidak percaya akan Sultan Yaakub. Tidak mungkinlah beliau mahu melibas Sultan Fateh, sahabatnya sendiri? Kerana libasan Sultan Fateh bukanlah libasan biasa. Libasannya digabungkan dengan Magis Eye yang dipelajarinya.

Sultan Yaakub mula berang. Apakah yang terjadi kepada askar tenteranya? Seakan kaku bagaikan patung. Akibat marah kerana tidak patuh akan arahan beliau, Sultan Yaakub meninggikan suara.

"Sediakan alatan untuk hukuman libasan, sekarang!" Suaranya naik seoktaf. Bergema segenap ruang istirahat pada pagi itu.

Akibat takut akan kemarahan pemerintah empayar itu semakin memuncak, Martarians bergerak menjalankan tugasnya. Dalam hati mereka, masing-masing berdoa supaya Sultan Fateh baik-baik sahaja. Kerana mereka kenal Sultan Yaakub. Sekali beliau naik angin, seguni manusia dilibasnya. Sultan Fateh juga merupakan individu yang panas baran tetapi genius. Mereka tidak boleh nafikannya.

Sebaik sahaja Paul, iaitu salah seorang daripada Martarians memberikan seutas tali yang agak panjang dan tebal, Sultan Yaakub merampas lalu ditilik tali itu.

"Ada apa-apa lagi yang kamu mahu katakan sebelum hukuman dijalankan?" Soal Sultan Yaakub. Tali yang di pegangnya diusap perlahan.

"Hajatku, tolong berikan surat ini kepada puteri dan isteriku." Sekeping surat dihulurkan kepada Sultan Yaakub sambil melutut di hadapannya.

Surat yang berwarna kekuning-kuningan itu diambil. Lalu diberikan kepada Paul disebelahnya.

Paul mengambil surat tersebut lalu diselitkan di dalam sut besinya. Dirinya kelihatan sedikit menggigil. Nampaknya, pemerintah Empayar Marsden itu, memang benar-benar akan menghukum Sultan Fateh.

"Baiklah. Mari kita mulakan."

-

♕︎♕︎♕︎


-

Could you find a way to let me down slowly?

A little sympathy, I hope you can show me

If you wanna go then I'll be so lonely

If you're leaving baby let me down slowly

Let me down, down

Let me down, down

Let me down, let me down

Down, let me down, down

Let me down

If you wanna go then I'll be so lonely

If you're leaving baby let me down slowly

-

♔︎♔︎♔︎


-

Kasut tumit yang bertatahkan mutiara dicabut dari kaki yang kian membengkak. Kaki diurut perlahan sebelum langkah dilajukan.

Gadis tersebut melangkah selaju yang mampu. Kaki yang kian memedih, diabaikan. Tujuannya hanya satu.

Ayahanda.

Sebaik saja dia mendapat surat daripada pembantu istana, iaitu Fawzreth. Lantas dia membuka isi surat apabila mendapat tahu bahawa surat tersebut adalah daripada ayahandanya.

Sultan Fateh sudah lama tidak pulang ke istana atas urusan kerja. Terasa sunyi Istana Fathrouqhe jika ketiadaan tuannya.

Sultan Fateh pergi bersama Putra Yadiy, iaitu adik kepada sahabat baiknya. Dirinya mendapat khabar dari mulut rakyat bahawa Putra Yadiy telah meninggal dunia dalam keadaan ingin pulang ke istana. Kononnya, Sultan Fateh yang membunuh Putra Yadiy kerana pedang sakti beliau tercacak tepat di bahagian perut sang putra.

Rose, sebagai anak Sultan Fateh bersungguh menidakkan fitnah tersebut. Tetapi malangnya, tiada siapa mahu percayakan dirinya yang baru berumur 15 tahun. Hati seorang anak manalah yang tidak sakit, pedih, bagai di siat-siat.

