Bab 1 Terluka
Pov Bethanie
Laungan suara ibu di balik pintu mengejutkan aku. Terasa malas untuk bangun dan mata masih tertutup rasa ingin tidur semula.
Tiba-tiba pintu bilikku dibuka dengan kasar oleh abang Zidane. “Bangun adik, nanti terlewat pula.”
“Masih mahu tidur...” jawab aku.
“Ok kalau adik tak mau bangun, abang ada cara tapi adik jangan marah yeaa...hihihi” abang Zidane mengugut. Terpaksa juga aku gagahkan diri untuk bangun dan terus ke bilik mandi.
Hati terasa berat untuk pergi kerja. Hati masih lagi sakit. Hanya tuhan yang tahu apa yang ada dalam hati ini. Orang yang aku cintai sanggup menduakan semata-mata aku seorang wanita yang kurang bergaya dan seksi. Janji untuk setia hilang begitu saja. Dimana letaknya harga cinta ku ini?
“Cepatlah adik,” abang Zidane berteriak dari ruang makan.
Dengan segera aku mencapai handbag dan handphone di atas meja solek. Aku terus ke ruang makan, dekat situ terlihat dua abang sepupu dan abang Zidane sudah duduk di meja makan. Papa dan mama juga sudah duduk sambil minum air teh. Aku duduk bersebelahan dengan abang Benny, sepupuku. Dah macam kembar. Sama umur dan sama perangai. Ada rumah tapi lebih selesai tinggal dengan papa dan mama ku.
Benny berbisik, “Kau mahu aku ajar si Clement?” “Anang (Jangan).” Jawab aku. “Biarkan saja, nanti jadi perkara yang besar. Anang madah agai Abang Zidane egau Abang Calvin (Jangan beritahu pada Abang Zidane dan Abang Calvin). Diau aja(Diam saja).” Aku merayu pada Benny.
Benny pandang muka aku dengan tidak puas hati. Siapa yang tidak sakit hati bila adik sepupu yang disayangi dari kecil diperlakukan sebegitu.
Abang Zidane, Calvin dan Benny tidak suka sekiranya aku sedih. Seboleh-bolehnya mereka cuba untuk menceriakan hidup aku. Papa aku sebelum kahwin dengan mama, sudah ada 2 orang anak dengan bekas isteri dulu. Tapi papa tidak pernah berjumpa dengan mereka sebab bekas isteri papa tidak mahu papa jumpa dengan mereka berdua. Jadi mama dan papa sangat sayangkan abang Zidane dan aku.
Hari ini Benny tawarkan diri untuk menghantar aku ke tempat kerja. Aku malas nak bawa kereta sendiri, hati dan fikiran masih lagi bercelaru dan sakit. Lagipun Benny sedang bercuti sebulan selepas operasi di Perak. Benny seorang pegawai tentera di Johor.
Benny berkeras untuk hantar aku masuk ke pejabat. Siap pegang tangan aku. Macam-macam si Benny nie. Semua rakan sepejabat terkejut melihat aku dan Benny terutamanya si Clement. Merah muka si Clement. Aku buat selamba aje. Aku cium pipi Benny. Sudah biasa dengan Benny. Akukan adik sepupu Benny, macam kembar.
Start writing here…