Chapter 1
Bab 1
Cahaya Aisya. Dengar nama pun dah boleh agak, mesti set-set sekolah agama. Tapi..nopelah, dia sekolah Menengah harian biasa je. Cantik, Comel, tapi satu je dia kureng sikit. Aisya ni kasar. Dia paling tak suka nak berlembut. Tapi, dia baik dengan orang yang baik dengan dia. Kalau awal-awal dah jahat, kau tunggu lah macam mana dia layan kau nanti. Confirm! Kau serik!! Mungkin sebab dia terikut-ikut perangai jantan abangnya itu. Nak buat macam mana, itu je teman nak bercekau!
“Wahai abahku, dimana muuu..” mula dah suara sumbang dia. Biasalahkan perempuan..Memandangkan dekat bas stop itu ada dia je, mula lah tunjukkan bakat terpendam. Pantang duduk sorang-sorang!
Tiba-tiba dia baru teringat kerja sekolah Cikgu Aini. Dia tertinggal kerja sekolah tu! Cuainya. Tapi kerja tu bawah meja kelas dia. ′ Matilah aku! Baik aku ambil sebelum kena salai esok!! ′ Aisya terus pecut kedalam sekolah semula untuk mengambil buku tanpa mengerling jam. Kawasan sekolah amat sunyi tapi tidak dihiraukannya. Kerja sekolah! Itu lagi penting.
“Aishhh.. Mana aku letak ni!! Aisya, jangan lah kau nak jadi pelupa time nii. Mana lagi tempat aku letak buku selain bawah meja?...Loker buku!!! HAA..Alhamdulillah! Ya allah legaaa. Okay, jom balik. sekarang pukul....” jerit Aisya yang memecah kesunyian sekolah itu. Akhirnya, baru dia terfikir nak kerling jam tangan. Jam tepat menunjukkan jam 6.45 petang.
“APA!! MESTI ABAH FIKIR AKU DAH BALIK RUMAH SENDIRII!!! ” sekali lagi jeritan dia memecah kesunyian.
Hari dah mula gelap. Memang macam cerita sekolah seram lah nampaknya. Cahaya Aisya terus ingat ilmu pendinding yang diajar abah dan uztazah di sekolah. Sabar, ayat kursi, 3 kul. Jangan gelabah kambing. Entah kenapa, perjalanan mencari pagar sekolah terasa lama. Haish, sekolah ni memang tak ada lampu ke waktu malam! Sedang dia mencari laluan, tiba-tiba ada satu cahaya menyuluh kearahnya. Ah sudah masak le aku!
“Siapa tu?” suara macam budak lelaki, muda gila guard sekolah aku! Halamak. Aku nak balik cepat ni!!
“Woi Cah! Apa kau buat kat sekolah senja-senja ni?” jap dia panggil aku Cah? Jap-jap..
" AMRIL!! Bapak lega. Aku dah fikir macam-macam dah. Tak-tak kau yang buat apa? Aku nak ambil kerja sekolah aku,” katanya sambil menunjukkan buku kerjanya
Amril hanya senyap sahaja. Mereka terus ke pagar sekolah bahagian padang. Gila apa nak keluar bahagian depan sekolah. Tak pasal-pasal kena gantung sekolah atas tuduhan berdua-duaan dengan mamat selekeh ni.
“Kau tahu ke macam mana nak bukak pagar ni?” soal Aisya untuk kepastian. Aisya pasti jawapan dia tidak, sengaja nak dia mengaku serba kekurangan. Tapi...
“Cis, gila tak boleh. Aku ni serba serbi boleh ye. Aku nak pinjam klip kertas kat buku latihan kau tu,” dengar gaya cakap macam yakin tapi hati tak tahu lagi tu. Aisya pun biarkan dia menunjukkan SERBA SERBI boleh dia tu. Klip kertas diberi. Just wait.
Untuk beberapa ketikanya aku setia menanti. Aku dah tak boleh sabar lagi! Aisya terus melangkah kearahnya.
“Aisya. Kau jangan tenung aku boleh tak? Aku nervous Gila!” boleh pulak dia gelabah. Nanti tak pasal-pasal kena gantung sekolah.
“Ops.. Sorry wei, tapi cepat lah sikit buka gril tu. Ada aku panjat karang. Aku ni nampak je ayu tapi aku lasak AND bukan seorang penyabar,” tanpa lengah kan Masa, Aisya terus tanggalkan kain sekolahnya untuk panjat pagar sekolah. Nasib pakai seluar track dalam kain. Memang style habis.
“Woi.. sah gila minah ni,” Amril dah mula cuak melihat aksi Aisya. Free-free je wei..
“Sila ingat ye. Semua ni salah kau! Lam..batt gila! Acah je tadi. Tak sedar diri. Dah Aku nak chao. Salam” gadis itu terus berlalu tinggalkan Amril terpingga-pingga.
