Intro + Prolog
Apabila cinta antara dua insan bertaut di dua garisan masa yang berbeza.. Bagaimana?
“Masa silih berganti, dindaku Naqiyah.”
Bagaimana pula dengan penantian lelaki setia ini?
“Ara, don't leave me alone, sayang.”
————————–––—–—–———–
TIMELINE:
Start: 20/02/20
End: ~
––––—–—–—–——————————
“Kakanda, maafkan adinda.” ~Naqiyah az-Zahira~
“Masa silih berganti, dindaku Naqiyah.” ~Sultan Amin~
“Don't leave me, sayang.” ~Daniel Amin~
“Kau bukan kakanda beta!” ~Naira az-Zahra~
“Jangan risau. Selagi awak ada saya, saya akan jaga awak.” ~Putera Adam / Adam Rafael~
————————————————
Dengan ini, patik membuka tirai Hikayat Cinta di antara dua insan yang berlainan garis masa. Apa yang akan terjadi pada si gadis moden, Naqiyah apabila bertemu dengan Sultan Amin?
Adakalanya, hati berbunga-bunga di mimpi ini. Adakalanya, jiwa berasa kacau bilau di dalamnya. Adakalanya, aku berasa hancur.
~Naqiyah az-Zahira~
Dipersilakan memasuki ruangan ini. Dengan segala hormatnya, patik mempersembahkan cerita fatamorgana ini.
Andai teguh takdir kita berdua,
Kita tetap akan bersama jua.
~Naqiyah az-Zahira~
PROLOG :
Kakanda, bilakah kakanda ingin berkunjung ke rumah lama ini? Adinda merindui dirimu, kakanda. Terlalu rindu adinda ini kepada dirimu kakanda. Adakah kakanda terlalu murka akan adinda sehingga tidak ingin bertentang mata dengan diri ini?
Cecair jernih mula menghiasi wajah mendungku. Aku yang sedang duduk bersila di atas tilam yang agak keras ini berasa lenguh menyucuk di bahagian pinggang. Perlahan-lahan aku meletakkan tanganku ke atas perut yang makin membuncit dan mengusapnya.
“Anakanda bonda, bonda amat menyayangimu, anakandaku sayang. Walaupun bonda tidak melihat wajahmu lagi anakandaku, bonda amat menyayangimu.” Bisikku, lemah. Jika kakanda berada di sini, pasti adinda lebih bahagia melewati masa-masa sebegini bersama kakanda. Sama seperti dahulu.
Bibir mengoyakkkan senyuman pahit apabila melihat sekujur tubuh di hadapan pintu.
Putera Adam.
“Tuanku? Mengapa tuanku tidak beristirehat di kamar tuanku lagi?” Soalku, melihatnya melemparkan senyuman manis yang mampu mengugat hati para gadis.
“Mengapa Naqiyah masih menggelarkan beta, tuanku? Bukankah beta sudah berkata Naqiyah harus menggelarkan beta, Adam?”
“Jadi, mengapa Adam masih menggelarkan diri Adam, beta? Naqiyah ini lebih terasa senang tatkala menggelarkan diri Adam, tuanku.” Aku harus lebih beradab berada di lingkungan kerabat raja. Gelaran sultanahku sudah ditarik dariku.
“Naqiyah, dikau adalah isteri kakandaku. Sudah semestinya daku tidak mahu dikau berasa tidak selesa berada di lingkunganku. Sudahlah Naqiyah, beristirehatlah.” Tegas Putera Adam memberi titahnya kepadaku.
“Baik Adam.” Seraya itu, badanku membongkok sedikit ke hadapan. Hamba menurut perintah, tuanku. Putera Adam langsung hilang dari pandanganku.
Kakanda, apa khabar kakanda? Sihatkah kakanda di istana? Kakanda pasti menyukai adinda tiada di istana, bukan? Adinda terpaksa membuat permintaan seperti itu kepada kakanda. Maafkan adinda. Kembalilah semula ke dakapan adinda, kakanda.
