S A T U
Bagasi yang agak berat itu ditarik perlahan oleh Hazel. Dia berjalan sambil menghirup udara yang segar. Dia tersenyum. Akhirnya aku sampai jugak kat tanah air yang tercinta!!
Dia berjalan menghampiri pintu utama untuk keluar daripada KLIA 2 itu. Beberapa meter lagi untuk sampai di pintu itu tiba tiba dia terlanggar seseorang dengan agak kuat sehinggakan dia hampir terjatuh. Segera dia menutup matanya.
Alahai habislah bontot aku kena cium dengan lantai..
Tiba tiba Hazel merasakan ada sesuatu di pinggangnya lantas dia membuka matanya. Dia terpana. Seorang lelaki sedang merangkul pinggangnya. Mata mereka bertaut. Beberapa saat kemudian, Hazel berdehem. Lelaki itu dengan cepat melepaskan pinggang Hazel.
"Thank you," ucap Hazel ikhlas. Dia memandang lelaki yang berada di hadapannya. Mak oii. Hensem gila! Rambut warna coklat keperangan. Mata warna biru cair. Oh My God!!
"Done checking me out?"Soal lelaki tadi. Hazel dengan perasan yang agak malu hanya menunduk."Lain kali jalan tengok depan," kata lelaki itu dingin dan terus pergi.
Hazel yang sedari tadi hanya menunduk,terus mendongakkan kepalanya. Ish!! Harap jer hensem. Dengan perasaan yang geram dia melangkah pergi meninggalkan KLIA 2 itu.
✨✨✨
Amirul Tio Walker berjalan ke arah konco konconya diiringi dengan adiknya, Arash Tio Walker, tanpa sebarang senyuman. Setibanya di hadapan mereka, Amirul duduk di atas kerusi dan menyilangkan kakinya di atas sebuah meja. Arash hanya memerhatikan tingkah laku abangnya.
"So, dah jumpa perempuan tu?" Soal Amirul sambil bermain dengan pisau rambo miliknya.
"Belum. Dia dah larikan diri. Kitorang tengah cari location dia sekarang ni," jawab salah seorang konconya atau dikenali sebagai Aydan. Seorang yang paling rapat dengan Amirul dan Arash kerana membesar bersama sama ketika kecil.
Amirul yang mendengar jawapan yang diberikan terus berdiri. Konco konconya yang sedari tadi hanya menunduk segera mengangkat kepala melihat bossnya.
Amirul keluar dari bangunan usang itu tanpa sebarang reaksi. Baginya ini adalah sesuatu yang kegagalan yang biasa. Perempuan tu sudah lama dijejaki tapi masih tak jumpa.
Kau tunggu perempuan tak guna. Aku akan balas dendam.
✨✨✨
Arash memerhatikan abangnya yang beredar tanpa sebarang kata. Dia kemudian memalingkan mukanya kepada konco konconya."Korang sambung cari location dia. Aydan dengan Aryan ikut aku. And one more thing. Kalau korang dah dapat location dia, korang tangkap dulu and then call kitorang. Cau," Arash, Aydan dan Aryan berjalan meninggalkan mereka.
"Rash, sekarang ni apa plan kau?" Soal Aryan yang sedari tadi hanya mengikut di belakang Arash.
Aydan dan Aryan merupakan adik beradik kembar seiras. Masing masing rapat dengan keluarga The Walker, juga mempunyai kemahiran yang tersendiri.
"Kita tengok dulu apa yang Amirul buat.Kalau dia serang, then kita ikut," Aydan dan Aryan hanya mengangguk. Arash masuk ke dalam kereta lamborghininya diikuti dengan Aydan dan Aryan yang akan memandu kereta porsche di belakangnya. Kereta yang dimasuki mereka kemudian meluncur laju meninggalkan bangunan usang itu.
✨✨✨
"Mummy!" Setibanya Hazel di rumah orang tuanya, dia terus menjerkah Datin Quin Serena.
"Yee... Haih kamu Hazel. Nasib mummy tak ada sakit jantung tau. Kalau tak dah lama dah mati kat sini."Bebel Datin Quin Serena.
"Hehe... err... Hazel naik dulu eh mummy. Penat la," dia menarik masuk bagasinya ke dalam rumah. "Ha yelah. Hazel rehat la dulu. Mummy nak pergi siram pokok bunga kat taman,"
Sampai saja dalam bilik Hazel terus mengemas pakaiannya dan meletakkan di dalam almari. Habis sahaja mengemas dia terus menghempaskan dirinya di atas tilam empuk itu. Fikirannya melayang kepada lelaki yang menolongnya di airport tadi.
Siapa lelaki tu? Dah la hensem. Tapi sayang.. Perangai berlagak dia tu tak boleh bawak bincang
Don't forget to leave your vote and comment ")










