Natasya
Share with your friends
Customize readability

Natasya

All Rights Reserved ©

Summary

"Kahwin dengan saya," Terkaku Alya saat mendengar lamaran dari seorang lelaki yang tidak kenalinya. Kahwin? Kau gila ke? Alya Natasya, gadis muda berusia 25 tahun. Sepanjang kehidupannya berjalan belum pernah lagi dia bercinta. Tiada laki yang mahu? Ramai sahaja lelaki mengejarkan dirinya tapi dia yang menolak semahu-mahunya. Sudah berbuih-buih rakannya menasihati dirinya untuk menerima lelaki sebagai teman tapi yang dibalasnya... "Nantilah. Kalau ada jodoh, ada la." Ameer Firdaus, jejaka syurga yang menjadi kegilaan ramai gadis di luar sana. Siapa je tak mahu menjadi isteri kepada lelaki itu, tapi malang lelaki itu cukup sombong kepada perempuan sejak kes pertunangannya putus atas kecurangan yang berlaku. Dan sejak itu, hatinya mula berhati-hati dalam memilih seorang perempuan untuk dijadikan seorang isteri. "Aku tak nak sesiapa. Aku cuma mahukan dia. Dia yang ku kejar." Siapakah yang dimaksudkan oleh Ameer. Nak tahu selanjutnya? Boleh tekan button read lepastu tekan star dan tinggalkan sebarang komen disitu. P/s : sinopsis akan berubah mengikut mood-mood author okay ❤️ start : 03 September 2020 status : on- going end : cover beautiful by @hazelnatasyaaa_ 🚫DILARANG COPY PASTE HAK MILIK CIPTA GADISHAZEL ⚠️ TIADA KENA MENGENA YANG HIDUP MAHUPUN MATI

Status
6yrs ago
Chapters
1
Rating
n/a
Age Rating
16+

N | 001

SIAPAKAH AKU UNTUK MEMILIK CINTANYA ?

KAKI mengatur langkah laju turun ke tingkat bawah. Pandangan matanya jatuh kepada dua rakannya yang masih santai duduk melepak di ruang tamu. Tanpa berlengah terus dia duduk di tengah antara dua rakannya. Dia tahu pasti dua rakannya memandangnya pelik.

"What? Aku ada buat benda pelik ke?" Soal Alya tanpa serba salah.

Tangannya laju mencapai kerepek pisang buatan mak Azzu ke mulut. Haih, kalau bukan sebab mak Azzu yang beri untuk buat kudap-kudap malam. Memang mereka tak sentuh la makanan ringan ni. Diet katakan.

"Tak la, kau ni macam something fishy. Ada apa-apa berita baik ke? Or kau dah ada pilihan hati? Kalau ada alhamdulilah. Syukur akhirnya terbuka jugak hati kau untuk bercinta," kedua-dua belah tapak tangan disapu ke muka menandakan syukur kepada Allah kerana membuka hati rakannya itu.

Alya memandang Azzu pelik, lalu beralih ke arah Shima yang turut memandang Azzu.

"Kau cakap pasal apa ni, Zu? Aku tak faham. Tiba-tiba je, siapa yang ada pilihan hati ni? Setahu aku kawan-kawan kita semua dah berpilihan kecuali..."

Shima yang tadi khusyuk hendak meneruskan kata-katanya terus tersedar dalam kesilapannya. Ya ada seorang dari kalangan mereka tidak berpunya iaitu...

"Ya la, semua dah bertunang. Aku je single. Solo yolo gituw. Untung ahh." Sindir Alya sengaja. Mata dipusing menyampah dengan topik yang dibual oleh mereka.

Dia tahu dia seorang sahaja tiada pilihan hati. Bukannya dia tak mahu cuma bila lelaki dekat dengannya dia terasa takut. Takut untuk kehilangan.

"Weyh, sorry... Aku tak de niat nak buat kau kecil hati tapi..." Belum sempat Shima mahu menghabiskan kata-katanya. Alya segera memotong,

"Tak pe. Aku dah biasa dah dengan semua ni. Aku okay. Betul, aku okay." Senyuman kecil diukir diwajahnya. Walaupun sakit untuk menerima kenyataan tapi dia sedar bahawa jodoh itu milik Allah.