Namun yang menjadi tanda tanya terbesar ialah,

mengapa ibu dan kedua-dua kakaknya hanya diam membisu? Tidakkah mereka bersedih bahawa suami dan ayah mereka difitnah?

Langkah dihentikan seketika. Dalam masa yang sama, tapak tangannya di rapatkan antara satu sama lain. Mulut membisik-bisik bagai membaca sesuatu. Tangan didepakan lalu tapak tangan dihadapkan ke tanah secara pantas.

Muncul ais beku di tanah hutan yang berlumpur itu. Kakinya juga sedang berdiri di atas ais! Bukan lagi di atas tanah.

Rose terpaku. Sungguh, dia tidak percaya. Ayahandanya yang mengajarnya Magis Eye Ice ini. Tidak disangka akan menjadi.

"Ayahanda! Rose sudah berjaya! Terima kasih, Ayahanda Fateh Balthasar..." Rose memandang langit. Air mata menitis setitik apabila menyebut nama ayahandanya yang telah difitnah.

"Rose mendengar khabar bahawa ayahanda akan dihukum dan diseksa... Namun, Rose tak akan benarkan mereka menghukum ayahanda yang tidak bersalah! Tunggu Rose, ayahanda. Rose akan gunakan Eye ini sebaik mungkin." Keberanian Rose membangkitkan semangatnya untuk terus membantu ayahandanya.

Rose amat berterima kasih kepada ayahanda kerana telah mengajarnya Magis Eye Ice. Rose merasakan ada aura semangat yang menyelubungi dirinya.

Dia berjanji akan membantu ayahnya!

Majulah, Rose! Maju!

"Demi ayahanda tercinta!" Laung Rose dengan kuat ditengah hutan tersebut. Tangan kanan diangkat megah ke udara.

Air matanya dilap. Senyuman sinis membentuk di bibirnya.

Demi ayahanda...


-

'Cause a princess doesn't cry

A princess doesn't cry

Burning like a fire

You feel it all the time

But wipe your teary eyes

'Cause princesses don't cry

Don't cry, don't cry, oh

Don't cry, don't cry, don't cry, oh

'Cause princesses don't cry

-

♕︎♕︎♕︎


Let Madihah know what you thought about this chapter!

Further Recommendations

IVAN

ohoney2004: I liked this novel. Good story line, interesting plot and characters.

Read Now
The Alpha's Exiled Mate (ON HOLD)

Catherineb83: Story good just would have liked her not to wear a mask

Read Now
Silver's Second Chance

Ashley: I enjoyed the story. It was a short one so the fast pace fit. I think something should be put in to show a time jump between paragraphs like a "****" just to make it easier to follow when we skip to the next day week or month. Over all a good read.

Read Now
Bear Shifter Secrets

tatianne Ingrid: Adorei cada capitulo! parabens

Read Now
The zatorian

lunaartsoul___: I loved the way your story unfolds. The emotional depth and structure made it feel very engaging, almost cinematic at times.I’m someone who enjoys both reading and visual storytelling, and your work really stood out to me. If you’re open to chatting about creative ideas someday, I’d love that.

Read Now
An Irish Match

readingtoday77: This story is so very sweet. I really like each main character's emotional evolution, especially Liam working through difficult past betrayal and tragedy to be able to take a chance and love again. The sex scenes were fiery and tender and so very moving, especially the scene when Maeve says that she...

Read Now
To Catch a Ghost, Part 1

Wendy Salvo: I really liked this story but now that I’ve read all three I wanted to come back with a thought, the forward on this story talks about a reverse harem and not having to choose, but there isn’t any choice, or thought of a harem until the moment she connects with them, there is only foreshadowing of o...

Read Now
Ruthless Lord

susiebear2012: Realy enjoyed this so looking forward to more.great story line hope they can achieve getting away from the kings burden. Truly amazing well written well done.

Read Now
The Mate he couldn't have

Sahaya: I like every detail of the story

Read Now