Kakanda? Muncul Sultan Amin di hadapan pintu sambil merenungku dengan pandangan redup miliknya. Sultan Amin berjalan ke arahku, aku mula bangun dan memberi sembah hormatku kepadanya.
Bergegas dia menghampiriku. “Adinda, sudah beberapa kali kakanda beritahu kepada adinda? Tidak perlu berbuat begini?” Terangkat kening sebelahnya bertanya kepadaku. Aku mengemam bibir. Tidak tahu harus menjawab apa.
Aku menatapnya dengan tatapan penuh cinta. Pandanganku kemudian beralih ke dada bidangnya dan perlahan-lahan aku memegangnya.
Tiba-tiba, dia menghilang seperti ditiup angin. Kemanakah dia? Aku mula mencari-cari kelibat dia melalui pandangan mata.
Kakanda, kembalilah semula ke pangkuan adinda. Adinda janji akan bersama kakanda di kala susah dan senang kakanda. Adinda janji tidak akan mengaitkan mana-mana gadis di dalam hubungan kita. Adinda janji adinda akan berusaha memperbaiki hubungan, bukan sekadar berpasrah sahaja.
Tangan yang naik sebentar tadi bagi memegang bayangan suamiku itu perlahan-lahan aku jatuhkannya sebelum badanku melorot jatuh ke atas lantai kayu itu.
Menitis air mataku menanggung kerinduan yang terbuku di jiwa kepadanya. Terasa kepalaku ringan sahaja sehingga pandanganku yang menghala ke pintu keluar bilik itu mulai kelam.
“Kakanda.” Ujarku sebelum gelap seketika duniaku.
“Naqiyah, Naqiyah selamat melahirkan anakanda perempuan untuk kakanda daku dengan selamat. Naqiyah ingin memberi sang kecil ini nama apa?” Ujar Putera Adam yang sedang memangku puteri sulungku. Aku mengukir segaris senyuman milikku sambil berlinangan air mata. Akhirnya, kita dapat puteri, kakanda.
“Puteri Aisha.” Aku ingin meletakkan nama Aisha itu kerana ingin puteri sulungku mewarisi kecerdasan yang dimiliki oleh isteri Rasulullah, Aisyah.
Aku mula merasa dadaku sesak sehingga aku terbatuk-batuk bagi melegakan sedikit kerongkongku.
Darah. Darah yang berada di telapak tanganku ini sudah menjadi sebati dalam diriku. Riak risau mula terpapar di wajah Putera Adam membuatku tersenyum sebelum aku mengesat darah yang berada di hujung bibirku.
“Tuanku tidak perlu risau akan patik.” Aku berkata begitu bagi melegakan dirinya, namun tampaknya riak risau itu masih lagi terpapar di wajah tampannya.
“Bagaimana daku tidak merisaukan diri Naqiyah jikalau sebenarnya melahirkan Puteri Aisha ini adalah satu darurat yang sedang ditanggung oleh Naqiyah?” Nada risau yang kedengaran itu membuatku terpempan sebentar. Sebenarnya, melahirkan Puteri Aisha seperti menempah maut ke atas diriku.
Tabib sendiri memberitahuku jikalau aku bertegas melahirkan Puteri Aisha ini berkemungkinan aku bakal menempah maut ke atas diriku. Sebenarnya, kondisi badanku yang sarat dengan luka-luka yang tidak terawat tidak mengizinkan aku untuk melahirkan Puteri Aisha. Malahan, tabib menyarankan aku untuk menggugurkan kandunganku.
Tetapi, tak mungkin aku ingin menggugurkan hasil cinta antara aku dan suamiku itu.
“Tuanku, tuanku ingin ke kota bukan?” Pertanyaanku dibalas dengan anggukannya.