"Okay! Kalau macam tu, kita out? Nak? Kali ini aku belanja. Hmmm, kita karok nak? Dah lama tak pergi sana." Cadang Azzu.

Serentak Alya dan Shima menggeleng kepala. Karaoke? Dari mereka membazir buang air liur baik mereka simpan air liur ada jugak faedah. Dah la, harga karaoke di KL sahaja sudah mencecah seratus ringgit sebilik.

"Tak nak... Dari kau habis beratus dekat situ baik kau belanja kitaorang makan. Jarang kau nak belanja kitaorang makan. Bukan selalu kau belanja kan?" Kepala beralih memandang Shima.

Shima tanpa hint terus mengangguk kepala. Huhuhuh, orang belanja laju je la.

Azzu memandang dua rakannya itu. Haih, dah terlepas cakap memang tak boleh undur dah. Lagi-lagi dengan dua rakannya. Memang makanan nombor satu.

"Ya la, siap cepat. Lambat, cancel."putus Azzu.

Tanpa berlengah terus Alya dan Shima naik ke bilik. Dapat belanja makan umpama dapat hadiah paling terbesar dunia perempuan.



"AMEER ? Nak ke mana? Dah lewat malam ni. Takkan nak keluar lagi?" Datin Suraya menegur anak bujangnya.

Ameer yang tadi ingin keluar terbantut perjalanannya untuk keluar rumah. Lewat malam. Jam dipergelangan tangan dikerling kilas. Baru pukul 8 tapi dah kata lewat malam?

"Meer ada hal dengan kawan kejap. Kenapa? Papa mana? Abang?" Matanya melilau mencari dua ahli keluarganya. Takkan tak balik lagi?

"Ada hal dengan kawan atau perempuan-perempuan kat luar sana? Kamu jangan macam-macam, Ameer. Jangan disebabkan Nadine kamu berubah jadi buaya darat. Mama tak suka. Kalau boleh mama tak nak dengar pun pasal kamu sakitkan hati perempuan. Cukup la, kita dah malu sebab kamu tak jadi kahwin." keluh Datin Suraya mengingatkan peristiwa setahun yang lalu.

Seminggu sebelum anaknya mahu diijab kabul, mereka mendapat tahu bahawa tunang kepada anaknya menjalinkan hubungan haram dengan seseorang, dan sejak dari itu anaknya berubah kepada seorang dingin.

"Mama... Jangan la ungkit benda yang dah lalu. Meer pun dah lupa perkara tu. Meer kalau boleh nak cari perempuan yang takkan mengubahkan hati Meer bukannya kerana harta Meer."

Tersentuh hati Datin Suraya mendengar luahan anaknya. Dia percaya anaknya takkan membuat perkara yang tak elok.

Sakan berbual dengan ibunya, Ameer mengerling jam di dinding rumahnya. 8 : 10 p.m.

"Okay la, ma. Meer pergi dulu. Nanti lambat pulak balik." Tangan disalam lalu mencium pipi Datin Suraya.

Datin Suraya mengukir senyum nipis. Syukur kerana memiliki anak yang baik dan tidak memeningkan kepalanya.

"Balik awal, Meer. Mama tunggu,"

"Baik. Bye, assalammualaikum."

"Wa alaikumsalam."



SECRET RECIPE menjadi pilihan tiga sekawan untuk makan malam bersama, walaupun mereka sibuk berkerja tapi satu hari pasti mereka akan mencuri masa untuk keluar bersama.

"Nak makan apa?" Buku menu dibuka. Aneka makanan dicetak khas oleh para pelanggan.

Alya dan Shima sudah ralit melihat nama aneka makanan di buku menu itu. Azzu? Dia simple je, nasi goreng tepi jalan pun boleh kenyang kepadanya tapi bukan bermakna Alya dan Shima tak makan makanan seperti itu.

