Tuan Hayden
Share with your friends
Customize readability

Tuan Hayden

All Rights Reserved ©

Summary

TUAN HAYDEN - Hidupnya cuma berfoya-foya. "You only live once." Itulah yang dipegangnya. Sebut sahaja dosa apa yang dia tak pernah buat? Tak ada satu pun yang tertinggal. Sampai takdir membawa dia berjumpa dengan seorang gadis, baru dia sedar hatinya sudah lama terbiar lompong. SARAH NASUHA - Pasif dan introvert, kelemahan itu membuatkan dia lebih suka memencilkan diri bila berada dalam komuniti. Dalam masa yang sama, tanpa dia sedar kelemahan itulah yang menjadi daya tarikan bagi seorang lelaki. "Sombong! Saya tanya nama awak aje, bukannya ajak bercinta." - Tuan Hayden. "Saya tak kenal awak dan tak nak kenal awak. Jadi, awak tak payah kenal saya!" - Sarah Nasuha. Semakin Sarah Nasuha berusaha untuk menolak, semakin dekat Tuan Hayden menghampiri. Namun dengan dua perwatakan yang berbeza itu, daya tolakan berubah menjadi daya tarikan. Persis apabila kutub positif dan kutub negatif bertemu, hati mereka saling bertaut juga akhirnya. Namun untuk mendapatkan Sarah Nasuha tak semudah yang Tuan Hayden jangka. Ada sahaja pantang larangnya. "Perempuan solehah macam tu, berebut lelaki nak. Tapi kau ingat senang ke nak dapat?" - Adam Wafdan. Persoalannya, berjayakah Tuan Hayden dengan misinya? START: 29 Mei 2021 END: - STATUS: On going.

Genre
Romance
Author
Fique.
Status
5yrs ago
Chapters
6
Rating
n/a
Age Rating
18+

PROLOG

BIBIRNYA mengalunkan surah Yusuf. Bacaan yang persis Sheikh Saad Al-Ghamidi, merdu. Suara itulah yang memenuhi ruang bawah Pusat Islam An-Nur pada petang ini.


"Sodaqallahul'adzim," dia tutup tilawahnya hari ini dengan ucapan membenarkan bahawa Allah itu Maha Agung.


Mushaf Resm Uthmani berwarna hitam merah itu dibawa rapat ke wajah dan dikucup lembut. Kemudian, tangan ditadah membaca sepotong doa khatam Al-Qur'an.


Sekilas dia mengerling jam tangan. Decitan terluah halus tatkala menyedari jarum jam sudah melepasi 10 minit pukul 6. Dia sudah terlewat ke kafeteria. Kalau begini, tak sempatlah dia mahu berjemaah menunaikan solat Maghrib di pusat Islam nanti.


Perlahan-lahan dia bangkit dengan menggenggam erat mushaf itu ke dada lalu dia bergerak keluar dari ruangan luas dua tingkat itu.


Tanpa singgah dulu di bilik, dia terus menghala ke kafeteria. Suasana riuh menggamit pendengaran. Pada waktu petang ini memang sini antara lokasi hangat untuk para siswa dan siswi melepak.


Bukan setakat melepak, ada yang berdating di sudut belakang sana. Namun, ada juga yang memanfaatkan masa ini dengan sebaiknya. Berjanji untuk menyiapkan assignment berkumpulan.


"Yo, pak ostad kita dah sampai! Kau tengok tu,"


"Wah-wah, baru balik umrah terus turun kafe eh!"


"Assalamualaikum ya syeikh,"


Suara-suara nakal mengusik dia biarkan. Dia cuma memberi respons dengan tersenyum sedikit sambil mengangkat kedua-dua belah kening.


Punggung dilabuhkan di sebelah seorang lelaki berjersi hitam. Ada lambang universiti di dada kiri itu, bersebelahan dengan lambang pasukan bola tampar.


"Kau dah kenapa tersengih-sengih macam tu?" sergahnya.


Seram pula melihat kawannya yang seorang itu tersengih-sengih sambil memandang tepat ke arahnya. Kawan itu bantai ketawa.


"Aku tahulah kau tak sabar nak solat Maghrib pun, kau sabar jap. Dengan kopiahnya, baju Melayu lagi... tiba-tiba turun kafe. Mahu tak kena sakat! Aku ingat kau baru balik solat Jumaat tau!"


Dia mencebikkan bibir. Kopiah putih di atas kepala dia cabut dan lipat masuk ke dalam seluar. Dua butang atas baju Melayunya juga dia tanggalkan supaya lebih selesa.


Tiba-tiba seorang remaja lelaki datang kelam-kabut mengambil tempat di hadapannya. Terbuntang mata dia sekejap tatkala remaja itu mencondongkan tubuh rapat kepadanya. Bagai ada benda sulit yang mahu dibincangkan.


"Fuh, hebat betul aura kau kan? Baru cabut kopiah pun dah menjerit anak dara orang!"


"Apa kau merepek ni?"