“Tolong berikan surat ini kepada Sultan Amin.” Sampul yang sejak tadi tersorok di bawah bantal mulaku menariknya dan memberinya. Putera Adam seperti teragak-agak mengambilnya, namun dia tetap mengambilnya. Mungkin dia ingin menjaga hatiku.
Perlahan-lahan, Putera Adam meletakkan Puteri Aisha ke atas katil bayi dan melangkah ke arahku. Dia mula memangku punggungnya di atas katilku.
Terasa dadaku sesak kembali sehingga aku mencengkam kain bajuku sendiri. Aku mula merasa lemah sehingga ingin menggerakkan jariku sendiri tidak lagi aku mampu.
“A.. Adam, ini surat untuk Adam.” Aku tahu masaku akan tiba. Aku ingin melaksanakan impiannya mendengar namanya disebut olehku. Dia tersenyum girang saat aku menyebut namanya. Aku menyelinap tanganku ke bawah bantal dan memberinya dengan tangan yang menggigil-gigil. Aku mula merasa sejuk.
Dia mengambil surat itu daripadaku. Aku berusaha untuk memberinya senyuman pada masa terakhirku. “Adam, a.. ak.. ku rasa masaku sudah tiba.” Adam mula panik.
“Asyhadu.” Aku mula mengikuti kalimah syahadah yang meniti di bibirnya.
"Asyhadu.”
“Al-la ilaha illallah.”
“Al-la ilaha illallah.”
“Wa asyhadu.”
“Wa asyhadu.”
“anna muhammadar rasulullah.”
“anna muhammadar rasulullah.” Maka, berhentilah detik bagi Naqiyah, si sultanah yang sudah ditarik gelarannya. Maka, Naqiyah sudah pulang ke Rahmatullah.
Putera Adam yang berada di sisinya sudah mengalir air matanya. Pada akhirnya, aku tidak akan dapat menawan hatimu Naqiyah.
Sultan Amin yang baru sahaja tiba di muka pintu terduduk melihat isterinya sudah kehilangan jiwanya tanpa sempat bertemu empat mata dengan isterinya.
Sultan Amin lekas bangun dari tempat duduknya tadi menolak Putera Adam yang sedang menangisi pemergian isterinya dan mendukung tubuh isterinya yang sudah tiada lagi jiwa dikandung jasad itu.
Berlari-lari anak sultan muda itu mendukung arwah isterinya. Timbul rasa penyesalan di jiwa sultan muda itu.
“Sayangku Naqiyah, bangkitlah adinda dari lena adinda!” Sultan Amin mengonggoi badan Naqiyah sambil menangis di tengah-tengah padang itu lalu terjatuh bersama badan Naqiyah.
“Kakanda hanya akan mencintai dirimu, sayangku. Bangkitlah kesayanganku.” Bahu Sultan Amin ditepuk oleh adindanya, Putera Adam. Sultan muda itu memandang adindanya dengan wajahnya yang basah dengan linangan air mata penyesalan.
“Sudahlah kakanda. Jangan diseksa lagi arwah kakanda Naqiyah. Jatuh kasihan adinda melihat dirinya semenjak beberapa bulan yang lepas. Kakanda Naqiyah perlu dimakamkan segera di pemakaman diraja, kakanda.” Ujar Putera Adam yang berada di belakang Sultan Amin. Dingin kedengaran suara adindanya di halwa pendengaran sultan muda itu.
Jatuh cemburu dirinya melihat Naqiyah di dalam dakapan kakandanya walaupun dalam waktu-waktu sebegini. Sultan muda itu mengangguk lemah mendengar kata-kata adindanya.
Sayangku, beta tidak ingin melepaskan dirimu sekarang. Tetapi, beta tidak tega melihat dirimu berada di dalam kesakitan.
Ampunkan beta, sayangku.
Sayangku, Naqiyah. Hanya dirimu di dalam jiwa ini, sayang.