"Aglio Olio, apple juice and a slice of indulgence cake."pesan Alya lalu menutup buku menu itu.

Selesai memesan makanan, mereka mula berbual diantara mereka walaupun di rumah, kereta mereka sering berbual pasti ada sahaja topik baru dibuka.

"So... Apa plan korang lepasni? Ada nak pergi mana-mana tak?" Soal Azzu seakan memberi harapan kepada dua rakannya.

Dia tahu Alya tak suka akan membeli belah melainkan dia mahu sesuatu yang diingini berbeza dengan Shima yang suka widow shopping.

"Tak kesah. Kalau korang nak widow shopping ke? Nak shopping ke? Aku ikut je. Janji singgah kedai buku." Ujar Alya.

Shima dan Azzu menjerit kecil di dalam hati. Mereka tahu jarang Alya beri peluang sebegini. Kalau tak, memang menung la tak dapat tengok barang limited.

"Okay, kali ini aku belanja kau satu novel. Kau pilih je mana-mana yang kau minat, aku bayar."

Bersinar mata Alya mendengar perkataan belanja satu novel dari Azzu, tapi...

"Kau belanja kitaorang ni sebab ada makna kan? Kalau tak, kau la paling macam kureng sikit nak belanja melainkan kau ada duit lebih?" Alya menebak.

Bukannya dia tak kenal kawannya seorang. Mereka sudah berkawan lebih 10 tahun, berbeza dengan Shima dan yang lain.

"Ish, mana ada! Aku dah niat nak belanja kome dari tadi. Takkan la aku nak batalkan niat aku pulak." Azzu memarahi mereka.

Ya la, orang dah niat pun dah dapat pahala inikan pulak memberi. Takkan nak tarik balik.

"Alaaa, sorry la. Mana la kitaorang tahu, selalunya kalau kau belanja-belanja ni ada something fishy. Kau kan jarang nak belanja orang."

Alya turut mengangguk setuju dengan kata-kata Shima. Bukannya tak sokong dengan Azzu niat baik mahu belanja. Alya yang mahu minum minuman miliknya terhenti melihat bibir muncung Azzu. Ini tak lain tak bukan sengaja nak ambik attention la tu.

"Dah-dah buruk tahu tak kalau kau tarik muncung macam tu? Kau ingat apa? Angsa?"kutuk Alya selamba.

Tak semena-mena lengannya menjadi mangsa tamparan Azzu. Arghh, kalau boleh 2×5 sahaja mereka bertiga tu.

"Report kat Ammar. Biar dia tarbiah kau sikit plus aku suh dia nasihatkan kau pasal lelaki sekali. Tak de la single memanjang."

Alya menarik muka menyampah. Lelaki. Lelaki. Lelaki. Tak cukup sehari kalau tak sebut pasal lelaki memang tak sah. Ada saja topik dibuka tentang lelaki.

"Nantilah. Kalau ada jodoh ada lah, kalau tak de membujang sampai ke tua pun tak pe eh." Lancang sahaja Alya menutur katanya.

Azzu sudah menggeleng kepalanya. Manakala Shima diam melayan telefon pintarnya. Masak sangat dengan perangai Alya yang anti lelaki, itu bukan bermaksud dia lesbi okay.

"Eh, dari aku layan kau. Aku nak ke tandas kejap. Kau tengokkan bag aku eh," Alya bangun dari duduknya. Iphone Xs Maxx miliknya dicapai.

Tanpa melihat dua rakannya di belakang, laju sahaja kakinya melangkah ke tandas yang tak jauh dari restoran yang mereka makan. Baru sahaja dia masuk ke lorong yang ditempat khas untuk tandas. Tiba-tiba Iphone Xs Maxx miliknya berdering kuat.

Nama yang terpapar diskrin membuatkan dia berasa rimas. Rimas dengan gangguan seorang lelaki yang tak pernah memahami dirinya.

Bukk!

Prakkk!