"Tu... Tengoklah sana tu. Diorang pandang kau dari awal-awal kau masuk kafe lagi,"


Matanya ikut menyorot ke arah sebuah meja di seberang sana. Beberapa orang gadis sedang duduk berkumpul di situ. Benar kata Haris, semua mata itu tertumpu ke arahnya.


"Apa dah jadi dengan kau ni, Hayden? Hidayah datang singgah ke? Tiba-tiba je berubah drastik macam ni. Bukan lagi bitch boy yang aku kenal. Ini kalau tengok gaya, dah macam syeikh-syeikh Arab oi!" selar Haris.


Wafdan yang hanya memerhati dari tadi masih tersengih. Dia tak mahu menyampuk perbualan itu maka dia bergerak ke kaunter kafeteria dan membuat pesanan.


Bahu Hayden ditepuk perlahan sebaik dia kembali ke meja. Hayden memandangnya sekejap.


"Aku dah orderkan untuk kau. Kalau tak sempat siap, aku minta bungkuslah. Kau balik bilik nanti boleh makan,"


Hayden mengangguk. Untung ada Wafdan yang memahami.


"Biarlah kat aku. Ini kalau aku mati macam ni pun, aku tak menyesal," dia balas acuh tak acuh.


Berubah pun salah. Tak berubah pun salah. Itulah yang dikata, kalau sekali dah buat pilihan untuk berubah, jangan dengarkan kata-kata orang. Boleh merudum semangat yang membara pada awalnya.


Sedangkan kawan sendiri pun boleh memprovoknya, apatah lagi yang tak pernah bersembang dengannya. Yang cuma berselisih setiap kali ke kelas dan sebagainya.


Mulut orang, kita tak boleh nak tutup.


"Alah, sentap pula dia,"


"Ah, tak ada masa aku nak sentap! Ni korang baru habis training ke?"


Mata Hayden memandang Haris dan Wafdan silih berganti. Kedua-duanya bagai baru mengeringkan keringat. Wafdan lantas mengangguk sebagai jawapan.


"Coach lepas lambat hari ni... Memang training padu-padu tadi. Sampai ada orang tu nak pengsan tengah padang kau tahu," ujar Wafdan seraya melirik nakal kepada Haris.


Haris mendecit kecil. Geram apabila terasa dirinya diperlekehkan.


"Hm, esok kan kau nak pergi bertanding dah. No wonder la coach lepas lambat. Risaulah tu untuk esok,"


"Bukan coach yang lepas lambat sebenarnya,"


"Dah tu?"


"Captain yang tak nak berhenti awal," Haris memulangkan paku buah keras. Dijeling Wafdan yang berpura-pura selamba menyedut minuman seolah-olah tiada apa yang berlaku.


Hayden ketawa kecil. Leher Wafdan dirangkul mesra.


"Chill la, bro! Insya-Allah pasukan kita menang,"


"Hm... Itu kalau kau ada. Sekarang kau dah tak ada, ada harapan lagi ke?" keluh Wafdan.


Terdiam seribu bahasa Hayden dibuatnya. Memang dia pernah menyertai kelab bola tampar dahulu. Namun, selepas terjadi suatu peristiwa, dia memilih untuk beralih kelab. Mungkin dia akan terus fobia untuk sukan permainan yang satu itu.


"Harapan tu cuma layak diberi kepada Allah. Bukan aku yang buat pasukan kita menang. Tapi DIA. Jadi, doalah minta pada DIA supaya dipermudahkan segalanya esok,"


"Hah, kau! Kan Ustaz Hayden dah berceramah tu," sampuk Haris, cuba menceriakan balik suasana yang tiba-tiba sepi seketika.


Tawa mereka pecah. Kelakar setiap kali mendengar gelaran itu kerana masing-masing tahu Tuan Hayden yang dahulu 260° berbeza.


"Ada-ada ajelah kau!"


Next Chapter

Let Fique. know what you thought about this chapter!

Further Recommendations

IVAN

ohoney2004: I liked this novel. Good story line, interesting plot and characters.

Read Now
Bear Shifter Secrets

tatianne Ingrid: Adorei cada capitulo! parabens

Read Now
An Irish Match

readingtoday77: This story is so very sweet. I really like each main character's emotional evolution, especially Liam working through difficult past betrayal and tragedy to be able to take a chance and love again. The sex scenes were fiery and tender and so very moving, especially the scene when Maeve says that she...

Read Now
To Catch a Ghost, Part 1

Wendy Salvo: I really liked this story but now that I’ve read all three I wanted to come back with a thought, the forward on this story talks about a reverse harem and not having to choose, but there isn’t any choice, or thought of a harem until the moment she connects with them, there is only foreshadowing of o...

Read Now
Half-Claimed

vivcarroll: Good story line looking forward to find out the rest of what’s going to happen

Read Now
SECRET BILLIONAIRE

Katja: Good writing, excellent story.

Read Now
The Grumpy Next Door

mmurphy1008: This book had my attention from the very first chapter! It has romance and humor and just enough tension to keep it moving along. Can’t wait to read more from this author.

Read Now
The Mate he couldn't have

Sahaya: I like every detail of the story

Read Now
Bloodlines

Read4Free16: Fantastic development of characters and story line

Read Now