Prolog
Saya ada tugasan khas untuk kamu Inaara dan misi penting ini perlu berjaya dalam kita ingin tumpaskan penjenayah yang paling dikehendaki pihak polis. Sasaran kita ialah ketua kumpulan kartel dadah terbesar di Asia Tenggara yang dikenali sebagai Black dan Black Hardy group." Tuan Ashraff bersuara.
"Tugasan khas?" Aku masih blur dengan bicara nya.
"Kamu dikehendaki undercover sebagai seorang pelacur," kata Tuan Ashraff.
OMG! Misi kali ini amat mencabar kerana seumur hidupku, hampir 5 tahun berkhidmat sebagai anggota polis belum pernah lagi aku diberi tugasan sebegini.Aku termenung memikirkan tugasan misi kali ini. Mampukah aku?
"Masih ramai lagi anggota polis wanita lain yang mampu untuk tugasan ini, tetapi kenapa saya, Tuan?" Aku suarakan kegusaran hati pada Tuan Ashraff.
"Anggun Inaara, kamu seorang anggota polis yang sangat komited dan cekap dalam menjalankan setiap tugasan yang diberikan seperti misi-misi sebelum ini. Pihak atasan juga telah bersetuju dan percaya dengan kebolehan kamu dalam misi penting ini," Tuan Ashraff terusan memancing.
"Percayalah, hanya kamu yang layak dan saya percaya pada kata hati saya bila memilih kamu Inaara." Tuan Ashraff tersenyum memandangku dengan satu pandangan yang sukar ditafsirkan.
Sejak kecil lagi aku bercita-cita ingin menjadi seorang anggota polis. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kerana papaku juga seorang anggota polis yang sudah bersara. Tugasan yang diberikan kali ini agak mencabar kredibiliti aku sebagai anggota polis. Termenung panjang aku, buatnya la aku..........Oh Yem Gee!
Inspektor Ashraff seorang yang sangat kacak dan ganteng bangat. Baru berusia 30 tahun dan masih belum berpunya kerana banyak masanya dihabiskan di pejabat walaupun ketika itu dia sedang bercuti. Aku tidak pernah melihat dia dating dengan mana-mana wanita sepanjang aku mengenalinya. Tuan Ashraff sangat tegas dalam memberi arahan, caring dan bertanggungjawab dengan setiap anggota dibawah seliannya.
"Bila misi ini akan dijalankan, Tuan?" Aku ajukan kepada Tuan Ashraff.
"Kamu akan diberikan masa 2 hari saja untuk mempelajari selok-belok dunia pelacuran, grooming dan body language supaya tiada siapa dapat mengesyaki kamu sebagai anggota polis." Kata Tuan Ashraff.
Memikirkan ini adalah tanggungjawab aku sebagai seorang anggota polis dalam membanteras jenayah maka aku menyahut cabaran ini.
Mampukah aku menjadi seorang P.E.L.A.C.U.R?