“Pergh. Sedap dia je nak salah kan aku. Dia pun salah gak. Dasar perempuan,” ujar Amril dengan perasan benggang.
Amril terus mengikuti langkah Aisya. Nasib sama-sama lasak. Setakat panjat pagar ni, sambil tidur boleh buat bagi mereka.
“Wei Amril, aku nak cakap sikit. Sampai bilaaaa kau nak panggil aku ‘Cah’. Kau tahukan aku ni nak jejak form 4, lagi 2 bulan je lagi. Aku dah besar! Kau pun nak keluar sekolah dah. Apa kata kau panggil aku AISYA bukan CAH,” dia fikir aku ni budak lagi ke? Plishh lah! Tak pasal-pasal jadi bahan ketawa budak sekolah ni.
“Wahai Cahaya Aisya, kau tu tetap adik dipandangan aku sampai bila-bila. Kita ni dah kawan lamaa dah, sampai cikgu,uztaz-uztazah ingat kita ni adik beradik au. Sebab kita ni macam belangkas tahu dak? And.. Aku dah terbiasa dengan kau Cah. EVEN, aku bukan abang kandung kau! Anda FAHAM?” Amril terang dengan penuh semangat tapi satu pun Aisya tak boleh nak relate. ′ HOW CAN?? ′
“Dah-dah, kau balik rumah cepat. Kesian abah dengan ibu tunggu. Kau balik minta maaf dengan dia. Faham?” Amril memang tegas dalam adab dengan ibu bapa ni.
“Aip-aip kapten Amril!” Aisya sengaja membalas ala-ala sahaja.
“Satu lagi, jangan suka-suka je panjat pagar macam tadi. Nasib baik aku. Kalau lelaki miang, kirim salam lah kau. Jaga adab kau sikit. Tunjukkan kau ni seorang wanita solehah. Aku gerak dulu. Hati-hati balik nanti. Kirim salam Abah. Assalamualaikum,” nasihat dia aku genggam erat tapi apahal dia panggil abah, abah. Itu abah aku, bukan abah dia.
“Amril! Jap. Bila sukantara sekolah ek? Aku nervous teruk ni. Yelah aku ni bukan atlet NEGERI pun kan? So, aku kena bersiap siaga,” bukannya Aisya gemuk pun, tapi dia kurang minat dalam bersukan.
“Tak silap aku, esok pagi sampai petang. Kau jangan lupa lak!” Amril memang cepat saja kalau bab-bab bersukan. Lagi-lagi, LOMPAT TINGGI!!
“SERIOUS AH! Wei, aku tak practise apa-apa lagi. Lempeng lah aku esok,” Aisya cuak. Sebab dia selalu akan jadi target cikgu-cikgu sebab cikgu jarang nampak muka dia dalam acara sukan.
“Alah kau ni, cuba dulu baru tahu. Ni belum apa-apa gelabah kambing. Kau kena...” belum sempat Amril menghabiskan ayat, Aisya memotong.
“WEI!! Apa function aku ambil kerja cikgu Aini ni, kalau esok ada Sukantara? YA ALLAH!!!” separuh menjerit Aisya ketika itu. Membazir masa dia sahaja.
“HAHAHA!! Padan. Tak apa, baik kau siapkan balik nanti, daripada kau tangguh-tangguh. Kalau dah siap kau tak payah fikir lagi. Tak gitu?” Amril cuba menenangkan minah yang cepat panik itu.
“Hmm.. Ada betulnya jugak. Oklah! Thanks Amril. Nanti aku belanja ABC. Bye!” Aisya melangkah kearah rumahnya. Tak adalah jauh sangat cuma, abahnya sayang sangat dekat bidadarinya seorang itu.
“JANJI AU!!! Bye,” Amril pun melangkah kearah jalan ke rumahnya. Amril memang excited kalau Aisya ingin belanjanya ABC. Favourite tuu!!
Aku terus melangkah menuju ke syurga dunia ku. Rumah. Haih, abah mesti cuak. Dah pukul 7.05 malam dah ni. Sampai sahaja depan pintu rumah, segala Bismillah Aisya baca. Dia Cuba act secool yang mungkin.
“Assalamu..” abah terus mendakap tubuh kerdil aku ni.
“Ya allahhh.. Cahaya pergi mana? Nasib baik Amril call ayah tadi. Abah risau lah,” aku dah agak dah mesti jadi macam ni. Nasib baik Amril terus call abah. Aku membalas pelukan abah dengan erat.
“AISYA… Nak tercabut jantung ibu dengan abah tengok rumah tak ada orang. Kami fikir Aisya dah balik dulu sebab kami lambat. Sebab masa abah dengan ibu nak ambil kamu, kamu tak ada dekat pondok bas,” terang ibunya. Ibu mana yang tak cuak?!
