SN.HikayatPenaBiru

@SN_HikayatPenaBiruDunia Ciptaan

Bismillah. Alhamdulillah. Aamin.

dwolfe24

hace 6 años

Please check out my books and let me know what you think of them! Thank you!

0 Comments
Me gusta
Comentar
Por favor inicia sesión o regístrate para escribir un comentario.

SN.HikayatPenaBiru

hace 6 años

Suasana gelap menyukarkan pencarian Khal. Lantas suis utama ditekan. Sekali petik saja, seluruh ruangan terang benerang. 


"Khal..." 


"Kau buat apa kat sini?" Khal memanjangkan kepalanya melihat apa yang Luuna lakukan di dalam bilik airnya. Luuna duduk berpaut pada mangkuk tandas. 


"Er... saya..." Tergagap-gagap Luuna, Dia ketakutan. Tiada perasaan lain yang Luuna rasakan sejak masuk ke dalam neraka ciptaan Khal ini. Hanya ketakutan yang dia rasakan. Harinya gelap gelita. Tiada sinar yang dapat dilihat. 


"Jawablah! Apa yang susah sangat nak jawab?" Jerkah Khal di hadapan wajah Luuna yang sudah dicengkam kedua pipinya. 


Luuna pejam mata. Hati merusuh takut. 


"S—saya... P—pening... M—m—muntah..." Jawab Luuna terketar-ketar bibirnya. 


Khal terdiam seketika. Cengkaman tangan dari pipi Luuna dilepas kasar. 


"Jangan cakap kau mengandung?" Hanya itu yang terdetik diakalnya saat ini. Mata merenung dalam. 


CIBM Bab 10.

sharwaji, farah99y3 usuariosos gusta.
5 Comments
Me gusta
Comentar
Por favor inicia sesión o regístrate para escribir un comentario.

SN.HikayatPenaBiru

hace 6 años

Secoet MHSA BAB 52.

"SWEETHEART—EH, NESCAFE?" Berkerut dahi Zein dibuatnya. 

Sejak bila Seri jadi penggemar Nescafe ni? Setahu aku dia tak sentuh langsung pun minuman ber-caffeine tu. Kalau milo tu biasa dah. Teh jangan kata, hari-hari. Tapi tidak pada kopi dan Nescafe. Dua minuman tu memang cukup pantang bagi Seri. Sesudu pun dia tak sanggup nak minum. Buat air untuk aku pun dia tak pernah rasa. Pakai agak-agak saja. Ini, apa kes?

"Eh, abang... terkejut Seri. Hmmm... Rasa nak minum Nescafe pula. Asyik milo, teh, Horlick... jemuih," beritahu Seri sambil hidung kembang kempis mencium bau badan Zein.

Wanginya!

Terus Seri dapatkan tubuhnya  kepelukan Zein. Sungguh selesa bila dapat menghangatkan tubuhnya kedalam dakapan si suami. Kemeja kelabu milik Zein yang dikenakan  ketubuh sendiri, ditarik sedikit kebawah bila bawah kemeja itu ternaik sedikit dari paha putihnya. 

"Satu gelas je?" Satu kucupan hangat turut berlabuh di dahi isterinya selepas tubuh kecil itu dirangkul. Tangannya naik memeluk bahu Seri lalu mengemaskan pelukan. 

"Nak ke? Saya buatkan?" Baru ura-ura untuk bangun tapi ditegah oleh Zein. 

"No. Just sit. I have mine..." 

"Abang buat sendiri?" Terjengah-jengah Seri dibuatnya. Tapi tak nampak pula Zein bawa apa-apa. Dia bawa badan yang tak berbaju tu adalah. Kalau di rumah, memang kulit coklat dia itulah yang menjadi baju rasmi. Tak kira cuaca sejuk macam mana pun, Zein tetap slumber tak berbaju. Tak tahulah berapa tebal kulit dia ni. Seluar pun setakat stripey long cotton pyjama. Nipis amat! Tapi, dah itu yang buat dia selesa kan? 

"Nope! Ini..." Mug ditangan Seri diambil kemudian dihirup penuh nikmat. Seri sudah terpinga-pinga. Air aku tu! Kalau nak cakap la, aku buatkan. Seri merenggus dalam diam.

"Abang… itu air saya la. Satu mug ni tak cukup untuk saya sorang tau. Lagikan kena kongsi dengan abang." Mengomel terus bibir mungil itu. Zein buat-buat tak dengar. Mug itu disua lagi ke bibirnya. Hmm… sedap. Macam selalu.

"Sejak bila sayang suka minum Nescafe ni?" Mug itu masih ditangannya. Melihat muncung Seri, tahulah Seri sedang merajuk. Merajuk pun comel. Alahai. Kalau dah sayang buat muka itik tersedak dedak pun cantik aje di matanya.

"Stop doing what you're doing. Nanti itik tak boleh cari makan. Lebih sadis lagi, abang tak boleh nak bezakan muka isteri abang dengan muka itik. Sebab dua-duanya sama." 

Oh hoi! Ini sudah lebih. Muka aku disamakan dengan muka itik! You're so mean!

"Kalau nak air tu cakap sajalah. Tak payah nak samakan sayang dengan muka itik. Sedih tahu," Seri pura-pura merajuk. Tak! Bukan pura-pura, tapi betul-betul merajuk. Cuba kalau suami kau kata muka kau macam itik? Mesti sakit hati kan. Itulah yang aku rasa sekarang. Rasa macam nak tampar bibir dia yang lancang sangat keluarkan ayat tu. 

Berani ke Seri?

"Sejak bila isteri abang ni jadi sensitif sangat, hmm? Nak datang bulan eh?"

Terus merah muka Seri dibuatnya. Zein kalau bab satu tu memang hebat sangat. Tak payah diajar. Maklumlah dah berbini 2 kali. Mahunya tak mahir. Tadi aku rasa nak tampar, sekarang aku dah rasa nak tendang dia keluar terus biar jatuh apartment ni. Menyampah!

Memang selalunya bila seorang perempuan tengah moody. Salah satu faktornya adalah sebab datang bulan. Mana-mana perempuan pun yang sudah akhir baligh akan rasa hal ini. Tak semena-mena mood kita akan jadi tunggang terbalik. Macam kena gempa bumi. Walhal kita bukanlah nak transform jadi orang yang berbeza ke apa, tapi bila period itu datang. Perangai kita akan turut berubah. Betul tak?

"And one more thing… tu," Zein memuncungkan bibirnya ketempat  yang dimaksudkan. 

"Your boobs, it's fuller than before. Yesterday you slept using no bras on. No, not only yesterday. Few times, dah. Abang perhatikan aje. I was going to ask you, tapi lupa je. Victoria Secret, Triumph, Pierre Cardin, sayang dah tak muat ke?" Lancar saja soalan itu diajukan oleh Zein. Ada senyum nakal terukir di bibir lelaki itu. Seri yang mendengarnya sudah seperti udang disalai. 


Note: Full chapter can be read on Novelplus. MHSA | Bab 52.

bety_33, sharwajiy5 usuariosos gusta.
0 Comments
Me gusta
Comentar
Por favor inicia sesión o regístrate para escribir un comentario.

SN.HikayatPenaBiru

hace 6 años

Mood menulis, datanglah... Ku seru seluruh jiwa ragamu supaya berdamping denganku...😂

sharwaji, scarlettjazwely3 usuariosos gusta.
11 Comments
Me gusta
Comentar
Por favor inicia sesión o regístrate para escribir un comentario.