Terkejut Alya tiba-tiba tubuhnya melanggar sesuatu yang keras. Iphone Xs Maxx miliknya sudah selamat mendarat di lantai. Antara masih selamat mahupun berkecai, dia sendiri pun tak pasti.

"Lain kali... Jalan, pandang depan. Jangan tengok bawah. Kan dah merasa sakit." Ujar suara garau itu seakan menyindir dirinya.

Alya dengan beraninya mengangkat wajahnya. Terpaku dirinya melihat lelaki dihadapannya ini. Adakah ini dinamakan syurga? Atau...

Alya menggeleng kepala laju. Apa kau merepek ni?

"Why, tergoda? Perempuan macam kau banyak je kat luar. Bertudung tapi kaki curang. Such a women do as usual."

Panas hati Alya apabila lelaki itu samakan dirinya dengan perempuan diluar sana. Ya, dia mengaku dia mungkin sama tapi curang? Huh, bercinta pun tak inikan nak curang.

"Hello, kalau awak nak pandang saya because of women outside there, go ahead. But sorry, awak jangan sesekali nak menilai saya kerana saya perempuan. Ya, saya mengaku ramai perempuan macam tu? Tapi itu tak bermakna perempuan tu yang salah kan? So, jangan menilai seseorang kerana luaran tapi dalaman."

Habis bertazkirah terus kakinya melangkah masuk ke tandas perempuan. Sudah la dia sakit dengan bendera Jepun. Jumpa pulak dengan mamat langgar dirinya tapi tak nak minta maaf lepastu salahkan dirinya kerana perempuan. Huh, memang betul lelaki kat dunia memang tak betul!

Ameer memandang gadis yang lalu dihadapan dirinya. Dah la pendek paras bahunya. Ada hati nak marah dirinya kerana menilai seorang perempuan dengan luaran sahaja. Baru sahaja dia mahu melangkah pergi untuk bertemu semula rakannya. Matanya terpaku memandang sesuatu.

Iphone Xs Maxx?

"Siapa pulak jatuhkan phone kat sini?" Tanpa mengetahui siapa pemilik. Tangannya laju mengambil Iphone tersebut lalu terus melangkah keluar dari situ.





Note : Nampak macam boring tapi enjoy je la eh❤️

Are you enjoying my ongoing story? Please let me know what you think by leaving a review! Thanks, • Gadis Hazel •

Let • Gadis Hazel • know what you thought about this chapter!

Further Recommendations

The Alpha's Exiled Mate (ON HOLD)

Catherineb83: Story good just would have liked her not to wear a mask

Read Now
Bear Shifter Secrets

tatianne Ingrid: Adorei cada capitulo! parabens

Read Now
The zatorian

lunaartsoul___: I loved the way your story unfolds. The emotional depth and structure made it feel very engaging, almost cinematic at times.I’m someone who enjoys both reading and visual storytelling, and your work really stood out to me. If you’re open to chatting about creative ideas someday, I’d love that.

Read Now
My Blacksmith Savior

apolloavr04: I love it. It's a great story.

Read Now
Going For The Goalie

S.TYTECA: I really enjoyed reading this book! The story was engaging and kept me interested throughout. There were a few minor spelling errors here and there, and some parts felt a little drawn out for my personal taste, but that’s purely subjective. Overall, it was a lovely read, and I genuinely enjoyed the ...

Read Now
Ruthless Lord

susiebear2012: Realy enjoyed this so looking forward to more.great story line hope they can achieve getting away from the kings burden. Truly amazing well written well done.

Read Now
Hit and Run

ZaraPearl: I truly love the story, very intersting and lovely.Sebastian is a great character and yoda ..., all of it , though I expected more at the endingi5 would've been great

Read Now
Rebuilding After Betrayal

Lynne: Very enjoyable short story good characters and they all found love n honesty.

Read Now
The Easter Bunny

Talia Kendrick : Honestly I love the book. Here is how I feel about each character: Detective Kayla is an Idiot, I can't stand this lady and I feel so bad for braelyn and Phoenix because after everything they have been through it makes me angry that they have to go through this again. Sure Phoenix doesn't know about...

Read Now