BlurB
KERANA WASIAT BAPA
_________________________________
Untuk menunaikan wasiat sang bapa, dia terpaksa mengembara ke sebuah kota yang dikatakan misteri, Kota Chahaya.
Awalnya, dia tidak mempercayai wujudnya kota itu, namun memandangkan hanya dengan menunaikan wasiat bapa dia boleh mendapatkan seluruh harta bapa, maka dengan terpaksa dia menurut sahaja kata Dr Ishaq; pemegang wasiat bapanya.
“Redza hanya perlu tunaikan wasiat bapa di Kota Chahaya, dan seluruh harta bapa akan jadi milik Redza.” -Dr Ishaq
Mengembara sendirian. Menuju kota yang tidak diketahui wujud atau tidak. Akhirnya dia tiba di hujung Banjaran Sigma. Lembah yang terletaknya Kota Chahaya yang sangat indah.
Di sana dia bertemu dengan seorang lelaki bernama Imam Hadhari, lelaki yang bertanggungjawab memegang wasiat bapa sepenuhnya.
“Apa wasiat pertama bapa saya, pakcik?”
Imam Hadhari tersenyum penuh makna.
Dan siapa sangka, wasiat itu tidaklah semudah yang disangka.
Menyempurnakan agama.
Mempelajari ilmu.
Memperkuat pertahanan diri.
Mendidik jiwa.
Melawan batil.
Kota Chahaya ialah medan pendidikan seorang Redza.
Juga tempat mekarnya cinta untuk si dia.