“Abah adik minta maaf. Tadi Adik ambil kerja sekolah, adik punya risau tu dah tak ingat apa dah. Cowey abah, ibu.. adik tak Ada niat pun nak buat abah dengan ibu risau. Adik janji adik tak akan buat ibu dengan abah risau lagi lepas ni.” Ujar Aisya sambil membuat pinky promise bersama mereka.
“Haish.. Yelah anak abah seorang ni. Bertuah betul dapat abah dan ibu yang penyabar ni. Dah pergi mandi lepas tu kita solat maghrib berjemaah dengan tasmi’ al quran sekali,” inilah sebab Aisya amat sayang ibu dan abah sampai terlebih-lebih.
“Okay!!”
Jujur aku sayang orang yang sayang aku.
Lepas selesai solat maghrib berjemaah, Aisya terus call Amril.
TUT..TUT.....TUT...TUT
“Hello, assalamualaikum. Amril,” Cahaya memulakan perbicaraan.
" Waalaikummussalam. Ye, kau nak apa?” pergh.. tak gentle langsung dengan aku.
“Thanks. okay bye!” Aisya terus menamatkan perbualan. Memang itu je dia nak cakap. Padahal message pun boleh. Tapi sengajaaaa.. Apalah reaksi orang disana tu. Confirm benggang..HAHAHHAHA..
PADAN! Tak Sampai beberapa minit Amril call Aisya semula.
TUT..TUT....TUT...TUT
“Apa lagi?” Aisya sengaja buat nada menyempah. Siapa suruh dia mula dulu.
“Hmm.. Assalamualaikum. Sorry ah. Aku mengantuk la,” Amril cuba untuk menegakkan keadilan untuk dirinya.
“Apa-apa jelah. Aku tahu, kau balik lambat sebab kau tertidur Kat kelas an? HAAHAHA.. Kau ni, cakap nak jadi abang aku. Tapi tu lah.. Apa pun thanks tadi. Okay lah Aku nak buat kerja. Assalamualaikum,” Aisya segera menamatkan perbualan apabila teringat kerja Cikgu Aini. Cikgu yang paling digeruni abad ini. Sheram! Lepas ni nak solat Isyak dengan tasmi’ pula.
“Hmm..Waalaikummussalam, Bye,”
...........
“Sadaqallahulazim..”
“Esok, Aisya tasmi’ dengan ibu eh? Ayah ada mesyuarat AJK masjid lepas Isyak, so abah terus maghrib dan isyak dekat sanalah. Senang sikit,” abah atau nama sebenarnya ialah Ahmad Hakim memang gemar menceburi bidang AJK masjid selain bidang pergururuan sejak kebelakangan ni. Mungkin sebab ada kawan kut. Hahaha..
“Hmm.. Aisya tak kisah. Ibu okay? Mana tahu nanti ibu rindu ke, hehehe,” usikan Aisya membuatkan ibunya tersenyum nipis. Alah, blushing lah tu!
“Ada-ada jelah anak bertuah abang ni. Ibu okay je tasmi’ Aisya walaupun ibu cikgu Bahasa Inggris. Ibu tahulah juga bacaan tajwid sebab sebelum kamu lulus tajwid ni, ibu dah lulus dulu dengan ayah kamu!” Ibunya atau nama sebenar Cahaya Kalsom, ikutkan je gurauan Aisya. Memang Aisya ni seorang yang suka bergurau.
“Eleh.. Abah! Aisya nak khatam tajwid malam ni jugak! Tengok ibu dengki,” rajuk Aisya sambil merangkul lengan Encik Hakim. Mengada betul!
“ Aip, lengan yang awak peluk tu, suami ibu tau! Ibu nak peluk jugak!” dah dua-dua peluk Encik Hakim. Terkaku dia dekat tengah-tengah tu. Haih, manja betul! Seorang suka cari gaduh, seorang lagi sama gaduh juga.
“Eh.. dah-dah! Aisya, pergi tidur. Esok sambung tasmi’ dan tajwid dengan ibu. Yang ibu, haih.. dengan anak pun nak cemburu ke? Puan Cahaya Kalsom, awak lah satu-satu Cahaya yang berjaya menembusi hati saya, tahu?” aduh, blushing teruk ibu Aisya. Aisya hanya tergelak tengok kemesraan ibu dan abahnya. Bersemut sangat!
“Hmm, kalau Puan Cahaya Kalsom dapat tembus hati abah. Cahaya Aisya pula dapat menerangi hati ibu dan abah!” ujar Aisya seraya memeluk ibu dan abahnya. Berpelukanlah tiga beranak dekat Ruang Solat tu.
“Yelah, dah pergi tidur. Esok nak sekolah,” kata abahnya sambil mengusap kepala Aisya yang beralas telekung itu.
“Okay, assalamualaikum abah. Assalamualaikum ibu. Sweet dream!” Aisya terus beredar ke biliknya. Memang dia dah lama mengantuk tapi saja tahan.
Esok, kita kena berstamina yang berlebih-lebih untuk Sukantara! You can do this!
………..